Tuesday, December 16, 2014

Betulkah PAS tidak rugi



Muktamar tahunan PAS di PUTIK, pengkalan Cepa Kota Bahru Kelantan sebelum PRU 13 Presidennya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar ada berkata, PAS tidak rugi bersama Pakatan Rakyat.

Inilah perasaan Presiden PAS dan kebanyakan perwakilan bersetuju bahawa PAS tidak rugi bersama dengan Pakatan rakyat.Bukan setakat itu sahaja malah sudah ada puak AJK dalam PAS mahu jatuhkan presiden dan kedudukan nisbah 12 dipihak presiden dan 26 di pihak timbalan presiden.

Penulis tidak sokong dengan perasaan tersebut. Mengapa? Tidak lain dan tidak bukan, kerana DAP tetap dengan pendirian asal menentang perlaksanaan hudud bukan saja di Malaysia, malah di Kelantan pun di tentang habis habisan.

Penulis rasa sangat sedih dengan kenyataan seumpama itu. Mengapa? Kerana perasaan itu  muncul secara terburu buru tanpa lihat fakta sejarah yang tidak boleh dinafikan.
Perkara ini pernah berlaku pada Ikhwan Muslimin Mesir dan parti Islam Indonesia. 

Kedua dua parti ini pernah bersama dengan parti bukan Islam di negera masing masing punca sokongan rakyat merosot dalam PRU demi PRU.

Demikian juga  apa yang berlaku pada PAS musim PRU 13 lepas. Sokongan rakyat merosot sebanyak 13.18 peratus  dalam PRK Pengkalan Kubur. DAP turut berdepan dengan menurunan sebagai 27.3 peratus dalam PRK parlimen Teluk Intan. PKR juga merosot sebanyak 33 peratus dalam PRK Balingian.

Yang peliknya masih ada orang PAS yang mengatakan PAS tidak rugi meskipun undi rakyat pada PRK selepas PRU  13 merosot.

Penulis tidak faham mengapa masih ada orang PAS setuju dengan perasaan yang bercanggah dengan fakta sebenar sebagai penanda aras kedudukan sokongan rakyat terhadap PAS sudah merosot sebanyak 13.18 peratus itu.

Parti Keadilan rakyat juga merosot sebanyak 33 peratsus.  DAP yang dikatakan tetap teguh juga merosot sebanyak 27.3 peratus.

DAP dengan pendirian bahawa undang undang Islam muslim sendiri belum bersedia dengan kata lain DAP tidak setuju hudud di laksanakan di Kelantan setelah menteri di jabatan perdana mengatakan hudud boleh dilaksanakan di Negara tersebut.

Penulis awal awal lagi mengatakan Kelantan boleh laksanakan hudud, akan tetapi di tentang hebat oleh Mat Sabu ketika beliau menjadi ahli parlimen Kubang Kerian.

Hudud boleh dilaksanakan diKelantan secara perpilih iaitu kes kes tertentu sahaja seperti kesalahan zina yang tidak ada kaitan langsung dengan undang undang sivil.Kesalahan meminum minuman yang memabukkan dikhlayak ramai atas nama menjaga  akal.

Persoalannya usah hendak laksanakan hudud dalam kesalahan zina undang undang kecil berkaitan pengasingan gender yang dilaksanakan di Kelantan sejak sekian lama itu pun ditentang habis habis oleh DAP dan tangguhkan buat semantara waktu.

Apakah betul PAS tidak rugi apabila bersama dengan pakatan rakyat. Pada penulis ia sangat rugi. Rugi tidak boleh melaksanakan hudud disamping status parti berada didalam sokongan rakyat yang merosot selepas PRU 13.

Dan tidak mustahil ia akan merosot teruk pada PRU 14 nanti dengan jatuhnya pengaruh Anwar Ibrahim atas nama perangai aslinya diketahui umum semasa kemelut menteri besar Selangor tidak lama dahulu.  




4 comments:

Anonymous said...

DISUDUT LAIN rugi ke tak rugi dan siapa yang UNTUNG bila :
Kawasan yang dimenangi oleh PAS berlaku pilihanraya dgn calon 3 penjuru iaitu Pas, PKR dan BN...
Agak-agak siapa menang. UNTUNG_RUGI

utuhkabin

Anonymous said...

Baik duk diam d4 tambah dosa. Bab agama serah pd yg alim bkn yg nk cari publisiti.
Nak buat hudud kita risau tp bila ketum nk islamkan msia mcm attarturk kita relaks...nk liberalkan islam mcm indon kita relaks...nk mudahkan murtad kita relaks...hisablah level iman kita kt situ.

mamat said...

Islam ini dari atas kebawah dan kena ingat ia juga dari bawah keatas, macam saidina Omar dengar kata kata dari orang bawah.

Bukan setakat itu sahaja malah seorang orang bawah tidak akan patuh dengan khalifah jika Omar tidak jelaskan dari mana baju yang omar pakai.

Itulah yang dikatakan Islam yang syumul.

Jika orang bawah tak boleh cakap atau duduk diam pasti ulamak akan guna hawa nafsu, kerana Allah beri amaran kepada ulamak jangan guna hawa nafsu.

Sekarang ini ulamak jahat lebih ramai berbanding ulamak baik.

Dak ramai ulamak setuju faedah bank dalam perbankan islam bukan faedah dan boleh bermuamalah, sedangkan faedah itu jelas dan nyata ianya riba kecuali darurat jika tak bertaubat hukumnya kekal dalam neraka.

UMNO PARTI PENJARA said...

...


Pemimpin BN Sindir Anak Muda Pahang TerLAJAK BODOH!

Kenapa?

Anak Muda Pahang Kecik Hati dan Merajuk..

Kerana UMNO - Setiap Anak Pahang tanggung HUTANG!


* Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.

Saya Ulang..

Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.

Sumber Berita

>> Sumber 1 <<

>> Sumber 2 <<






...


Anak Muda Johor Terguris - Inilah UMNO... Jahat dan tiada hati perut langsung!!... Kesian Betul!!
( Lihat Bukti Di Youtube )

https://www.youtube.com/watch?v=5WEaBZcx-WE

https://www.youtube.com/watch?v=vw2B1XMax04

https://www.youtube.com/watch?v=0tRzqwkqrC0

https://www.youtube.com/watch?v=0NuxFlS80bg

https://www.youtube.com/watch?v=SviwJnhNA-Q

https://www.youtube.com/watch?v=RowxovebgI4



Sumber Berita

>> Klik Di Sini <<