Ramai yang sebut, termasuk puncuk kepimpinan PAS negeri dan pusat, PAS akan memerintah semula Terengganu pada PRU 13 nanti.
Saya boleh berani berklaya kebanyakan orang Pas dan puncuk pimpinan sejak dari dulu lagi telah ditimpa penyakit shok sendiri .
Mengapa tidak. Kerana setakat hari ini PAS Terengganu belum buat apa apa untuk menang dimusim PRU 13 yang bakal diadakan bila bila masa saja.
Pada saya tiada usaha yang boleh menarik pengundi “citarasa” mengundi PAS dalam PRU 13. Lebih lebih lagi ada antaranya sudah disuap sebanyak lima ratus, tiga ratus dan dua ratus ringgit satu kepala.
Ini belum masuk RM 500 bantuan ringan beban rakyat kepada isi rumah yang kelihatan masing masing berlumba lumba mengambil borang.
Orang PAS yang dapat bantuan itu barangkali tak akan undi UMNO kerana mereka faham dengan hukum hakam.
Tapi bagi pengundi citarasa kebanyakan tak faham atau dengan kata lain mereka tak pernah peduli halal dan haram.Yang ada pada fikir mereka duit, duit , duit. politik belakang kira.
Saya pernah denger sesetengah mengatakan duit ambil undi rahsia. Ini menunjukkan mereka tak kisah pasal politik asalkan dapat habuan.
Namun demikian apakah usaha yang dilakukan PAS untuk menarik mereka ini cenderung mengundi PAS, sedangkan 50 peratus mereka itu sudah terperdaya dengan suapan.
Pendek kata undi penentu kemenangan umno dan Pas di Terengganu terdiri daripada pengundi citarasa dan pengundi hantu yang dibawa masuk dengan begitu ketara sekali.
Pada pilihanraya umum ke 12 (2004) sebanyak 17 peratus pengundi luar di masukkan ke negeri Terengganu yang dikatakan paling tinggi dalam sejarah politik tanah air disamping wang ehsan punca kerajaan PAS tumbang teruk.
Perkara ini dilakukan di negeri Selangor sebagai langkah menumbangkan kerajaan Pakatan rakyat.Sebanyak 15 peratus diamssukkan pengundi luar yang dikenalpasti sebagai pengundi asing ia itu bukan penduduk Negara ini.
Lebih buruk lagi usaha berkala membuang nama “pengundi rasional” PAS dalam senarai pengundi telah dilaku dengan begitu licik sekali oleh umno dengan kerjasama SPR negeri.
Penulis di maklumkan 100 orang pengundi warga Emas dibuang namanya setiap DUN di 32 dun seluruh negeri. Ia dapat dikesan oleh peti peti undi yang membuat semakan semula pada senarai nama yang dibekalkan SPR.
Tidak dinafikan undi PAS senantiasa bertambah dari satu pilihanraya umum kepada satu pilihanraya umum yang lain.
Tapi untuk menang dan memerintah amat sukar. Lebioh lebih lagi PAS tak buat apa apa dengan pengundi citarasa yang menjadi penentu kemenangan umno dan PAS.
Macam PAS nak menang dan memerintah semula Terengganu, sedangkan lain lain negeri seperti Kedah dan Selangor teranacam.
Cuma negeri negeri yang ramai pengundi cina saja yang boleh dikatakan selamat seperti Perak dan Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment