Sunday, May 31, 2015

Hudud tidak boleh dilaksanakan?



Jika kita berkata demikian setengah ulamak mengatakan boleh rosak akidah seseorang orang Islam, akan tetapi jika berkata macam Mat Sabu berkata yang berbunyi: hudud tidak boleh dilaksanakan jika kita tidak memerintah dan ubah perlembagaan persekutuan.

Mat Sabu selama lamanya mempertahankan hujah beliau tanpa ambil kira perlembagaan persekutuan bahawa badan perundangan negeri ada kuasa untuk membuat undang undang.

Bukan setakat itu sahaja malah undang undang yang dibuat dan diluluskan oleh badan perundangan negeri negeri di Malaysia tidak boleh dipertikaikan oleh mana mana pihak sama ada pihak perlimen sekalipun.

Yang menjadi masalah sekarang ini hudud yang dibuat dan luluskan oleh kerajaan Kelantan belum mendapat kelulusan parlimen Malaysia, kerana tidak dan belum  dibentangkan.  

Itulah punca hudud tidak boleh dilaksanakan kerana tidak dan belum mendapat perkenan Yang di pertuan Agung.Hudud kelantan hanya tunggu masa sahaja untuk di laksanakan. 

Hudud bukan tidak boleh dilaksankan akan tetapi ia belum boleh dilaksanakan kerana semua undang undang yang dibuat mesti mendapat kelulusan badan perundangan tertinggi (parlimen dan dewan negara) dan perkenan yang di pertuan Agung terlebih dahulu.

Pada saya ia tidak ada kena mengena dengan perlembagaan persekutuan. Akan dia ada kena mengena dengan manusia yang anatara lain kebanyakannya tidak mahu hudud dilaksanakan di Kelantan khusus.

Ia tidak ada kaitan dengan perlembagaan persekutuan. Jadi kenyataan Mat Sabu itu adalah kenyataan buta perlembagaan persekutuan dan buta Islam, Atau dengan kata lain buta Al Quran hadis sehingga tergamak berkata demikian sejak jadi ahli parlimen Kubang krian lagi.

Saya tetap mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan miskipun pakatan rakyat memang dan memerintah Malaysia. 

DaP anti islam PKR juga demikian. Macam mana hendak laksanakan hudud majoriti kerajaan pakatan rakyat tak mahu kepada Islam.

Tidak dinafikan Perlembagaan persekutuan boleh diubah bila bila masa dengan dua pertiga majoriti kerana sudah ada kuasa, seksyen manakah yang diutamakan oleh DAP. 

Adakah agakan kita seksyen  berkait dengan perlaksanaan hudud diutamakan atau perkara seorang china boleh dilantik menteri besar negeri negeri dan perdana menteri.

Oleh jangan diharap hudud dapat dilaksanakan jika ditakdir pakatan rakyat memerintah negera ini. Jika umno sendiri tak mahu hudud apatah lagi DAP  dan PKR. 

Mustahil orang kafir hendak kepada Islam kecuali dia sudah jadi Islam yang syumul.Islam yang ada topeng juga mustahil boleh berbuat apa yang diperintah Allah dan Rasulullah SAW.



2 comments:

Lebai Roger said...

Ulasan Lebai Malang........ramai macamni dlm hamno, selamat mimpi berahi! Enakmen undang2 syariah kelantan tu Hudud ka? Ini yg dikatakan Foolarmak! Mengadakan yg tidak ada, lepas tu canang kalau tak sokong hudud kapir! Sebiji umno la geng AHA!

Anonymous said...

Woit boley jalan
mu bodo tu pasal mu sendiri wartakan diri mu boley jallllan
hehehe
lu sendiri tak paham mu kata orang lain tak paham
mu bukan aje boley jallllan tambah sikit boley mammmmmpus gi sana