Saturday, October 8, 2016

Demikianlah kuasa Yang Di pertuan Agung



Perlembagaan persekutuan bab 3 pemerintah.
Fasal 40. Yang di Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

(1) pada menjalankan tugasnya dibawah perlembagaan ini undang undang persekutuan. Yang Di Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat jumaah Menteri atau nasihat seseorang menteri yang bertindak dibawah kuasa am jumaah menteri, kecuali sebagaimana di peruntukan selainnya oleh perlembagaan ini; tetapi Yang di Pertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat apaapa maklumat mengenai pemerintahan persekutuan yang boleh didapati oleh jumaah menteri.

(1A) pada menjalankan fungsi fungsinya dibawah perlembagaan ini atau undang undang persekutuan, jika yang dipertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

(2) Yang di Pertuan Agong boleh bertindak menurut budibicaranya pada melaksanakan tugas tugas yang berikut, iaitu
(a)Melantik seorang perdana menteri
(b) Tidak mempersetujui permintaan membubar parlimen
(c) meminta diadakan suatu mesyuarat majlis raja raja yang semata mata mengenai keistimewaaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran duli dulia yang maha mulia Raja Raja dan mengambil apa apa tindakan dalam mesyauarat itu.dan dalam apa apa hal lain yang tersebut dalam perlembagaaan ini.

(3)Undang undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghendaki Yang Di Pertuan Agong bertindak pada menjalankan tugas tugas yang di daripada yang berikut, selepas berunding dengan atau atas syor mana mana orang atau kumpulan orang yang lain daripada jumaah menteri.

(a)Tugas tugas yang boleh dijalankan menurut budibicaranya
(b) Tugas tugas lain jika untuk menjalankannya peruntukan ada dibuat dalam mana mana perkara lain.


11 comments:

Anonymous said...

Ape tujuan Artikel ni?..

Anonymous said...

Hadi: Jika Kita Berperang Dengan UMNO, Bukan Islam Akan Memerintah...

Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa "Kalau kita berperang dengan Umno, orang bukan Islam akan perintah negeri ini".

Beliau berkata demikian di dalam satu Majlis Dialog RUU 355 di Rusila yang diadakan pada pertengahan bulan September lalu.

Turut bersama Haji Hadi di dalam majlis Dialog berkenaan ialah YB. Dato' Dr. Fadzli Bin Dato' Haji Hassan Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis itu telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bin Bahri.


Haji Hadi menjelaskan mudharat lebih besar jika UMNO kalah dan ini akan membolehkan kaum bukan Islam memerintah.

Video ucapannya itu telah tersebar luas di media sosial.

Ramai beranggapan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS itu menjelaskan mengapa PAS kini mengubah dasarnya untuk berbaik dengan UMNO dan ia sebagai penerusan dan kesinambungan agenda "Kerajaan Perpaduan" yang pernah dicadangkannya semasa era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi.

Kenyataan Hj Hadi itu amat bercanggah samasekali dengan kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini terutama sewaktu PAS bersama-sama di dalam Pakatan Rakyat.

Beliau pernah menyifatkan dakwaan bahawa DAP akan menguasai pentadbiran kerajaan hanyalah propaganda untuk menakutkan rakyat khususnya kaum Melayu.

Beliau berkata demikian di dalam satu ucapannya di Pulau Bahagia pada 18 Februari 2013.

“(Rakyat) ditakut-takutkan sekiranya Barisan Nasioal (BN) kalah, Malaysia diambil alih oleh DAP. DAP bertanding 50 daripada 222 kerusi (Parlimen). Kalau menang habis pun tidak boleh perintah Malaysia.

Kenyataan Haji Hadi yang pernah menimbulkan kontroversi besar ialah pada 7 April 1981 di Banggol Peradong Kuala Terengganu dimana lahirnya apa yang dikatakan AMANAT HADI yang antara lainnya menyebut:

"Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka."

"Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."

Berdasarkan rentetan itu dengan perkembangan semasa, ternyata sikap Haji Hadi sudah jauh berbeza dan tidak istiqamah di dalam menentang kezaliman UMNO.

Ramai ahli-ahli PAS turut terpinga-pinga dengan sikap Haji Hadi yang kerap membuat pusingan U (u-turn) sehingga akhirnya ahli-ahli PAS sendiri kebingungan dan ramai diantaranya mengambil langkah meninggalkan parti itu.

abdullahngah said...

Atas sebab Tun Mahathir Mohammad Jumpa Agong supaya memecat Datuk Seri Mohd Najib Razak. maka bolehkah agong bertindak memecat perdana menteri, sedangkan segala tindakan yang akan dilakukan agong mahu tidak mahu mesti kena dengar nasihat perdana menteri dan jumaah menteri.

Oleh itu, tindakan Tun Mahathir Mohammad itu semacam tidak masuk akal. lebih lebih lagi ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

Anonymous said...

Kepala perompak memang patut dinyahkan malah dihukum bukan dibiarkan bebas..Hadi dituduh terima 90 juta dari najib...dah lebih sebulan belum berani saman sR...kenapa?

Anonymous said...

Umno Kelantan akan mengadakan konvensyen tahunan pada 15 Oktober ini. Sekali lagi tema yang di pilihan "PRU14 Kelantan Milik BN? Jikalau tidak salah tajuk ini juga menjadi tema konvensyen tahun lepas. 

Tajuk atau tema itu menampakkan UBN Kelantan optimis sekali akan membentuk kerajaan selepas Piraum 14 kelak. Dengan memberi fokus kepada iltizam itu mungkin ia mampu membangkitkan semangat ahli, penyokong dan rakyat Kelantan untuk menukar tampuk kerajaan Kelantan. Tema itu bisa mengasak ahli-ahli dan penyokong UBN agar bergerak ke arah menjadi kerajaan di Kelantan.
Apakah unjuran yang diletakkan oleh UBN sehingga ia yakin akan menumbangkan kerajaan Pas Kelantan? Tentu UBN ada strategi dan rahsia tersendiri dalam perkara ini. Ia menarik untuk kita jenguk melihat kemungkinan ini dengan membuat perkiraan dari luar kerahsiaan parti berkenaan. Apakah harapan UBN itu sebuah realiti atau pun ia masih merupakan igauan berpanjangan?

Ketiadaan Nik Aziz dan Husam.

Ketiadaan Nik Aziz dan Husam untungkan UBN.
Lama sebelum ini UBN mengimpikan akan menawan Kelantan selepas Pas kehilangan kepimpinan spiritual mereka, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Para pemimin UBN yakin kalau Pas tidak lagi dipimpin oleh murabbi ummah itu mereka akan mampu untuk menewaskan Pas. UBN percaya kekuatan Pas Kelantan bukan kepada pencapaian dalam kerajaan tetapi kerana ketokohan Nik Aziz sebagai tokguru dan ilmuan terulung. Ketaksuban kepada Nik Aziz mengemaskan undi kepada Pas.

Ketokohan Nik Aziz dalam bidang itu tidak tertanding oleh UBN. UBN tidak berjaya memacakkan seorang yang setanding dengan bekas Mursyidul Am itu. Walaupun UBN telah berusaha mengirimkan beberapa tokoh agama ke Kelantan bagi menyaingi pengaruh Nik Aziz, namun ia tetap tidak berhasil. Tokoh-tokoh itu malangnya terkulai begitu sahaja mati sebelum dipanggang.

Anonymous said...

Sarawak Report Tunjuk Bukti Penyata Bank Najib Ada Kemasukan Wang Jutaan Ringgit Berbanding Gajinya Pada Tahun Lepas!






Jadi semalam ini yang kecohnya. Rakyat Malaysia bukan sahaja gagal mengakses laman Sarawak Report yang diblock di negara ini bahkan juga gagal berkongsikan link portal berkenaan di Facebook. 


Pada semalam selepas mengemaskini portal dengan artikel baru, SR memilih untuk mengedarkan beberapa salinan yang dipercayai merujuk kepada penyata akaun milik Najib di laman FB rasmi mereka.







3 penyata ini menunjukkan berlakunya beberapa transaksi di antara bulan Feb 2015 dan Mac 2015. Sekitar 3.4 juta ringgit dimasukkan secara beransur-ansur. Ini berlaku pada tahun lepas tau! Pun begitu kita tetap perlukan pengesahan dan penjelasan dari pihak Najib Razak. Adakah penyebaran ini merujuk pada dokumentasi fitnah ataupun sebaliknya. 

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan menggesa mana-mana pihak agar melaporkan kepada SPRM sekiranya mengetahui mengenai penjawat awam yang dilihat hidup mewah.

"Saya rasa gaji penjawat awam adalah lumayan, dan cukup untuk hidup dalam kesederhanaan tetapi bukanlah dalam kemewahan. Jadi kalau nampak golongan yang terlalu mewah itu, tolonglah sama ada lapor SPRM atau keluarga nasihatlah sikit supaya bertaubat," katanya (Malaysiakini). 

Adakah pendedahan ini merupakan satu cabaran terbuka dari SR kepada SPRM untuk menyiasat Najib Razak? Najib perolehi jumlah pendapatan sebanyak 100,000,00 sebulan termasukla pelbagai jenis elaun dan imbuhan (ikut kenyataan SR la) namun kemasukan 3.4j adalah diluar dari kemanpuan Najib. 34 kali ganda bezanya. Dari mana Najib perolehi wang-wang tersebut? Derma lagi ka? Marila menjelaskan pada kami semua. Takmau run run lagi tau.

Anonymous said...

betul ke laporan  berita 
yang mula tersebar mengatakan
bahawa 
nik abduh kini berada
di kota london

beliau di london dalam urusan
mencari peguam untuk
menyaman  
sarawak report
dan 
menyaman 
claire rewcastle brown

saje tanya 
kerana pas kata nak saman
maka mengikut ajaran islam
tak boleh bohong
kecuali 
kalau  ada ajaran baru
dimana 10 tolak 1
tak samestinya tinggal 9

Boley Jalan said...

Nampak macam kuasa Hadi lagi pawer la....hadi boleh cakap dgn jin....raja mana boleh. Raja pun kena panggil hadi kalau ada gangguan jin.....sapa lebih kuat, mrraja ke hadi?.

Boley Jalan said...

Kalau raja gopal memang tak boleh silap2 kena hantar balik mumbai. Tapi kalau raja2 melayu pasti boleh, bukan setakat najib saja malah bini dia boleh kerana raja raja melayu adalah non partisan.

Anonymous said...

kalau macam itu, tak ada agung pun tak apa......sedangkan peruntukanan perbelajaan untuk dia berpuluh-puluh juta..............

mamat said...

raja raja dan agung telah dibogelkan Tun Mahathir Mohamad hanya tinggal seluar dalam sahaja