Ada yang
tidak puashati dengan keputusan yang
dibuat oleh para perwakilan dalam Muktamar agung tahunan PAS ke 61 di Kuala
Selangor baru baru ini.
Itulah sifat
manusia yang walau mengaku beriman dan bertakwa serta memiliki sarjana muda
penbajian Islam, sarjana pengajian dan PHD teologi Islam sekalipun.Apatah lagi
ada ijazah yang bukan pengajian Islam.
Ijazah yang
dimiliki seseorang tdak boleh mengubah akhlak yang buruk kepada yang baik,
kecuali bagi mereka yang benar benar beriman dan bertakwa.
Kita
dilarang berpendirian akulah yang hebat, kerana orang mungkin lebih hebat dari
kita. Kita tidak boleh mengaku akulah yang bijaksana kerana ada orang lain yang
lebih dari kita. Kita tidak boleh menagku kaulah yang tahu politik, kerana ada
orang lain lebih tahu berpolitik dari kita.
Mungkin
mereka yang kalah itu merasakan diri masing masing begitu hebat berbanding
dengan tokoh tokoh dan tidak akan kalah apabila berlawan dengan orang lain
tanpa menyedari segala itu adalah kafarah terhadap diri mereka.
Lebih lebih
lagi sebelum ini mereka dan kumpulan mereka menwar warkan ulamak tidak tahu
politik. Bukan setakat itu sahaja malah mereka menwar warkan ulamak tidak tak
memerintah.
Perkara ini
telah dinyatakan sendiri oleh Mohammad Sabu bahawa negeri Terengganu yang
bementeri besarkan Haji Abdul Hadi Awang kalah teruk dalam pilihanraya umum
2004.
Hujah itu
terbukti, bahawa negeri Kedah yang
bementeribesarkan Ustaz Azizan Razak hanya boleh bertahan satu penggal sahaja
tanpa menyedari Perak yang bermenteri besarkan Nizar Jamaluddin (professional)
juga hanya bertahan dua tahun sahaja.
Hujjah itu
terpakai bahawa ulamak tak tahu atau dengan kata lain tidak pandai memerintah
membuat daya tahan kerajaan Terengganu dan Kedah dijadikan ukuran muktamad
bahawa pas yang berpresidenkan ulamak jadi terlalu lemah. Maka presiden pas
perlu ditukar dengan golongan professional yang konon tahu politik dan pandai
memerintah.
Bagaimana
dengan negeri Kelantan yang boleh bertahan sehingga hari ini, sedangkan menteri
besarnya juga seorang ulamak.
Kini hujjah
tersebut tertolak, lantas ada pula katakata yang mengatakan Haji Abdul Hadi
Awang bukan seorang ulamak, Ulamak sebenar ialah Allahyarham ustas Fadhil Noor.Hal
ini telah dijaja untuk mentempelak Presiden.
Kata kata
tersebut dicanang sedemikian rupa untuk mencalarkan nama baik Haji Abdul Hadi
Awang sehingga tergamak menghina presiden yang dilantik sebagai timbalan ketua
ulamak dunia itu.
Hari ini
rata rata menuduh para perwakilan mukatamar agung tahunan pas ke 61 berwalaq
kepada presiden yang seolah olah telah taksub yang dilarang dan tidak patut berlaku
pada Gerakan di Malaysia.
Saya kira
perwakilan sudah lihat dan menteliti permainan mereka yang kalah secara
bijaksana miskipun mereka bukanlah seorang yang professional dan ulamak.
Bayangkan
berapa orang sangat wakil ulamak yang
jadi perwakilan muktamar agung tahunan pas ke 61 tempoh hari .Siapakah yang
mempengaruhi para perwakilan.
Oleh itu,
jelas dan nyata mereka yang pentingkan peribadi tidak wajar diangkat menjadi
ajk, kerana ini boleh melemahkan PAS yang mahu melaksanakan undang undang Allah
apabila ditakdirkan menang dan memerintah Negara Malaysia ini.
Bermakna ia
bergantung kepada niat.tahalaf siasyi
pas pada ulamak tiada yang selain berniat untuk laksanakan hukum Allah apabila
ditakdirkan menang dan memerintah. Manakala orang profesional pasang niat untuk menang dan memerintah dapat
jawatan serta habuan.
Sebab itu
ada yang mengatakan pas tidak boleh memang apabila bersendirian sehingga ada sesetengah
lupa dengan janji janji bahawa Islam akan diberi kemenangan suatu masa nanti
jika sanggup bersabar.
Ada golongan
professional berhujjah pas boleh menang
dan memerintah Kelantan setelah bergabung dengan parti semangat 46 pada
pilihanraya umum 1990 sebagai bukti kesan pergabungan.
Pas boleh
menang dan memerintah Terengganu pada pilihanraya umum 1999 dan kalah pada
pilihanraya umum 2004 apabila bekerjasama dengan DAP dan PKR .
Demikian
juga Kedah menang dan memerintah pada pilihanraya umum ke 12 dan kalah pada pilihanraya umum 2008 ketika
dalam pakatan rakyat.
Apakah benar
Haji Abdul Hadi Awang dan ustaz Azizan Razak tak tahu memerintah kerana dia
seorang ulamak
apakah niat
pas waktu bergabung dengan DAP dan PKR. saya percaya dan yakin niat pas tidak
lain dan tidak bukan ialah untuk menang pilihanraya dan tumbangkan BN.
Sebab itu
ada yang sayang jawatan berbanding untuk menjaga agama. Mereka lebih suka untuk
mendapat faedah diri sendiri. Majoritinya pentingkan peribadi bukan untuk
kebaikan agama Islam itu sendiri.
Setakat hari
ini tiada apa apa kebaikan agama yang diajar oleh Rasulullah SAW mengharamkan
penjualan arak dikawasan penduduk Melayu di negeri Selangor tidak terlaksanakan. Apatah lagi
untuk laksanakan hukum Allah, kecuali kebaikan peribadi dapat jawatan, kerana betapa
ramai orang pas dapat jawatan dalam kerajaan pulau Pinang sepertimana sinisnya
Khalid Samad dalam tulisannya.
Jika itu
yang diniat dan dihajati, bukankah lebih baik bergabung sahaja dengan BN, pasti
lebih ramai orang pas dapat jawatan dalam kerajaan negeri negeri yang
diperintah BN, tidak mustahil ramai MP pas dapat jawatan menteri dan timbalan
menteri.
9 comments:
Tapi sebelum itu saya nak tanya, para ulama PAS dah jawapkah pertanyaan Ketua DHPP, N.Balasubramaniam :
"Saya tak pasti apakah dalam ajaran Islam atau dalam Al-Quran tiada larangan supaya jangan memfitnah dan melabel orang lain dengan label yang buruk. "Kenapa kita mengamalkan larangan Al-Quran dalam parti PAS?" soalnya dalam ucapan penangguhannya pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor.
Tolol apakah mung nih!...orang lain tulis blog, berikan pandangan..mung pun nak beri pandangan juga..walaupon pandangan mung tak berpijak kepada fakta yang benar. Buatlah kajian dan menyelidiki dengan hati yang adil dan fikiran yang waras maka mung akan tahu siapa sebenarnya yang menjadi punca kepada kemelut ini semua. INGAT!!! ULAMAK TAK MAKSUM, HANYA ORANG YANG BERAQIDAH SEPERTI SYIAH YANG SESAT SAHAJA YANG MENGATAKAN PARA IMAM ATAU PEMIMPINNYA MAKSUM.
Sekali Lagi saya menyeru semua warga PAS yang berjawatan di Pulau Pinang dan Selangor MELEPASKAN jawatan masing-masing. TOLONG lah PATUHI Dewan Ulama Dan Muktamar, Hilang maruah kita ni, dlm net semua hentam ni jadi berlapang dada lah untuk kita BERAMBUS dari bersekongkol dengan apa2 yg berkait dgn DAP.
HUDUH kita kerana kelihatan Cintakan Ringgit dari ULAMA. Muktamar dah terima maka kita wajar menyahut LAGIPUN kita kan PARTI YANG KUAT, kita kuat
Cakap begegar degar, pum pang pum pang tapi bila suruh lepas jawatan jadi kecut burung beralasan MSU belum terima, tiada arahan MACAM MENYESAL DAN NAK U-TURN je.
malu la sikit MANA MARUAH. Berbalik pd yg asal iaitu MUKTAMAR, dah diterima maka sah lah kita dan DAP bercerai, tak perlu lagi nak main akal, main kata-kata dll
JADI sekali lagi diseur BERAMBUS lah woii
PILIH lah ULAMA bukan DUIT.
Bila Presideng Pas mengangkat mursyidul Am dari kalangan jin islang, maka semua ulamak pong jadi jin islang.........sebaik2 jing sejahat2 manusia!
Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kumpulan ulamak PAS yang membuat dan meluluskan usul putus kerjasama dengan DAP, yang akhirnya mereka sendiri terjerit-jerit kononnnya "ia belum muktamad" lagi.(Jika U_TURN berlaku mana nak letak maruah Dewan Ulama bro) Jadi memutuskan Hubungan dengan DAP hanya satu Usul Sandiwara pada Asalnya bagi Mempengaruhi Perwakilan sebelum Pengundian.
KITA TUNGGU SAMADA " MEREKA MEMILIH RINGGIT ATAU ULAMA"
Entah macam mana mereka berpolitik, kunun landasan islam tapi ada lebel Jebon, Tolol, Barua, Bila mengundi pakai cai....Tapi mulut dok kata Isle Isle Isle.
Dewan Ulama pun satu main redah je usul, bila dah lulus tapi ahli Pas tak nak lepas Jawatan, rasa saying ke, rasa fulus ke...Apa pun tak kan nak U-TURN malu lah Jemaah Ulama
Nampak lemah nya mereka berpolitik betul-betul mcm Lebai Malang. Apa pun nasi dah jadi bubur Saya meyeru semua yg berjawatan dengan hati terbuka letak lah jawatan demi MARUAH dan Pilih lah ULAMA BUKAN RINGGIT ok.
Lucu...Mulut Isle Isle tapi akhlak berpolitik MasyaAllah.
Tak apa kita tunggu, selagi tidak meletak jawatan isu ini tak akan reda bro. Rakyat akan terus follow dan Up Date tau.
PILIH ULAMA BUKAN RINGGIT
kita KUAT
memang islam akan tapi bukan pas,islam tak pembohong tapi pas yes,islam takkan buat fitnah tapi pas yes,islam tak label2 org tapi pas yes,islam tak berbelit2 tapi pas ,ulamak pas pembohong dan uturn belit2
Kalau bkn pas .. dap kut..
Ya Allah ..sekiranya pemimpin kami melakukan kesilapan maka ampunkan dia. Tetapi anonymous yg komen ini melakukan fitnah terhadap tuan guru,maka Engkau balas perbuatan mereka setimpal dengan spa yg mereka fitnah. Amin
Post a Comment