Wahai Anwar Ibrahim, jangan marah dengan Tun Mahathir
Mohamad tu. Biar dia berkokok puas puas.
Ingat tak, ke tak ingat dengan apa yang berlaku dan terjadi
pada umno pada pilihanraya umum ke 12 dulu.
Tun Mahathirlah punca lima buah negeri jatuh ke tangan
Pakatan rakyat. Bukan itu saja, malahan telah Berjaya menafikan dua pertiga
wakil rakyat dalam parlimen.
Dia serang Tun Abdullah Ahmad Badawi habis habisan. Bukan
setakat itu saja, malah dia keluar dari umno atas nama marah dan dendam.
Marah Tun Mahathir pada Tun Abdullah Ahmad Badawi ada
asasnya, Bayangkan, orang yang dibunuhnya dihidupkan semula.
Anwar Ibrahim orang yang dia marah telah dihidupkan semula,
maka marahnya tetap dihala kepada Tun Abdullah
dan hasilnya Umno jatuh merudum.
Jangan susah hati wahai Anwar Ibrahim, kerana marah Mahathir
kepada kamu itu suatu rahmat yang barangkali Putrjaya dalam tangan kamu PRU 13
nanti.
Oleh itu biarlah Tun Mahathir berkokok sepuas puasnya dan
samapi masa dia tahu langit tinggi atau rendah.
Tak salah dia minta kamu bersara sebelum datangnya PRU
13.Kerana hak dia berbuat demikian. Kan kamu dah kata kamu akan bersara selepas
PRU 13 jika gagal tawan Putra jaya.
Biar dia buat bising, kerana bising bekas Perdana menteri
besar kemungkinan akan memberi rakmat pada perjuangan Bekas timbalan perdana, yang juga bekas
menteri kewangan yang mahu tak mahu rakyat 1 malaysia sudah kenali siapa
sebenarnya kamu.
Sudah beberapa kali kamu lulus ujian yang Allah uji tu.
Jangan marah, kerana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “jangan
marah” .Istiqamahlah, semoga mencapai cita cita kamu selama ini.
|
1 comment:
Saya sangat setuju dengan kata kata pemimpin umno Terengganu terbodoh sejak maedeka.
Mengapa tidak? kalau tak bodoh mana mungkin universiti petronas dibina di Perak.
Pendek kata semua peluang yang besar pembangunan negari Terengganu terlepas dan dilepaskan.
Negeri Terengganu adalah negari kaya tetapi raya miskin.
Kalau pemimpin pemimpin umno Terengganu cerdik sudah tentu hospital hospital seluruh daerah diganti dengan hospital baru.
Malangnya hospital hospital daerah bangunannya bangunan zaman penjajah.
Cuma ada satu hospital baru, iaitu hospital Setiu. Malangya hanya tiga orang doktor saja. Macam kelinik kesihatan miskipun ada wad.
Demikianlah bodohnya pemimpin umno Terengganu.
Setakat hari ini tiada seorang pun wakil rakyat (ahli parlimen) yang ada akal menyuarakan kearah pembangunan negeri.
Kebanyakannya asyik kumpul harta kepentingan diri dutamakan dan rakyat biarkan.
Post a Comment