Saturday, June 20, 2015

Ada yang rasa pelik,tidaklah pelik



Ramai  yang tanya penulis mengapa Muhamad Sabu kalah teruk dalam permilihan muktamar tahunan PAS ke 61 di Kuala Selangor tempoh hari.

Banyak jawapan yang diberikan. Ada yang mengatakan salah perwakilan kerana wala’ kepada presiden dianggap tidak wajar berlaku dalam parti Islam semalaysia.

Selama ini wala’ kepada presiden suatu yang sangat wajar dalam parti Islam semlaysia. Apabila kumpulan professional kalah wala’ dipersoalkan.

Pada hemat penulis, mereka tidak menyedari bahawa Allah tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Allah kehendaki dan tiap tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi diatasnya yang lebih ilmu pengetahuan.

Allah sudah tinggikan pangkat Mohammad Sabu sebagai orang nombor dua dalam PAS (timbalan presiden).

Bayangkan wajarkah beliau mendapat pangkat setinggi berbanding dengan ilmu pengetahuan yang ada padanya, sedangkan ada lagi orang lain yang lebih banyak ilmu pengetahuan.

Itulah yang telah ditakdirkan Allah yang harus kita muhasabah diri dan sangat tidak wajar menyalahkan sesiapa. Apatah lagi menyalahkan para perwakilan juga ada ilmu pengetahuan.

Kita kena ingat bahawa pangkat yang kita dapat itu adalah kehendak Allah. Allah menghendaki Muhammad Sabu jadi timbalan presiden mengalahkan dua pencabar dalam muktamar tahunan pas ke 57/59 berturut turut.

Dan tidak pelik Mohammad Sabu dan kawan kawan kalah teruk dengan undi yang kecil dalam mukatamar tahunan ke 61. Mengapa? Kerana itu adalah kehendak Allah sepertimana Friman Allah yang bermaksud: “ Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang kami kehendaki’ (Surah Yusof Ayat 76).

Mohamad Sabu harus ingat bahawa ada lagi orang lain yang lebih ilmunya berbanding dengan dirinya dan kawan kawannya lain.

Oleh itu, kenalah periksa diri masing masing sebelum menyalahkan dan sinis terhadap Haji Abdul Hadi Awang (presiden)  yang masih kekal sebagai presiden dalam masa dua tahun lagi.Allah menghenadaki beliau melayari bahtera pas di laut yang penuh bergelora.

Mereka yang kalah itu pun adalah atas kehendak Allah jua. Para perwakilan hanya ubat sahaja. Tidak lebih daripada itu. Sangat tidak betul kita menyalahkan para perwakilan, kerana mereka di pilih untuk memilih  para pemimpin dalam muktamar tahunan pas ke 61.

Mungkin dalam mukamar tahunan pas ke 63 nanti kumpulan professional akan menang mengalahkan kumpulan ulamak yang dicop tidak tahu politik dan tak tahu memerintah  itu. Itu pun jika berakhlak mereka mulia.

Kini tindakan mereka yang kalah jadi tidak puashati dengan kehendak Allah. Mereka, seolah olah tidak boleh menerima keputusan tersebut .bersyukurpun tidak  dan jauh sekali untuk bersabar. 

Pada hal masa dua tahun sangat pendek  untuk mendapat balik pangkat yang hilang atas kehendaki Allah itu.




8 comments:

Anonymous said...

statement bodoh. x nampak ke perwakilan guna cai terang-terang

Anonymous said...

Pendapat yang dangkal dan menyalahgunakan ayat suci al Quran....seteruk- teruk umno mereka tak guna cai dalam pemilihan....peranan golongan profesional bukan sedikit dalam kelangsungan pas...berilmu tapi tak pandai berpolitik apa gunanya....dalam soal hudud nampak dah kena tipu hidup2 dengan umno....

Anonymous said...

Maka dengan kehendak Allah jugalah aku keluar dari menjadi ahli PAS? Esok aku hantar surat bertandatangan 1 Ramadan yang lalu kepada setiusaha agung... tak sempat hantar segera sebab negeri Kedah cuti.

Anonymous said...

macam haramjadah...bukankah geng tolol pakai cai..lain kali kalau nak bagi pendapat buat dengan fakta.

Anonymous said...

Kah kah kah ......... perangai penyokong dan pemimpin yg kalah sama je ! sama2 tak dapat terima kenyataan dgn keputusan muktamar pas tu mulalah mengamuk dan buat onar ......... pasal senarai cai tu puak2 pro pun ada cai juga tapi nasib depa mmg tak baik dan kalah .......... kalau depa menang confirm macai2 jebon tak bising pasal cai tapi sebab depa kalah depa bising pasal cailah, perwakilanlah itu inilah ......... dah kalah tu terima jelah ! Dan utk anon yg kecewa serta nak keluar PAS dialu2kan ........ perjuangan tetap diteruskan bukan utk individu atau agenda duniawi tetapi mencari redha ilahi ........... sama2 kita tunggu hasil muktamad di akhirat nanti !

abdullahngah said...

sebagai renungan kita semua Firman Allah yang bermaksud: " Mereka menjawap: kami merasa nahas dan malang dengan sebabmu, dan juga dengan sebab pengikut pengikutmu" Nabi Salih berkata: " perkara yang menyebabkan mujur dan malang kamu adalah disisi Allah (dan dialah yang menentukannya, bukannya aku), sebenarnya kamu adalah kaum yang disesatkan (oleh hawa nafsu)" (surah An Naml ayat 47)

Anonymous said...

Mereka merancang dengan cainya, Allah juga merancang. Rancangan Allah jualah yang paling baik untuk kira

Anonymous said...

Aku tercarut kau la.takfiri,takmaluki,ulamaki al pussy.itu ditakdirkan jugakkan?