Saturday, May 16, 2009

Benarkah Ahmad Said akan diditurunkan dari jawatan Menteri Besar?

Orang kanan Idris dikehendaki polis. Demikian berita dalam media pada May 8, 2009.
Polis memberi masa selama 72 jam kepada bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir untuk tampil membantu siasatan berhubung SMS ugutan bunuh kepada tiga ADUN Umno tidak lama dahulu.

Bercakap kepada media di Kuala Terengganu hari ini, beliau berkata polis telah cuba mengesan bekas calon BN Marang itu di kediaman beliau di sini dan Kuala Lumpur tetapi gagal, lapor Bernama.

Ahmad Ramzi diminta menemui atau menghubungi pegawai penyiasat kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Terengganu, ASP Mohd Hadzwan Zulkefle.

Ahmad Ramzi kini bertugas sebagai pegawai khas Idris, sekarang pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pada 13 April lepas, beberapa ADUN Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul
Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS , antaranya berbunyi "YB tak sayang nyawa?".

Mesej ringkas itu kemudian dijadikan alasan mereka bertiga dan tujuh lagi ADUN Umno enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu keesokannya.

Dalam siasatannya, polis telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun dari Seri Kembangan, Selangor, di Bandar Baru Bangi pada 20 April lepas, kerana disyaki menghantar SMS itu.

Lelaki itu dibebaskan setelah ditahan reman selama tujuh hari.

Menurut agensi berita itu lagi, Hamzah berkata polis setakat ini mengambil keterangan daripada beberapa saksi berhubung kes itu dan hanya menunggu Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan.

"Kita mengalukan kerjasama daripada keluarga Dr Ramzi untuk menasihatkan beliau supaya tampil bagi mempercepatkan siasatan berhubung kes tersebut," katanya.

Barangkali, barangkali sahaja kes yang penulis sebut diatas terhenti setakat itu sahaja, kerana melibat Orang Datuk Seri Idris Jusoh yang masih ada power dalam politik Umno yang menyebabkan beliau menang Ahli Majlis Tertinggi.

Rupa rupa andaian itu tidak demikian. Dr Ahmad Ramzi ditahan polis dan telah direman untuk membantu siasatan mengenai SMS ugutan bunuh terhadap tiga ADUN.

dalam pada itu muncul pula cerita bahawa Politik Terengganu bakal bergolak lagi setelah senyap seketika apabila pucuk pimpinan Umno diberitakan bakal menurunkan Datuk Ahmad Said daripada jawatan Menteri Besar.

Ada yang mengatakan jawatan menteri besar yang disandangnya itu hanya bertahan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi. Ada yang mengatakan dua bulan lagi Terengganu akan bertukar Menteri Besar.

Ini jadi tanda tanya apakah betul Ahmad Said akan di turunkan dan diganti dengan orang lain. Siapakah gerangan mereka itu. Sesetengah mengatakan tidak lain dan tidak bukan, orangnya ialah Ahmad Raziq, Exco pelajaran ADUN seberang Takir.

Sesetengah mengatakan tidak lain dan tidak bukan, orangnya ialah Datuk Melaka Rahin Mohd Said, Exco belia dan sukan.

Semacam munasabah kerana sejarah telah membuktikan bahawa hayat menteri besar Terengganu ada yang pendek dan ada yang panjang. yang panjang hanya Tan Sri Wan Mukhtar Ahmad sahaja.

Dengan itu marilah kita tengok kronoligi pelantikan Menteri Besar Terengganu untuk dijadikan renungan bersama

Bermula Pada (April 1925 June 1940) Dato' Seri Amar Diraja Ngah Muhamad bin Yusof, sebagai menteri Besar, selama 15 tahun 2 bulan.

(June 1940 May 1942) Tengku Seri Setia Raja Tengku Omar bin Othman, sebagai menteri Besar, sebagai menteri selama satu tahun 11bulan.

(May 1942 Dec 1945) Dato' Jaya Perkasa Da Omar bin Mahmud, sebagai menteri besar selama tiga tahun 7 bulan.

(Dec 1945 Dec 1949) Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad bin al-Marhum Sultan Ahmad, sebagai menteri Besar selama empat tahun.

(Dec 1949 June 1959) Dato' Perdana Menteri Di Raja Dato' Seri Setia Raja Kamaruddin bin Idris, sebagai menteri Besar selama Sembilan tahun 7 bulan.

(June 1959 Nov 1961) Mohd Daud bin Abdul Samad, sebagai menteri Besar selama dua tahun 5 bulan, kerana undi tidak percahaya(PAS)

(Nov 1961 Sep 1970) Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad, sebagai menteri Besar selama sembilan tahun 1 bulan, kerana terbabit dengan rasuah (Perikatan)

(Sep 1970 Sep 1971 Dato' Mahmood bin Sulaiman, sebagai menteri Besar selama satu tahun, kerana alasan tidak punya kewibawaan ( Perikatan)

(Sep 1971 Aug 1974) Dato' Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman, sebagai menteri Besar selama dua tahun 11 bulan, atas alasan tidak mendapat perkenan Sultan (Perikatan)

(Sep 1974 Dec 1999) Dato Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, sebagai menteri Besar selama dua puluh lima tahun 3 bulan, kerana kalah dalam pilihanraya umum (Barisan Nasional)

(Dec 1999 March 2004) Dato' Seri Abdul Hadi Awang, sebagai Menteri Besar selama empat tahun 9 bulan, kerana kalah dalam pilihanraya umum (PAS)

(March 2004 March 2008) Dato Seri Idris Jusoh, sebagai Menteri Besar selama empat tahun, kerana tidak mendapat perkenan Sultan (Barisan Nasional)

(March 2008 hingga sekarang ini Datuk Ahmad Said, baru satu tahun lebih.Dan jika benar bahawa dua bulan sahaja lagi jawatan yang disandang itu akan bertukar tangan sudah barang tentu hayatnya sebagai menteri besar atas sebab dendam Idris Jusoh mantan Menteri Besar yang tidak mendapat perkenan Sultan

Jika dilihat dengan apa yang berlaku baru baru ia barangkali kemungkian menjadi kenyataan, kerana Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu disandang oleh Datuk Seri Hishamuddin Husein, manakala Ahmad Said sebagai timbalan yang punya ada asas untuk menurunkannya.

Lebih lebih lagi hampir semua ADUN termasuk sepuluh orang EXCO mempertikaikan kewibawaan Ahmad Said, dengan alasan tidak pandai memerintah, termasuk tidak pandai bercakap.

Ahmad Siad jelas dan nyata berada sebatang “kara” . Kasian tiada tempat bergantung untuk mengatasi kekecewaan itu, mahu tidak terpaksa menemui Datuk Harun Taib ADUN Manir yang hebukkan seketika.

Jika benar semua ADUN, termasuk 10 EXCO yang dilantik tidak menyebelahinya sebaliknya menyokong dan berdiri teguh dibelakang Datuk Idris Jusoh yang dikatakan merancang dengan rancangan yang licik untuk menurunkan Ahmad Said dalam masa terdekat ini akan jadi kenyataan juga akhirnya.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Rosli Mat Hassan, ketika diberi tugas oleh Ahmad mengajak Umno Besut berdamai dikatakan sedang membuat hubungan sulit dengan Naib Canselor UDM Profesor Datuk Dr Alias Daud yang merupakan orang kuat Idris Jusoh? Kita tunggu apakah perkembangan selanjutnya.
sekian........................

No comments: