Saturday, December 1, 2018

polis kena berlaku adil


Apabila Datuk Kadir jasin berkata,Polis Kena Berlaku Adil maka bolehlah kita buat kesimpulan bahawa polis selama ini tidak pernah berlaku adil, terutama sekali dalam isu perkauman.

Apabila berlakunya kes perkauman di malaysia ini sejak dahulu lagi, orang Melayu ditangkap atas sebab rasis.

Orang china bebas, Melayu didakwa malah ramai dijatuhkan hukuman atas alasan untuk keselamatan neggara.

Dan dapat kita buat kesimpulan bahawa huru hara berpunca daripada angkara orang Melayu sepertimana kes terbaharu iaitu serangan terhadap  kuil Hindu Maha Mariaman di USJ 25, Subang Jaya pada 26 November 2018.

Sangat lah bagus nasihat yang dikeluarkan oleh Datuk Kadir Jasin ini kepada pihak polis disamping menyebut perkataan “Profesional”.

Polis kena berlaku adil dan profesional bukan bukan harapan datuk Kadir jasin seorang sahaja, malah semua orang Melayu mahu agar polis bertindak demikian dalam semua perkara untuk menjaga keamanan malaysia yang mempunya pelbagai kaum dan bangsa.

Orang china dan India kelihatan begitu enggan, malah mereka sering kali melakukan suatu yang boleh menyeruhkan keadaan sepertimana dilakukan oleh syarikat pemaju One City iaitu mengumpah orang Melayu menyerang kuil hindu Sri Maha Mariamman 26 November 2018.

Disini dapat kita buat kesimpulan bahawa orang Melayu mudah dibeli dengan upah yang seberapa sanggup melakukan yang boleh menjejaskan reputasi orang Melayu Islam.

Orang Melayu bukan  yang dibawah sahaja mudah di Beli malah, termasuk melayu yang berjawatan perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri menteri juga mudah dibeli oleh China.

Atas sebab ini jugalah Datuk Kadir Jasin menyebut menteri berhati hati yang walaupun dikhususkan kepada waytha moorthy menteri perpaduan di jabatan perdana menteri.
Menteri menteri melayu, termasuk perdana menteri yang memegang jawatan selama 22 tahun kelihatan memberi saham yang sama kepada kaum kafirun.

Kita boleh buat kesimpulan sepanjang dia menerajui negara malaysia, dia telah mengkhianati amanah yang diberi oleh rakyat jelata

Hari ini setelah dilantik sebagai perdana menteri ke 7 semakin terserlah niatnya.

Kalau tidak mana mungkin beliau boleh lantik Waytha Moorthy sebagai menteri di jabatan perdana menteri. Kalau tidak mana mungkin beliau boleh lantik peguam negara seorang yang bukan Islam. 

kalau tidak mana mungkin beliau boleh lantik ketua hakim negara seorang yang bukan Islam (pendakyah kristian).

Pasti ada agenda yang tersurat dan tersirat dibalik pelantikan tersebut. 




No comments: