Monday, November 23, 2020

Kekalkah Perpaduan orang Melayu

Satu dua tiga hari ini para pemimpin melayu umno asyik bercakap pasal perpaduan orang Melayu.

Ada yang mmpersoalkan (perpaduan) kerjasama yang dibentuk bersama antara umno dan Pas.

Setengah memberi jawapan bahawa perpaduan itu tidak akan kekal kerana sudah ada para pemimpin umno mempertikaikan.

Dan kemungkinan rancangan asal satu lawan satu yang diharap harapkan dalam PRU 15 nanti tidak boleh berlaku

Mengapa? Kerana pemimpin umno Terengganu menyatakan umno akan bertanding 32 kerusi dun dan 8 kerusi perlimen.

Sesungguhnya ia suatu yang realistic bahawa kerjasama umno dan Pas tak boleh kekal sepertimana yang diharapkan.

Seperkara lagi dalam umno sendiri isu perpaduan dalam parti juga tidak kekal dan tercetus semula kerana ada yang gila kuasa nak jadi timbalan perdana.

Mengapa? Kerana masih ada pemimpin pemimpin  yang yang bekerja berhempas pulas untuk kekal bertanding pada kerusi yang dimenangi pas (milik Parti Pas)

Tengku Razaleigh Hamzah mempertikaikan kewibawaan Pas dalam kerajaan PN sekaligus ia tidak menguntungkan umno.

Bukan setakat itu sahaja malah mereka berhempas pulas memastikan mereka menang dan sanggup menjatuhkan satu sama lain.

Mereka sanggap menjatuhkan kawan seperjuangan demi untuk mencapai matlamat masing masing.

Suasana yang tidak sihat bukan sahaja mencetuskan rasa benci membenci diantara mereka tetapi juga melibatkan akar umbi parti dan rakyat jelata.

Hal ini juga pernah berlaku pada parti Pas sehingga lahir parti Pan yang diterajui Mohammad Sabu dan GENGnya, miskipun perpaduan dalaman parti dijaga dengan rapi.

Pas hendak jadikan taudalan kepada parti parti lain tentang perpaduan dan semanagt amal jamaei yang dihadap begitu rumit oleh pihak lain. Akhirnya dalam pas sendiri perpaduan itu pecah.

Maka tidak mustahil kerjasama antara umno dengan pas juga akan pecah kerana bibitnaya sudah ada yang lahir dari mulut mulut para pemimpin umno sendiri.

Sehubungan dengan itu, Tan Sri Anuar Musa telah diserang bertubi tubi oleh pemimpin umno Johor dengan alasan Menteri wilayah persekutuan itu agen parti Bersatu.

Cakap cakap bahawa umno tidak dilayan baik oleh kerajaan PN juga timbul yang sikit sebanyak akan menjadi  punca perpaduan dalam parti akan pecah dan secara tak langsung terpalit dekat Pas dan akan jadi barah perpaduan yang dibentuk pada PRU 15 nanti.


No comments: