Bercakap pasal plat kenderaan Terengganu dengan huruf
ringkas atau ringkasan huruf TBN teringat penulis dengan huruf DR bagi negeri
Kelantan yang sangat diminati ramai untuk dimilikinya.
Bukan sahaja orang Kelantan yang berlumba lumba untuk
mendapat plat DR malah orang Terengganu juga turut mendapatkannya.
Pernulis tidak tahu, sama ada, ada orang negeri lain yang
berminat untuk mendapatkan nombor kenderaan mereka dengan huruf TBN yang boleh
dijadikan bahan kempen pihak pembangkang
Bayangkan huruf TBN boleh diertikan kepada “Tukar Barisan
Nasional” tolak Barisan Nasional dan tumbakangkan barisan Nasional boleh
dicanangkan.
Pihak Pembangkang mungkin boleh menggunakan TBN sebagai
bahan kempen untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14.
Bahan kempen seumpama ini, sangat dibenci oleh orang umno. Kenapa? kerana
perkataan tersebut memberi kesan yang sangat bermakna dalam kempen pilihanraya
umum yang dijangka akan diadakan pada 2018.
Lebih lebih lagi perkataan tukar Barisan Nasional, tolak
Barisan Nasional dan tumbangkan Barisan Nasional boleh dan mudah memikat hati
rakyat.
Seingat penulis
perkataan tersebut sudah jadi agenda sekian lama oleh PAS Malaysia
umumnya dan PAS Terengganu khususnya.
Sesungguhnya Perkataan tukar Barisan Nasional, tolak Barisan
nasional dan tumbangkan Barisan Nasional yang dicanangkan sedemikian menhantaui
kerajaan yang memerintah Negara sekarang.
Malah ia memberi kesan yang besar sehingga umno Terengganu
dalam pilihanrya umum ke 13 hampir tumbang.
Dan tidak mustahil hasrat PAS Terengganu untuk memerintah semula
negeri kaya rakyat miskin ini pada pilihanraya umum ke 14 nanti menjadi realiti
TBN juga boleh disebut “tibal Barisan nasional” yang menjadi
punca “barang naik” yang menyebabkan sara hidup rakyat jadi tinggi dan
membebankan.
1 comment:
'DR' singkatan kepada apa?
Post a Comment