Sekarang ini mari sama sama kita tengok isi kandungan Bai’ah
PAS Kelantan sebagai bahan bukti sama ada ia benar benar menepati bahawa lafaz
itu boleh jatuh talaq atau tidak seseorang yang melafazkannya.
Bai’ah itu berbunyi: “Saya Datuk Haji Ahmad bin Yaakub berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti
yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam
bahawa saya bersumpah dengan
nama Allah Wallahi, wabillahi watallahi
sekiranya saya meninggalkan atau melompat
keparti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli Dewan negeri atau
Dewan rakyat maka akan tertalaklah
isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak, segala perbelanjaan saya dengan
menggunakan wang elauan ahli Dewan tersebut adalah haram. Dan bahawa saya juga
bersumpah dengan nama Allah wallahi wabillahi watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ahli Dewan negeri atau Dewan
rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti
Lafaz bahawa saya
bersumpah dengan nama Allah Wallahi, wabillahi watallahi ia adalah lafaz ta’liq
yang dilakukan secara tidak sengaja. Ia atas kerelaan seseorang sepertimana
kata kata yang berbunyi: “Lompat parti
lain dengan kerelaan saya sendiri.
Bermakna bukan ada paksaan sesiapa. Ia
adalah kehendak kita sendiri untuk menjadi calon Dewan negeri dan Dewan Rakyat
(ahli parlimen).
Lafaz yang berbunyi: Akan
tertalaklah isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak, lafaz
tersebut merupakan lafaz yang sorih dan tidak boleh main main. Hal ini telah
dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Tiga perkara yang jika dilakukan dengan sungguh
sungguh maka ia dipandang sungguh sungguh dan jika dilakukan secara main main
maka ia tetap dipandang sungguh sungguh: nikah, talak dan sumpah”
Sesungguhnya berkaitan dengan perkara talaq ini ulama
berbeza pendapat dan wujud tiga pendapat yang sedia maklum dan kini wujud
pendapat baru yang dikeluarkan oleh ulama modern yang mudah dan ringan berbanding
dengan pendapat ulama silam menjadi empat pendapat bagi mereka yang bersumpah.
pendapat pertama Talaq sedemikian adalah harus (dibenarkan) dan jatuh
tiga sekaligus. Ini merupakan ijtihad Mazhab Syafie dan Hambali serta majoriti
ulama silam.Pendapat kedua. Ia adalah haram (dosa) dan jatuh tiga sekaligus. Ijtihad Malik dan Abu Hanifah. Ia mendapat majoriti sahabat, Tabien dan ulama silam.
Pendapat ketiga.Ia haram, tetapi jatuh talaq satu. Ini ijtihad sebahagian sahabat dan Ali Abi Talib ra, Ibnu Mas'ud, Abdul Rahman Auf ra dan Az Zubair Awwam ra.
Jika ikut pendapat ketiga Dr Hatta boleh rujuk balik dengan bekas isterinya selepas habis iddah nanti.Akan tetapi ketiga tiga pendapat ini ditolak dengan hujah tidak jatuh talaq dan boleh ditebus dengan dengan member makan kepada sepuluh orang miskin dan puasa tiga hari.
Dr Hatta menjelaskan bahawa beliau gunapakai pendapat ulama modern dan disebut membariskan nama Dr Yusof al-Qarahdawi dan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis sebagai rujukan yang mengatakan bahawa bai'ah itu adalah sumpah dan boleh ditebus apabila melanggarnya.
Ia berdalilkan firman Allah yang bermaksud: “ Allah tdak menghukum kamu disebab sebab sumpah sumpahmu yang tidak disengaja (untuk bersumpah) tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah sumpah yang kamu sengaja, maka kafarahnya (denda pelanggaran sumpah) iaitu memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yangbiasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian atau memerdekakan seorang hamba sahaya. Barangsiapa tidak mampu melakukannya, maka (kafarahnya) berpuasalah tiga hari. Itulah kafarah sumpah sumpahmu apabila kamu bersumpah (dan kamu langgar)” (surah Al Maaidah ayat 8
Persoalan yang timbul bagaimana pula dengan lafaz yang berbunyi: Akan tertalaklah isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak. Lafaz ini keluar dari mulut kita sendiri dengan sengaja dan penuh kerelaan.
Lafaz ini juga bukan sahaja dibuat didepan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Pesuruhjaya Pas Negeri kelantan, tetapi didepan Allah yang berbunyi: Wallahi, wabillahi watallahi yang mahu tidak mahu kena rujuk mahkamah syariah untuk mencari penyelesaian permasalahan yang menjadi isu terkini.
Lebih lebih lagi setiap perkahwinan di daftarkan di makhamah syariah dan mahkamah syariah kelantan mengguna pakai Pendapat pertama, iaitu Talaq sedemikian adalah harus (dibenarkan) dan jatuh tiga sekaligus. Ini merupakan ijtihad Mazhab Syafie dan Hambali serta majoriti ulama silam.
Jika ia tidak melibat mahkamah Syariah, maka persoalan yang timbul sudah selesai,kerana Dr Hatta menggunapakai pendapat ulama modern dikatakan pendapat yang rajih, akan tetapi ini membabitkan perkahwinan dan didaftarkan yang pasti tidak akan selesai sampai bila bila.
Bagaimana pun ada perkara yang kita lakukan main main pun, maka ia tetap dipandang sungguh sunguh iaitu nikah, talak dan sumpah sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiga perkara yang jika dilakukan dengan sungguh sungguh maka ia dipandang sungguh sungguh dan jiak dilakukan secara main main mak ia tetap dipandang sungguh sungguh: nikah, talak dan sumpah”
Oleh itu, tidak dinafikan ianya boleh membayar kafarah berdalilkan firman Allah yang bermaksud: “ Allah tdak menghukum kamu disebab sebab sumpah sumpahmu yang tidak disengaja (untuk bersumpah) tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah sumpah yang kamu sengaja, maka kafarahnya (denda pelanggaran sumpah) iaitu memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian atau memerdekakan seorang hamba sahaya. Barangsiapa tidak mampu melakukannya, maka (kafaarahnya) berpuasalah tiga hari. Itulah kafarah sumpah sumpahmu apabila kamu bersumpah (dan kamu langgar)” (surah Al Maaidah ayat 89).
Sesungguhnya
Lafaz ta’liq Akan tertalaklah isteri atau isteri
isteri saya dengan tiga talak adalah lafaz sorih tidak boleh dipandang ringan. Lafaz ini adalah lafaz sorih dan ia mahu tidak mahu mesti kena rujuk
mahkamah syariah agar mahkamah menentukan status kedudukan pihak yang terbabit. terSerah kepada mahkamah
syariah kerana itu adalah bidangkuasa kes
tersebeut.
10 comments:
ADAKAH BAI'AH ITU YANG SALAH ...??? Terbuka kepada sesiapa yang mahu ... kalau tak sanggup, kalau iman tak kental, kalau nafsu tidak dapat dikawal jangan berbai'ah ... bagi kepada orang lain .... YANG TAMAK NAK JADI WAKIL RAKYAT TU DULU APA PASAL...????????????????????????
Pergi mahkamah kita jgn spekulasi hukum dan rumahtangga orang
Assalam
Semua ini gila, isteri dipertaruhkan semata-mata kerana jawatan.
Bende tk patut dedah didedahkan..terima padahhh..
pembetulan surah al-maaidah ayat 89 bukan ayat 8 tertinggal nombor 9 maaf
Ada pendapat yg ke 4. Sesiapa yg memaksa seseorang mendaftar talak3 tanpa bicara adalah haram jadah walaupun menteri besar atau timbalan, maupun ydp majlis ugama. Presideng dah lama dah haram jadah, kapir sentiasa di mulut dia.
Isu Baiah ni sungguh memalukan Pas, sedang isu RuU 355 yg di kata hudud pung tak tentu hala!..........join ameno je lah MB dan TMB, bawa presideng dgn mursyidul sekali.
Sungguh tidak ku sangka PAS berbai'ah sebegini.
Sepatutnya ulama ulama pas melarang ahli ahli nya berbaiah sedemikian...dan satu lagi yg aku cukup marah dengan pemimpin pemimpin pas ni , dia seolah olah nak tengok orang bercerai berai..bukan dia nak mencari jalan supaya pernikahan yang sah dan suci itu dapat diselamatkan ...ulama apa macam ni...
Kalau kita ke mahkamah syariah atas tujuan untuk berpisah dengan pasangan kita sekali pun..pegawai pegawai di sana akan bagi nasihat dan minta kita hadiri sesi kaunseling supaya perceraian itu dapat dielakkan..ni dia pulak dok cari jalan supaya orang bercerai talak tiga...perrggh...aku tak faham lah ulama macam ni...
Tak faham kerana tak faham dunia politik dan agama Islam
Baiah cam gini mmg patut lah.. kalau tidak jd macam perak lah bro.. susah sgt ke nk paham..
Post a Comment