Thursday, October 22, 2020

Boleh bekerjasama dengan kafir?

Hujahnya, ialah Abdullah bin Uraiqit yang tunjuk jalan kepada Rasulullah SAW ketika hijrah Ke Madinah.

Abdullah bin Uraiqit musyrikh Mekah diupah untuk tunjuk jalan hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

Diupah,maka Islam membenarkan atau boleh mengupah orang kafir bekerja makan gaji dengan Islam.

Bukan bermakna Islam boleh berkerja sama sewenang wenangnya dengan Orang Kafir, kerana Abdullah bin Uraiqit hanya individual yang diberi upah.

Seorang Individul sama sekali tidak sama perangainya dengan perangai  kumpulan.golongan atau puak kafir seperti Yahudi dan Nasrani.

Jika Malaysia Perangai Ah Chong sama sekali tak sama dengan perangai parti DAP, MCA, Gerakan dan MIC.

Pertubuhan pertubuhan tersebut ada visi dan misi serta agenda Kafirsme masing masing.

DAP yang pernah bekerjasama dengan parti Pas pernah menyatakan yang partinya tak anti Islam.

Memang betul pemimpin mereka berkata demikian.Kita kena ingat Allah sudah nyatakan bahawa sesungguhny kafir itu adalah musuh islam yang nyata.

Sesungguhnya orang kafir itu didalam hatinya tak sama dengan apa yang dicakapkan. demikian juga dengan janji yang dijanjikan.

Orang kafir janji lain buat lain.ini telah dilakukan oleh orang yahudi terhadap kerjasama yang dibentuk  bersama  Rasulullah SAW di Madinah.

Yahudi mengkhianati kerjasama tersebut. Inilah yang harus dijadikan hujah bahawa Islam tidak boleh berkerjasama dengan kafir, kecuali kafir zimmi.

Yahudi telah mempraktikan perkara tersebut selama 73 tahun di bumi Palestin atas kerjasama Al Fatahnya.

 Parti orang kafir di Malaysia, terutama sekali DAP miskipun mereka nyatakan mereka tak anti Islam.

Kata kata seumpama itu hanya dibibir mulut sahaja, bahkan mereka sudah nyatakan dengan mulut menentang sekeras kerasnya undang undang hudud dan RUU pindaan undang undang islam makhamah Syariah di Malaysia.

DAP juga mengkhianati kerjasama dengan Pas yang dibentuk pada 2008 membuat Pas  enggan lagi berkerjasama dalam pembentukan kerajaan baru di Malaysia.

Allah nyatakan bahawa hijrah duduk pada niatnya .Jika Niat semata untuk berkhawin, maka itulah sahaja yang dia dapat.

Demikian juga dengan kerjasama pas dan DAP tempoh hari. Ia duduk pada niatnya.

Niat para pemimpin Pas waktu itu tidak lain dan tidak bukan hanya berniat untuk menang pilihanraya umum 2008.Pendek cerita itulah tujuan sebenarnya.

Ini telah dihujah, bahawa kita menang dan memerintah di Kelantan setelah berkerjasama dengan parti Semangat 46. Pas menang dan memerintah Terengganu setelah berkerjasama dengan parti PKR (1999-2004).

Yang mendukacita kita banyak hujah Al Quran di tolak dan dipakai hujah Abdullah bin Uraiqit serta Ijtihad Syura Ulamak yang melayani niat mahu menang pilihanraya untuk membolehkan Islam terlaksana  di Malaysia ini, konon.

No comments: