Thursday, March 17, 2016

Mat Sabu yang ajar





Pada mulanya penulis terkejut juga dengan saranan Rafizi minta pas jaga akhlak ahlinya.kerana tak munasabah ahli pas buruk akhlaknya.

Akan tetapi tidak dinafikan kebanykan penyokong pas buruk akhlaknya.dan macam mana pas nak jaga kerana mereka bukan ahli.

 Ahli pas berada dipihak yang lain manakala penyokong pula dipihak yang lain. Mereka ini berbeza satu sama lain.

Akan tetapi fikir dan fikir, tak mustahil ahli pas kini jadi buruk. Macam juga ulama kontemporari dengan ulama silam.

Ulama kontemporari ada ijazah PHD manakala ulam silam tak masuk univsesiti pun Jauh sekali memiliki ijajazah sepertimana yang dimiliki ulama kontemporari.

Demikian juga dengan ahli pas. ahli pas dahulu memang tak sama dengan ahli pas sekarang.Tak dinafikan ada juga ahli pas dahulu yang buta al Quran.

Ahli Pas sekarang miskioun seorang professional tetapi  berfahaman islam liberal dan ada yang berfahaman sekularisme. Ada yang berfahaman matlamat menghalalkan cara.

Tidak mengejutkan jika Mat Sabu timbalan presiden selama dua penggal dalam siri ceramahnya di seluruh pelusuk tanahair selama lamanya sangat gemar dan cenderung memaki hamun.

Bukan setakat akhlak ahli pas jadi buruk, malah presiden Datuk Haji Abdul Hadi Awang termakan dengan apa yang diajar oleh Mat sabu dalam kebanyakan ceramah.Bukan itu sahaja, malah presiden turut dilabelkan ulama tukang label.

Tidak perlulah penulis senaraikan satu persatu maki hamun Mat sabu dalam siri ceramahnya, kerana umum sedia sedia maklum.

Penyokong Pas bukan setakat bersetuju dengan kaedah maki hamun Mat sabu itu, malah kebanyakan turut melaungkan takbir sekuat kuat mungkin apabila Mat sabu melabelkan pemimpin umno itu dan ini.

Padahal dari segi islam maki hamun kan mengejek ngejek namanya dan pasti salah serta dinyatakan didalam Al Quran ia suatu larangan (dosa). Tetapi ahli pas mungkin ada juga yang boleh bersetuju dengan perkara dilarang.

Ia jadi lebih buruk lagi apabila Pas berkerjsama dengan PKR dan DAP sehingga tergamak pucuk kepimpinan mengatakan kristian tidak memusuhi kita (kerana DAP Kristian).dan berkata, boleh berkawan dengan Yahudi. Mungkin Atas sebab yahudi beri bantuan RM 300 juta pada DAP untuk belanja pilihanraya. Yang paling tidak patut menyatakan China DAP kafir zimmi.

Orang PKR asalnya orang umno dan berkawan dengan orang Pas yang pada mulanya tak reti dengan politik jahat yang diamalkan selama ini mula terpesona dan cuba ikut sikit sikit.

Contoh, Gambar Haji Hadi Awang menteri besar Terengganu poster terbesar di pasang di BukitTerengganu disembah cat agar menjadi kemarahan dan dapat meraih sokongan pengundi PRU11 (2004) itu bukan orang umno yang buat.

Yang peliknya sesetengah orang pas boleh setuju dengan kerja jahat yang diajar oleh orang PKR ini konon untung.Tidak rugi. Padahal  ia suatu kerugian kerana kita yang buat, kita tuduh orang lain yang buat.Allah murka.

Kata Rafizi, demikianlah akhlak ahli-ahli PAS dan kini pemimpin PKR pula yang kena. Sebelum ini habis dimaki hamunnya golongan progresif menyebabkan ribuan ahli PAS meninggalkan PAS dan menyertai parti AMANAH.

Sambungnya lagi, sebermula dari muktamar agong pada 2014 lagi, golongan yang mendakwa mereka sebagai kumpulan "ulamak" telah menunjukkan sikap "samseng" bukan sahaja di alam maya, malah di dunia realiti juga.

Jelas Rafizi, Fitnah, maki hamun dan melabel sudah menjadi budaya baharu di dalam parti tersebut. Ia disemarakkan pula apabila Presidennya sendiri melakukan demikian di ucapan-capannya dengan fitnah, tuduhan, maki hamun dan melabel.

Kata Rafizi, Fitnah pil kuda, makihamun seperti broker, barua dan melabel seperti "pengkhianat" merupakan sejarah hitam parti berkenaan yang sehingga kini belum terpadam.

Ia diperburukkan dengan tindakan-tindakan agresif seperti mengeboo pimpinan progresif di muktamar, menconteng banner dan poster Mat Sabu, berdemo di depan pejabat PAS malah sehingga ke tahap mengugut dan mengancam keselamatan mereka yang tidak sehaluan dengan mereka.

Terang Rafizi lagi, kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak.

Pas dituduh telah membiarkan ahli terus menerus berakhlak buruk. Sedangkan hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan.

Rakyat dapat melihat sendiri perangai dan akhlak buruk yang dipamerkan oleh ahli-ahli PAS berkanaan. Dan kini semakin ramai menjauhi PAS lantaran akhlak buruk tersebut.

Sedarkah mereka bahawa itulah yang telah diajar oleh Mat Sabu dan jadi pegangan G18 sepertimana serangan yang dilakukan oleh Khalid Samad terhadap Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, dua tiga ini dan mungkin dijadikan amalan G 18 sebagai strategi dan langkah akhir untuk menjatuhkan dari jawatan presiden yang menjadi keinginan Mat Sabu selama ini.



9 comments:

mohd yusoff azizan said...

Tak kan tak boleh fikir yang mana baik dan yang mana buruk...bila dah terasa mula salahkan orang lain....dah jadi budaya

Anonymous said...

Ooo..bila tuang presideng pas sebut barua kepada 2 adun pas di selangor selamatkan kerajaan PR dari jatuh kepada UG pas dan umno tempoh hari diajar oleh mat sabu laa..hudud cancel pun kerana mat sabu jugak kaa..

Deco Dollah said...

Tahap pemikiran level srp sama ja dgn mat badshah

Anonymous said...

artikel apa ni? sendiri yang bangang tuduh orang lain pulak penyebabnya kenapa?

Anonymous said...

Nampaknya juga telah berjangkit pada ahli & penyokong PAN skrg ni. Jaga akhlak kita sbg seorg muslim. Bagaimana nk tunjuk peribadi baik sedangkan masih ada masa kata mengata, gelar menggelar dan mengumpat. Kira seperti meludah kelangit. Dapat lihat inilah sikap penyokong & pimpinan. Masih tiada perubahan spt akhlak yg Nabi utk dicontohi. Jadilah umat Islam sejati. Tumpukan usaha mentarbiah pimpinan dan ahli. Usah lg saling salah menyalah. Cuba cari titik persamaan utk bertemu. Jgn terjerat buat kali ke-2 dengan bekas para pemimpin UMNO. Mereka keluar parti bagi menguatkan parti yang dipercayai totok dari luar. Spt yg dilakukan semasa tun Abdullah berkuasa dulu. fikir dan ingat sebaik mungkin.

Malaysiabaru said...

Babee la blog kurang ajar fakta takde nukti ni... Penulis anak didik ayoh Ping hadi

Anonymous said...

Fakta yg perlu orang2 pas tau
1.Aura TG Nik Aziz
2.ABU
3.kerja kuat golongan g18 yg dipimpin oleh mat sabu

Sekarang semua ini dah tiada lagi.presiden dan ulamak2 masih bermimpi Pas masih kuat.tak pernah kaji kedah kalah kerana ulamak..pengundi bukan islam dah ramai lati dari pas.terengganudan pahang kerana kebencian kpd umno.jadi sedar diri lah penulis komantar weeh..nasihatkan tuang presideng anda supaya jangan takbur..golongan jahil lambat dapat balasan tuhan.yg alim lah cepat dapat balasan.

Anonymous said...

Sedarkah wahai penulis blog yg kerjasama Pas dan ikatan akan menguntungkan umno dlm pru nanti.umno sangat suka pertandingan 3 penjuru seperti berlaku dlm pru. lalu bila Pas khianat kpd pkr dengan bertanding kerusi pkr yg telah pas setujui di terengganu,selangor,penang dan labuan.akibatnye umno yg menang.pas seolah2nye bodoh dan menjadi proksi umno..isu hudud dan UG telah pecahkan PR.najib tambah kuat.sekarang pas nak cancel hudud.kalau tak bangang pembangkang boleh perintah malaysia..jadi saya mintak penulis jangan jadi orang bangang..tulis yg dapat membina.

Anonymous said...

Monday, March 21, 2016
Hj Hadi dan Umno adalah penyebab kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak

  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS bukan punca kejatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009, sebaliknya ia disebabkan tindakan wakil rakyat DAP dan PKR yang melompat parti.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa blok ketiga pembangkang seolah-olah 'kosong tambah kosong sama dengan kosong'.

 “PAS tidak kosong kerana melalui persefahaman kita berjaya merampas Kelantan, Kedah dan Perak.

 "Jatuhnya Perak bukan kerana PAS tapi sebab DAP dan PKR. Kena ingat itu, bukan sebab PAS lompat. Tapi orang DAP yang lompat,” katanya. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

  Sajer-sajer nak jawab komen bodoh Hj Hadi yang tuduh kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009, disebabkan tindakan wakil rakyat DAP dan PKR yang melompat parti.

  Sikit-sikit DAP! kalau bukan DAP tentu Anwar pula yang akan dipersalahkan. Inilah kerjabuat Hj Hadi, mengambil perangai Umno!

   Dia langsung tidak mahu menyalahkan Umno yang telah menyebabkan kejatuhan kerajaan PR di Perak. Apatah lagi untuk mengaku kesalahannya sendiri dalam menyebabkan kejatuhan kerajaan PR di Perak.

  Hj Hadi juga buat-buat lupa nak sebut pasal kejatuhannya sendiri di Terengganu? Asyik sebut pasal kejatuhan PR di Perak. Nampak sangat dia berdendam dengan DS Nizar dan Ahmad Awang.....

Berikut saya dedahkan bahawa Hj Hadi dan Umno adalah penyebab utama!

  Semua kita pun sudah tahu bahawa Umno adalah samseng yg merampas secara haram negeri Perak. Umno tidak sabar dan tidak boleh menerima kekalahan.

  Segala undang-undang tubuh kerajaan habis diredahnya ikut suka hati umno.

  DS Nizar telah berusaha untuk melawan kes itu melalui Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan berjaya mendapatkan semula kedudukannya.

 Namun selang beberapa hari kemudian, Mahkamah Rayuan telah membatalkan peghakiman tersebut dan mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

  Sudah tentu ada tangan tangan ajaib memainkan peranan mempengaruhi keputusan ini.

  Apakah Hj Hadi turut bersetuju dengan kepincangan tersebut semata-mata kerana hajat untuk melihat Kerajaan Perpaduan Umno-Pas wujud di Perak?

 Benarkah PAS bukan punca kejatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009?

 Sebenarnya, secara tidak langsung Hj Hadi dan Haron Din telah turut sama terlibat menjadi penyumbang kepada kejatuhan kerajaan PR di Perak.

   Ketika Pas Perak bersama DAP dan Keadilan menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Haron Din telah menghubungi Ust Ahmad Awang dan telah menghasutnya supaya keputusan itu difikirkan semula.Dia mahukan supaya Pas bergabung dengan Umno!

  Ust Ahmad Awang tetap bertegas dengan keputusan asal yang telah dibuat dan telah menolak begitu sahaja ajakan Umno untuk mernubuhkan kerajaan Melayu Islam di Perak.

  Walaupun begitu, Umno tidak terus kecewa dan duduk diam begitu sahaja. Apabila gagal pelan A. Mereka ada pelan B dan seterusnya.

  Maka dihasutnya 3 katak di Perak dengan menggunakan desas desus bahawa Pas mahu bergabung dengan Umno untuk menjadi kerajaan di Perak... Ini telah mendorong 3 katak di Perak  ini untuk melompat terlebih dahulu sementara ada tawaran dan peluang yang lumayan terbuka kepada mereka...Membuktikan kepada rakyat budaya korup UMNO.

  Inilah punca sebenar bagaimana 3 katak di Perak itu berjaya dihasut oleh Umno supaya melompat. Semuanya adalah gara-gara Haron Din dan Hj Hadi mahu bergabung dengan Umno!
 
  Ust Ahmad Awang turut mendedahkan beliau telah ditawarkan jawatan speaker oleh Umno jika bersetuju mewujudkan kerajaan campuran.Kalau Ust Ahmad Awang bersetuju bergabung dengan Umno, tentulah lainlah ceritanya sekarang....

   Kerajaan Perpaduan tajaan Haji Hadi dan Haron Din di Perak tentu berkekalan hingga ke hari ini!

Dan sudah tentu Hj Hadi tidak akan menyalahkan DAP !
Alhusseyn Alhusseyn pada 12:30 pm