Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) dan dua pihak lagi kerana tidak membenarkannya mengundi pada Pilihan
Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh hari ini.
Kebanyakan kita tidak faham Anwar,
bekas Anggota Parlimen Permatang Pauh, memfailkan saman pemula itu di pejabat
pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lupur melalui Tetuan Daim & Gamany
dan menamakan SPR, pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan kerajaan
Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.
Dalam permohonannya, Anwar memohon
deklarasi bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi seperti
diperuntukkan di bawah Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan, selain menuntut
pampasan dan kos.
Tidak dinafikan fasal 119
perlembagaaan persekutuan setiap warga Negara apabila mencapai usia 21 tahun
mempunyai kelayakan untuk mengundi dan ia tidak layak untuk mengundi apabila
statusnya adalah banduan.
Kita rasa pelik Anwar Ibrahim yang
telah dihukum penjara selama lima tahun (banduan) menuntut defendan-defendan
mengambil tindakan susulan untuk menguatkuasakan haknya sebagai pengundi.
Anwar dalam afidavit sokongan untuk
menyokong tuntutannya mendakwa pada 30 April lepas, peguamnya menghantar surat
tuntutan kepada SPR dan Abdul Aziz untuk mengesahkan bahawa beliau layak
mengundi.
Pada hemat penulis bahawa Anwar
Ibrahim dan peguam penguam tidak boleh menerima yang anak guamnya bersalah dan
bukan sorang banduan miskipun duduk dalam penjara, maka Anwar masih ada
kelayakan untuk mengundi di parlimen permatang Pauh
Oleh itu tindakan SPR tidak
membenarkan Anwar mengundi di perleman permatang pauh telah menafikan haknya sebagai pengundi dan
bertentangan dengan Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan juga mencabuli haknya di
bawah Perlembagaan.
Anwar berkata deklarasi yang dipohon
itu adalah untuk menegakkan haknya untuk mengundi pada PRK Permatang Pauh dan
pada mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.
Beliau mendakwa telah mendaftar
sebagai pengundi yang sah bagi kawasan Permatang Pauh sebelum dijatuhi hukuman
oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas dan pada PRU ke-13 dua tahun lepas
beliau telah mengundi di kawasan itu.
Persoalan yang timbul sekarang
apakah benar beliau bukan seorang banduan, sedangkan telah dipenjara di penjara
Sungai buloh selama lima tahun kerana mahkamah rayuan menolak rayuan hukuman
yang dijatuhi mahkamah persekutuan.
No comments:
Post a Comment