Ramai orang
melayu mempersoalkan iklan bahasa Melayu yang berbunyi “Rasa village”pada midin
Mall Wakaf Tembesu Kuala Nerus Kuala Terengganu.
Pada
penulis, perkataan “Rasa village” Iklan pada midin Mall yang akan dibuka tidak
lama lagi itu seolah olah memperkecil bahasa Melayu dan mendewa dewakan bahasa
Inggeris.
Bahasa
Melayu adalah keutamaan bagi iklan iklan di Malaysia disamping lain lain bahasa
yang tidak menjadi keutamaan tetapi telah jadi keutamaan para peniaga berbangsa
China.
Jika kita
tak pernah ke Johor baharu dan Kuala Lumpur sudah barang tentu tak percaya ini Negara
ini Negara Malaysia dengan iklan iklan dalam bahasa China dan Inggeris lebih
terserlah berbanding iklan iklan bahasa Melayu di pusat pusat perniagaan.
Berbalik dengan
perkataan Rasa village adalah gabungan dua bahasa iaitu rasa adalah bahasa
melayu dan village adalah bahasa Inggeris.
Oleh itu
ianya jelas suatu yang salah, kerana midin maal tidak menggunakan bahasa utama
yang ditetap oleh pihak majlis bandaraya Kuala Terengganu.
Pihak
bertanggungjawab kena ambil tindak memberi
nasihat pada pihak Midin maal untuk menukar perkataan “rasa village” dan “rasa kampung”.
Jika pihak
midin maal enggan atau berdegil juga pihak berwajib mesti memusnahkan iklan
tersebut supaya penggunakan bahasa Melayu tidak tercemar.
Penulis
hairan mengapa midin cuba memusnahkan bahasa Melayu yang menjadi keutamaan satu
satu iklan di Negara ini.
Tidak
nafikan di ibukota Kuala Lumpur Johor bahru ada pihak yang cuba memusnahkan
penggunaan bahasa Melayu hasil
ketidakperihatian pihak PBT.
Tidak
mustahil ia boleh berlaku di Bandaraya Kuala Terengganu. Lebih lebih lagi
gedung gedung perniagaan di Wakaf
tembesu 90 peratus adalah hak milik china Singapura.
No comments:
Post a Comment