Saturday, October 22, 2016

Tiada ubat untuk pesakit radang prostat?



Catatan ini saya tujukan khas kepada perdana menteri, menteri kewangan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang menwar warkan cogan kata rakyat didahulukan.

Saya tergerak menulis rencana ini setelah mendapat tahu dari mulut salah seorang Doktor pakar yang berkhidmat di hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu mengenai tiada kos peruntukan ubat ubatan khas kepada pesakit radang prostat .

Berpandukan kepada apa yang dinyatakan mengenai kos peruntukan ubat ubatan khusus kepada pesakit radang prostat hanya dua jenis ubat sahaja yng ada di farmasi hospital besar Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Beliau menyatakan hanya dua jenis ubat sahaja yang ada di farmasi hospital besar ini, itu ubat Fincar finasteride tablest USP 5mg dan Xatral XL 10 mg.

Dua jenis ubat ini sahaja yang ada di Farmasi Hospital besar Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu membuat saya terkejut dan hairan,

Mengapa?  kerana tak munasabah tiada kos peruntukan sedangkan perdana meteri menteri kewangan mendewa dewakan  dinyatakan rakyat didahulukan.Rakyat didahulukan hidup sengsara.


Bayangkan, jika ubat Fincar dan Xatral XL tidak sesuai dengan seorang pesakit radang prostat A.dan tidak memberi apa kesan.Sudah tentu peakit berkenaan kena beli ubat yang mahal harga di lain lain Farmasi.

Bayangkan pesakit itu seorang yang miskin. Sudah tentu tidak mampu membeli ubat yang mahal, kecuali panandol. Apakah yang terjadi dengan pesakit berkenaan.Lainlah bagi mereka yang berkemampuan.Bagaimana pula kepada mereka yang miskin?
  

4 comments:

Anonymous said...

Kalau nak marah, marahlah... RUU 355 kabur dan tidak jelas, tegas bekas Mufti Perlis
21 Oktober 2016 | MALAYSIA DATELINE

Dr Juanda Jaya

Pas perlu terbuka jika ada pihak yang mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang dibawa presidennya bukan berdasarkan hukum Tuhan, kata bekas mufti Perlis.
Datuk Dr Juanda Jaya yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jemoreng, Sarawak berkata dengan tiada perincian umum maka RUU itu sekadar dilihat satu cadangan manusia yang diberikan baju agama.
“Sebab itu saya sebut RUU 355, RUU yang kabur. Kalau orang nak marah, marahlah. Sebab kita pun tahu mereka sendiri tak tahu apa yang nak dijelaskan.
“Sekejap kata nak laksana hudud, sekejap kata tidak pula. Undang-undang ini benda yang jelas. Langgar lampu merah kita tahu berapa dendanya. Ini nak laksanakan undang-undang Tuhan.
“Jangan marah jika ada orang kata RUU 355 tidak sakral (kudus). Ia hanya undang-undang cadangan manusia. Barangkali diberi baju agama,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.
Dewan Rakyat yang mula bersidang 17 Oktober lalu dijangka akan membahaskan RUU persendirian Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas bagi memperkasakan mahkamah syariah.
RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016, yang sering didakwa membuka laluan untuk pelaksanaan hudud, dipertikaikan oleh wakil-wakil pembangkang dan Barisan Nasional.
Namun kerajaan dan Pas menafikan ia bertujuan membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, sebaliknya ia hanya bertujuan memperkasakan mahkamah syariah.
Juanda, 44, berkata umat Islam perlu kembali pada sejarah Rasulullah apabila akidah, ibadah dan akhlak diperkukuhkan sebelum membicarakan hukuman syariah.
“Mengapa wahyu pertama dalam Islam bukan hudud tetapi Iqra? Bacalah, pendidikan yang diutamakan. Berapa lama? Lebih 20 tahun.
“Kemudian aspek kepercayaan, ibadah, pembinaan akhlak dan moral. Hujung baru pergi kepada perkara itu.
“Itu pun berapa sahaja dalam catatan sejarah. Sedangkan manusia yang paling lengkap catatannya ialah Rasulullah,” katanya.
Beliau berkata Pas tidak seharusnya mempolitikkan agama dalam RUU yang ingin dibentangkan mereka.
Katanya, apa yang dibimbangkan ialah hudud dimainkan sebagai satu alat untuk menggalakkan ekstremisme dalam Islam.
“Saya minta semua pihak, jangan heret agama dalam agenda politik. RUU 355 ialah RUU yang tidak jelas. Ke mana hala tujunya?
“Kita berada dalam suasana yang saya cukup bimbang. Pencemaran terhadap agama itu sedang menjadi-jadi.
“Kita tahu enakmen di Kelantan dan Terengganu ada banyak masalah. Itu pun tidak selesai lagi,” katanya.

Anonymous said...

APA YANG PAS SAYANG SANGAT DENGAN NAJIB?
oleh Shahbudin Husin

Jika dulu ramai yang mengatakan Allahyarham Dr Harun Din adalah halangan utama untuk mengajak Pas bekerjasama sesama parti-parti pembangkang bagi menentang UMNO dan BN, tetapi Mursyidul Amnya yang baru, Hashim Jasin ini nampaknya lebih terserlah lagi miripnya kepada Najib Razak.

Sebagaimana dilaporkan oleh sebuah portal atas talian Free Malaysia Today, Hashim dengan tegas menolak sebarang bentuk kerjasama dengan pihak yang mahu menukar kerajaan pimpinan Najib dan bertujuan menggantikannya dengan perdana menteri yang baharu.

Katanya, Pas sebelum ini sudah membuat pebagai bentuk kerjasama bagi menukar kerajaan, namun terbukti ia tidak memberi hasil.

“Kamu ajak kami berpadu, nak tukar kerajaan, nak ganti PM. Saya nak kata, kami tak boleh terima. Dulu kami dah cuba macam-macam, masuk dalam BN, kemudian berpakat dengan pembangkang, semua tak jadi.

“Pas tak boleh dah bagi orang lain duduk depan, orang dok pimpin kita, kita kena jadi pemimpin, Pas kena jadi pemimpin,” katanya lagi.

Ada banyak persoalan daripada kenyataan Hashim itu tapi semuanya tersimpul dan berbelit-belit. Sepatutnya sebagai Mursyidul Am Pas, beliau harus bercakap dengan lurus dan terang supaya orang lain mudah faham maksud kata-katanya.

Pertama, daripada kenyataan itu, beliau mengatakan Pas tak mahu bekerjasama dengan parti-parti lain yang bertujuan untuk menjatuhkan Najib dan tidak mahu kepada penggantian perdana menteri yang baharu.

Apa yang Pas sayang sangat dengan Najib? Apakah Pas masih tidak sedar skandal kewangan yang melibatkan Najib sekarang begitu memalukan dan mencalar imej negara?

Apakah Pas merasakan skandal kewangan Najib bukan suatu dosa sehingga mahu beliau dikekalkan lagi memimpin negara ini?

Menolak penggantikan perdana menteri, secara tidak langsung bermakna Pas mahu Najib yang bukan saja terbabit dengan skandal kewangan, malah keluarganya didakwa terlibat dengan pembaziran dan kemewahan melampau, terus dikekalkan memimpin negara ini.

Masya Allah, apa sudah jadi dengan Pas sekarang ini? Sudah tidak kenalkah beza antara hitam dengan putih?

Ketiga, kata beliau, Pas dah cuba macam-macam, masuk BN dan bekerjasama dengan pembangkang, tapi semuanya tak berhasil.

Untuk makluman Hashim, ketika Pas masuk BN dulu, mereka bukan mahu menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, sebaliknya kerana ingin menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Usaha menukar kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri ialah apabila Pas bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain.

Soalnya, kenapa hanya dengan dua tiga kali gagal menjatuhkan BN, Pas sudah berputus asa? Apakah Islam mengajar umatnya mudah kecewa dan bersikap lara?

Keempat, Hashim juga mengatakan Pas kali ini ingin ke depan dan menjadi pemimpin. Tidak mahu lagi duduk di belakang.

Macam mana Pas mahu ke depan dan jadi ketua dalam memimpin negara jika bersendirian dan hanya bersama Ikatan yang ahlinya mungkin ada beberapa ratus orang saja?

Anonymous said...

Pas ikut quran...kalo ikut quran bolehkah kerjasama dan mempertahankan perompak?

Anonymous said...

Polemik mengenai RUU 355 setakat ini belum reda apabila usul mengenainya belum dapat dibentangkan oleh ahli parlimen Marang, Haji Abdul Hadi Awang.

Malah beliau juga telah dilaporkan tidak hadir ke sessi pembentangan belanjawan 2017 kerana tidak menyenangi sikap kerajaan yang tidak serius di dalam menyokong RUU 355.

Sebelum ini, pelbagai pihak telah memberi pandangan terhadap Usul Persendirian Presiden PAS itu yang rata-rata menyatakan bahawa ia hanyalah perangkap UMNO BN untuk menghancurkan pembangkang. Namun Haji Hadi berkeras dan tetap mahu usul itu dibentangkan.

Beberapa pemimpin dan ahli-ahli PAS juga didapati menggunakan RUU 355 sebagai modal baharu untuk menghidupkan budaya takfiri dengan mengkafirkan orang yang tidak bersetuju dengannya.

Seorang penceramah PAS yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Padang Serai telah menganggap seseorang yang tidak menyokong RUU 355 sebagai "jatuh iman" disamping memberi contoh yang keterlaluan menggunakan nama seorang pemimpin tertinggi Keadilan iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Shaharuddin bagaimanapun telah menarik kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kini usul tersebut seperti ditiup angin lalu, tenggelam dengan sessi perbahasan belanjawan 2017.

BN dilaporkan telah mencapai konsensus di kalangan parti komponennya yang sekalipun tidak diumumkan namun dipercayai tidak akan membenarkan usul tersebut dibentangkan sekalipun ia wujud sebagai agenda keempat di dalam Kertas Perintah sidang Parlimen sessi ini, tetapi merudum ke agenda tujuh sehari selepasnya dan peluang untuk dibentangkan semakin tipis malah bermungkinan terus akan disenyapkan.