Sejarah telah membukti umnolah parti
yang membuat orang melayu berpecahbelah sehingga wujudnya parti PAS, Semangat
46 dan parti keadilan rakyat.
Pengasas PAS mereka terdiri daripada
orang umno.Tengku Razaleigh Hamzah keluar umno tubuh parti Semangat 46. Pemecatan
Datuk Seri Anwar Ibrahim tertubuhnya parti Keadilan rakyat.
Macam mana Tun Mahathir boleh kata
umno sebuah parti terbaik dalam menyatukan orang Melayu di Negara Malaysia ini.
Kita tidak nafikan umno parti terbaik kerana
masih kekal menjadi tulang belakang kerajaan yang memerintah Negara ini.
Tetapi kena ingat umnolah parti
terbaik mengkhianati bangsa Melayu sehingga populasi orang Melayu terhakis.
Memang Umnolah yang mula berpolitik
membantu rakyat di negara ini mencapai kemerdekaan ikut tertunjuk penjajah
membuat para pemimpin kayaraya rompak wang rakyat di simpan di Negara kafir.
.Umnolah parti terbaik melatih para
pemimpin jadi benci kepada undang undang Islam dengan slogan hudud tidak sesuai
dilaksanakan zaman sains dan teknologi.
Dunia iktiraf Malaysia kerana
Malaysia mengekalkan undang undang read ( kafir) Cuba laksanakan undang undang
islam. Sudah tentu Malaysia dikutuk dan di pulau.Mungkin diserang.
Kita mahu orang Melayu bersatu kerana
bersatu itu membuat kita kuat tetapi bukan dibawah parti Umno.
Kenapa? Kerana umno parti merestukan
para pemimpin makan rasuah dan riba yang dikutuk oleh Allah.
Memang parti umno tidak boleh
diharap untuk memperkasakan bangsa Melayu sebaliknya telah, sedang dan akan menghancurkan
orang melayu di negara Malaysia ini.
Kalau rakyat membiarkan umno/BN
terus memerintah Negara Malaysia, tak mustahil orang Melayu akan jadi macam
rakyat Palestin suatu masa nanti.
Kalau nak bersatu, kena ikut apa
yang telah dinyatakan oleh Al Quran iaitu hendaklah berpegang teguh dengan tali
Allah.Lebih lebih ia memberi rahmat seluruh alam.
Soal PAS, parti keadilan parti
serpihan kena kembali kepada asal suatu
yang sangat tak relevan, kerana bersatu atas lain selain atas nama Allah ia
akan menemui kegagalan.
Atas sebab itulah umno setakat ini
tidak pernah berpijak di alam nyata. perjuangan Umno adalah perjuangan yang batil
kerana tidak ikut acuan yang disedia oleh Allah.
Umno sah parti terbaik menolak
penubuhan sebuah Negara Islam.Buktinya ia tetap mempertikaikan perlaksanaan
undang undang islam di Negara Malaysia ini.
Macam mana hendak satukan orang
Melayu.
No comments:
Post a Comment