Tuesday, June 10, 2014

Umpama harapkan pagar

Nampak dengan jelas keputusan ujikaji  makmal jabatan kimia Malaysia dan makmal kementerian kesihatan bercanggah satu sama lain.


Bagi penulis, sesungguhnya  keputusan kedua dua makmal tersebut tidak bercanggah, kerana sampel ujikaji makmal jabatan kimia dibekal oleh kilang, manakala sampel ujikaji makmal kementerian kesihatan di beli di kedai.

Sampel di bekal oleh kilang belum dibungkus, tetapi sampel yang dibeli di kedai telah dibungkus dengan sempurna sebagai produk berjenama dan berlabel.

Cuba kita bayangkan sampel yang dibekal oleh kilang dan sampel yang di beli dikedai.Sudah tentu berbeza kandungannya.Hal ini suatu reality telah yang tidak dapat dinafikan.

CAP yang sangat prihatian mengenai halalharam dalam Islam amat perpengalaman akan hal produk yang ada sijil tanda halal yang dikeluarkan JAKIM

Sampel yang datang dari kilang tiada DNA babi sepertimana keputusan dibuat makmal jabatan kimia Malaysia dan sampel yang dibeli kedai ada DNA babi sepertimana keputusan dibuat makmal kementerian kesihatan.

Sudah barang tentu sampel yang dibekal oleh kilang pasti tiada DNA babi. Kerana bertujuan untuk layak mendapatkan sijil halal. Kalau ada atau dimasukkan GNA babi macam mana JAKIM nak lulus produk itu sebagai halal.

Sudah tentu tidak lojik sampel untuk tujuan mendapat sijil halal ada mengandungi DNA babi.Akan tetapi coklat yang dijual dikedai ada mengandung DNA babi sepertimana ujikaji makmal kementerian kesihatan itu.

Sebab itu keputusan makmal kesihatan dan makmal jabatan kimia Malaysia tidak sama, sedangkan makmal kementerian kesihatan punya kelihatan menemui DNA babi yang terkandung dalam coklat tersebut.

Mustahil makmal menipu atau mengeluarkan keputusan yang salah dan bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh makmal jabatan kimia Malaysia.

Jika benar sampel yang dijuikaji itu berlainan, maka keputusan kedua kedua makmal itu betul dan boleh diterima pakai.persoalan sekarang produk tersebut sudah jadi produk subhat dan dilarang memakannya menurut persepktif Islam.

Bagaimana pun keputusan kedua kedua makmal itu menjadikan coklat itu sebagai produk subhat yang dinyatakan oleh islam wajib tidak di makan oleh orang benar beriman, kerana yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas.

Yang peliknya, JAKIM kelihatan tidak mahu menerima ujikaji makmal kementerian kesihatan dengan alasan hanya makmal jabatan kimia malaysia sahaja yang layak dan boleh diterima pakai. Ini seolah olah makmal kementerian kesihatan tidak layak dan boleh pakai dalam kes ini.

Kesimpulanya seolah olah ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada JAKIM atau dengan kata lain macam ada apa apa je dengan usaha mengharapkan orang kafir membuat makanan halal kepada orang Islam.

Pada penulis, harapan JAKIM itu umpama harapkan pagar yang jelas tidak boleh diharapkan langsung. Bayangkan pagar, disuruh menjaga padi yang dikenalpasti bahawa pagar memang tidak boleh diharapkan, kerana pagar yang diharapkan itu memakan padi yang dijaganya..

Bagaimana boleh kita orang Islam mengharapkan orang kafir menyediakan makanan halal kepada orang Islam, sedangkan mereka tidak ada kena  dengan syariat Islam.


Bolehkah kita memberi harapan orang kafir melaksanakan syariat halal haram dalam Islam?


No comments: