Sesungguhnya sudah barang tentu ramai yang bercakap pasal Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang namanya tercemar.Dikatakan berimej buruk.
Bukan setakat mengatakan imej sudah tercalar dengan kes liwat lantas berkata macam mana hendak jadi perdana menteri.
Pemimpin umno walaupun namanya juga sudah tercemar dalam beberapa kes termasuk kes bunuh dan rasuah masih layak jadi perdana menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dianggap oleh beberapa orang kawan akrabnya sudah tidak relevan, malahan sangat tidak layak dilantik sebagai perdana menteri.
Itulah ukuran beberapa orang kawan akrab Anwar yang sudah menjadi musuh dalam fenonema politik Malaysia kini.
Kita dimaklumkan daripada 32 orang pengasas PKR hanya tinggal empat sahaja manakala 28 sudah keluar parti.Betapa malangnya PKR kini.
Rakyat boleh nilai sendiri. Lebih lebih lagi penentu kalah menang seseorang calon dalam pilihanraya umum, termasuk pilihanraya umum ke 13 nanti ialah rakyat. Rakyat yang menjadi penentu.
Raja Petra yang cuba dengan sedaya upaya memburukkan imej Anwar dan Nalla dan Ezam yang dihadiah pangkat sebagai Senator oleh kerajaan Umno/BN yang akan membuka pekung Anwar yang bakal dihukum penjara 9 Januanri Isnin ini. Ini pun bukan penentunya.
Cuma mereka itu menjadi sebab musabab mempengaruhi rakyat yang jahil politik.Bagaimana pun bagi yang mahir politik tidak mudah percayai apa yang telah dilabelburukkan pada Anwar.
Tun Mahathir Mohamad sendiri pernah berkata tak mustahil perdana menteri Malaysia suatu masa nanti adalah seorang wanita.
Ini menunjukkan dalam umno sendiri setakat ini tiada lagi lelaki yang layak menjadi perdana menteri, hatta Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sekarang ini dalam umno tiada seorang pun wanita yang layak dilantik sebagai perdana menteri hatta Shahrizat sekali pun.Barangkali Rosmah Mansor boleh dipertimbangkan.
Beliau seakan layak untuk dilantik sebagai perdana menteri wanita pertama Malaysia.
Dalam Pakatan Rakyat Anwar dianggap tidak layak dilantik sebagai perdana menteri,
akan tetapi masih ada nama Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS yang belum tercemar namanya yang barangkali layak jadi perdana menteri jika ditakdirkan Allah PR menang.
Maklumat terkini Datuk Seri Anwar walaupun namanya rata rata dimomokkan sebagai sudah tercemar imejnya tapi popularitinya mengatasi Datuk Seri Najib Razak, walaupun pelbagai tranformasi diwujudkan, termasuk insentif bantuan RM 500 kepada isi rumah.
Tidak dinafikan adanya kajian yang memutuskan bahawa Najib lebih popular berbanding Anwar.
Namun begitu yang mana satu betul kita tak tahu. Sama samalah kita tunggu selepas PRU 13 yang bakal diadakan bila bila masa saja dari sekarang.
1 comment:
kepada pimpinan pas yang masih yakin yang anwar ibrahim sahaja yang layak jadi pm kalau pr menang kena muhasabah diri. pertimbangan apakah yang digunakan selama ini dalam menentukan kelayakan seseorang jadi pm. boleh cakap omputih? liberal? islam moderate? tolonglah...kembalilah kepada kayuukur kita sendiri. jangan nanti kita mengecewakan hardcore supporters kita yang telah mengharungi pahit maung berjuang dalam pas...
Post a Comment