Saturday, June 6, 2015

Kelemahan pas kerana berpuak?



Sesetengah pihak berstuju dengan hukuman  penulis terhadap PAS akhir akhir ini bahawa pas sudah lemah.

Tidak dinafikan sesetengah pihak lain tidak setuju dengan hukuman penulis mengatakan pas sudah lemah berbanding sebelum ini.

Penulis berani mengatakan pas bukan sahaja lemah malah sudah jadi kucir kacir yang paling teruk berbanding sebelum ini.

Pihak yang setuju dengan hukuman penulis itu mengatakan kelemahan pas berpunca pada presidennya.

Atas sebab itulah mereka berusaha sedaya upaya untuk meyinkirkan dan seboleh bolehnya presiden bukan lagi Haji Abdul Hadi Awang.

 Akan tetapi malangnya Haji Abdul Hadi Awang menang dalam pertandingan satu lawan satu dalam muktamar agung tahunan ke 61 dengan majority yang besar.

Realiti inilah yang menunjukkan Haji Hadi Awang Bukan punca sebenar kelamahan pas seoertimana yang didakwa pihak yang kalah.

Penulis bertani mengatakan punca sebenar kelemahan pas tidak lain tidak bukan  adalah berpuak puak.

Tidak salah jika penulis mengatakan dalam ada team A dan team B sepertimana yang pernah berlaku pada umno suatu masa dahulu.

Inilah yang menjadi punca sebenar kelemhan pas yang tidak dapat dinafikan lagi dan ia selari dengan ingatan Datuk Dr Harun Din bahawa “awas” dalam PAS ada musuh dalam selimut, ada api dalam sekam dan ada duri dalam Daging.

Hal ini dapat kita lihat dengan jelas dan nyatakan  kerisauan Mazlan Aliman yang menyatakan akan buat pengumuman untuyk letak jawatan sebagai AJK kerana puaknya kalah dalam pemilihan di muktamar agung tahunan ke 61.

Oleh itu, sah dalam pas sudah ada puak dengan kata lain team A dan tem B yang menjadi punca kelemahan sebenar pas sehingga menjadi kucar kacir yang berbahaya dalam melayari bahtera di lautan penuh bergelora.


3 comments:

Ridd said...

PASMA ....!

Elok bebenor le kawan pun nak daftar Pasma. Pasma gi settle dengan ROS dulu. ramai nak daftar ni tapi jangan buat perangai seperti PAS yang baru ni.

Tak gemor teman. parti politik tetap politik. nak sembang Agama takda masalah jangan terlalu rasis sangat. Agama Islam pun menyuruh berbaik baik dengan agama dan bangsa lain.

Jangan berselindung disebalik Agama pulak Pasma. berani bersuara tak seperti kes Tabung Haji, Pas diam wat bodoh je nampak sangat takut duit bertanding dalam parti nanti takda yang nak support.

Kemenangan PAS baru2 ni nampak Pelik. jangan salah kan CHAI tapi bodoh kan yang mengundi dia faham ke bezakan parti politik dan Agama

Anonymous said...

Pas berpecah kerana ulamak gila donia ( ulamak akhir zaman), tanya diri nkau sendiri kenapa perkara ini terjadi apabila mangkat TGNA?

Wan Rosli said...

Puak B tu lah yg x patut wujud.. kini puak B dah tewas sama2 lah satukan kembali pas jgn lg berpuak2.. kan senang..
Tapi kalau pasma nak buat parti adalah dialu2kn juga.. kalau itu berlaku dah terbukti puak B mmg wujud..