Friday, October 9, 2015

Islamkah mereka itu?



Tidak lama dahulu kita telah dikejutkan  apabila ada orang Islam kata China DAP kafir zimmi. Baru baru ini kita telah dikejutkan lagi apabila seorang Profesor Madya dr mengatakan Yahudi tak salah.miskipun membunuh nabi nabi dan membunuh  2 juta umat Islam di palestin.

Hari ini kita dikejutkan lagi, kerana dikatakan ramai orang Islam tak tahu mengucap. Penulis penah dengar ramai orang Islam tak pandai baca fatihah dan tak pandai solat.Ini ada lojiknya kerana  membaca fatihah dan solat itu payah sikit berbanding mengucap yang teramat mudah diucapkan.

Jika hal ini berlaku dinegera yang diperintah oleh orang kafir tersangat lojik, kerana orang islam dinagera kafir tidak membenar mereka mengamalkan ajaran islam. Di Negara china orang islam dilarang berpuasa.

Akan tetapi ini berlaku dinegara Malaysia yang diperintah oleh orang islam, cuma undang undangnya sahaja yang bukan undang undang Islam dan orang islam bebas mengamalkan ajaran islam.

Penulis pernah dengar, ramai orang Islam yang tahu berwuduk. Macam mana boleh jadi macam ini, sedangkan mereka itu Islam dan mengaku Islam. Islamkah mereka itu.

Mengapa penulis tulis rancana ini? Penulis bimbang takut, ada orang mengatakan penulis syok sendiri, kerana sudah ada yang mengatakan penulis syok sendiri.

Jadi marilah kita tengok mengapa yang dikatakan ramai orang Islam tak tahu mengucap. Islamkah mereka jika mereka itu tahu pandai mengucap dua kalimah syahadah atau seumar hidup mereka, mereka tak pernah melafazkannya.

Sudah tentu mereka itu bukan seorang Islam, kerana seorang Islam itu mesti mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu sehari semalam, puasa dibulan ramadhan, zakat fitrah dan mengerjakan haji setelah mereka ada kemampuan.

Inilah rukun yang wajib ada pada seseorang yang mengaku yang dia adalah seorang Islam. Maka baru munasabah mereka itu seorang yang mendakwa yang mereka adalah seorang yang beragama Islam.

Kalau tidak, mereka itu bukanlah seorang Islam sepertimana yang kita fahami. Tetapi mereka itu adalah seorang islam baqa yang lahir dari bineh  dua pasangan suamai Isteri yang dijadkabulkan oleh pihak berwajib secara Islam.

Atau dengan kata lain mereka dilahir dari pada perut Ibu bapak yang mengaku beragama islam sepertimana lahirnya.Lebih lebih lagi mereka yang tak pandai mengucap ini bermustatin didalam Negara yang diperintah oleh orang Islam dan ada pusat pusat islam yang diberi amanah untuk mendidik umat Islam menjadi islam sejati.


3 comments:

Anonymous said...

mereka tu di negara mana?..malaysia... yang ultra sangat ASWJnya.

Anonymous said...

ape komen penulis?
sedih ke nak salahkan orang lain ke?
atau nak komen prof tu?
atau takde rase ape-ape?
atau nak salahkan kerajaan?
atau ngo yang salah?
Atau kerajaan Syria mesir arabsaudi yaman yang punya masalah..

atau seluruh umat islam memang tak ambik pot..
ke penulis cakap dalam hati lantak la diorang?

kitorang nak gak dengar luahan hati penulis..
huhu..

ke salah demokrasi?
ke amalan demokrasi tu yang salah?

ke salah lain?
sebenarnya saya yang salah..
saya yang tak doa menangis untuk mereka..
saya yang lemah tak usahakan nasib mereka..
umat dihujung hujung neraka..
ampunkan hambamu Ya Allah...

abdullahngah said...

Allah telah jelas dengan sejelas jelasnya dalam Al Quran segala apa yang berlaku ini adalah daripada diri kamu sendiri.Ibu bapa salah,(ibubapalah yang membuat anak anak mereka sama ada mahu jadi yahudi ke majusike) kerajaaan buat salah besar kerana tolak undang undang Islam, ulama salah, kerana jadi setan bisu (takut dengan pemerintah). Pendek kata salah diri kamu sendiri.