Sunday, May 20, 2018

Tidak boleh benci orang yang melakukan dosa?


Adakah orang curi ayam, larikan peti duit masjid dan mengendap perempuan mandi ketika Ramadan tidak boleh diambil tindakan?

pendapat Dr Afifi Dari Oxford Universiti bahawa kita tidak boleh benci dengan mereka yang melakukan dosa. Kita kena benci dengan dosa.

Pendapat ini banyak sokongan, Disman sokong pendapat itu.Bukan Disman seorang sahaja, malah ramai ustaz ustaz yang bercakap dalam TV sebarkan pendapat itu.

Maka orang yang mencuri ayam, larikan peti duit mesjid dan mengendap perempuan mandi memang boleh diambil tindakan mengikut pendapat tersebut.kerana mereka tidak boleh dibenci.

Jadi, Najib yang dikatakn salahgunakuasa itu juga tidak boleh dibenci. Kita kena benci dosa yang beliau lakukan, termasuk dosa baham duit rakyat berbilion ringgit.

Kita kena benci dengan dosanya, tidak boleh benci dengan pelaku dosa itu.

Pendapat ini sangat popular sekarang ini dan banyak sokongan kalangan agamawan Islam yang duduk bercakap dalam TV. Yahudi yang membunuh dengan kejam umat Islam di Palestin juga tidak wajar di benci?

Bermakna Datuk Seri Mohd Najib Razak yang melakukan jenayah kolar putih tidak boleh diambil tindakan. Tidak boleh menghukumnya miskipun beliau benar benar bersalah.

hal ini pernah berlaku pada Tun Daim Zainuddin bekas penyanggak ekonomi negara pada zaman Tun Mahathir jadi perdana menteri.

Tun Daim pernah disiasat(pengakuannya) apabila dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan pakatan harapan.Bermakna dia (Tun Daim) tidak dihukum, manakala Anwar di hukum penjara sebanyak dua kali dan dibebaskan tanpa syarat untuk membolehkan beliau bergiat semula dalam politik.

Kerajaan Pakatan harapan yang di terajui Tun Dr Mahathir Mohammad kena hukum dosa Najib bukan hukum batang tubuh Najib walaupun dia bersalah?

Tun Mahathir tidak disiasat walaupun dikatakan ada harta sebanyak RM 44 bilion.Ini telah dipraktikkan oleh Mohd Najib Razak, iaitu tidak siasat Tun Dr Mahathir setelah dilantik sebagai perdana menteri ke -6.

Jika Tun Mahathir pegang pendapat tidak boleh benci dengan orang yang melakukan dosa dan hendaklah benci dengan dosa yang dilakukan Najib,sudah tentu siasat itu hanya sebagai siasatan sahaja, tidak lebih dari itu.

Tun Daim selamat, Tun Dr Mahathir dan anak anaknya juga selamat. Selamat atas muka bumi sahaja, tetapi mustahil boleh selamat diakhirat nant, Kerana Allah menyatakan azab seksa bagi mereka yang berdosa.

Jika kita berpegang dengan pendapat ini selepas ini kena tutup semua penjara.mahkamahkena tutup juga hakim hakim dan kaki tangan berkaitan kena diberhentikan, macam memberhatikan 17.000 pekerja politik di putrajaya.

Tak guna lagi ada polis, kerana mereka yang mencuri ayam, mengendap perempuan mandi dan mencuri duit mesjid tidak boleh dibenci, yang kena benci ialah dosa. Kerajaan kena hukum dosa. Macam mana hendak menghukum dosa sedangkan dosa ada, tapi tak nampak.

Oleh itu, sia sialah kerajaan  adakan undang undang untuk menghukum persalah.Persalah tidak boleh dihukum yang boleh dihukum ialah dosanya. mereka yang melakukan salahan boleh selamat dan dosa sahaja yang tak selamat.

Manusia jadi tak keruan apabila pendapat itu dipegang.

No comments: