Sunday, June 29, 2014

Berpuasalah necaya kalian sihat

“Wahai orang orang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” ( al Baqarah: 183)

Semua setuju bahawa puasa merupakan latihan utama bagi akhlak. Seorang mukmin melatuh diri berbudi perkerti.

Seaba, puasa adalah melawan hawa nafsu dan dorongan syaitan yang bukan sahaja kadang kadang mengoda anak Adam. Malah sentiasa muncul bisikan jahat syaitan saat persaat.

Dengan berpuasa seseorang melatih dirinya bersabar dalam menahan dari sesuatu yang halal dan terlarang pada siang hari bulan Ramadan ini.

Seseorang  berlatih mengatasi permasalahan dan kesulitan yang dihadapi hatta berdepan dengan makanan yang lazat sanggup menunggu untuk memakannya.

Puasa juga mengajar sifat amanah dan menumbuhkan perasaan diawasi oleh Allah Subha nahu wataala dalam apa keadaan sekalipun.

Semua setuju bahawa puasa itu  sihat. Hal ini telah dijelaskan oleh Tabib Arab , Al Haris bin Kaldah bahawa perut adalah sarang penyakit dan diet adalah ubat yang paling mujrab.


Puasa merupakan bentuk jihad melawan hawa nafsu untuk membersihkannya dari kotoran dan dunia dosa duniawi disamping menurunkan gelora syahwat dengan mengatur makan dan minum. 

No comments: