Masih ramai kalangan orang Islam tidak faham apa itu politik dan apa itu dakwah sehingga ada yang menuduh orang kita terlalu politiking, kurang beri tumpuan berdakwah.
Bermakna politik dan dakwah berbeza satu sama lain, wal hal ianya hanya perkataan itu sahaja yang bunyinya berbeza, tetapi fungsinya saling kait mengait satu sama lain mengikut persepktif Islam.
Bagi orang Umno yang berfahaman “Islam libral” politik lain dakwah lain, sebab itu mereka mengatakan orang kita asyik berpolitik sahaja dakwah entah kemana. Bermakna politik suku dakwah suku sepertimana yang pernah disebut bahawa “agama suku”, ”politik suku”. hingga sekarang, walaupun jelas salah, tetap berpegang dengan prinsip tersebut.
Oleh itu ”Agama” sinonim dengan ”dakwah” yang barangkali pada anggapan mereka tidak ada kena mengena dengan politik dan politik itu tiada kait mengait dengan dakwah (agama).
Dalam Islam, dakwah (agama) tidak boleh berpisah satu sama lain, hatta politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Jadi soal politiking yang dianggap tiada kena mengena dengan dakwah suatu yang sangat tidak betul, kerana politiking Islam itu adalah dakwah.
Bukan setakat dakwah malah ianya suatu ”jihad” yang merupakan printah wajib daripada Allah subha nahu wataala sepertimana yang dinyatakan dalam AlQuran dan hadis.
Lihat firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: ” kamu wahai umat Mohammad) adalah sebaik baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia,(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan benar benar beriman)...”
Ayat diatas jelas dan nyata bahawa politik (kekuasaan) adalah faedah untuk umat manusia dan manusia menyuruh berbuat segala perkara yang baik (dakwah) dan melarang daripada perkara yang salah (buruk keji) adalah dakwah.
Untuk menyuruh manusia berbuat segala perkara yang baik pasti melalui politik yang politiking. demikian juga melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji). Bermakna politik dan dakwah memang tidak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan hancurkan negara.
Inilah ajaran Islam, tetapi ajaran kafir agama suku politik suku sepertimana yang difahami oleh kebanyakan orang Umno. Bukan setakat itu sahaja, malah agama Islam juga dianggap sama sahaja, sedangkan Allah telah memberi penjelasan dengan sejelas jelasnya bahawa agama berbeza satu sama lain awalaupun kristian pernah mendakyah dia juga berhak masuk syurga.
Kita sebagai umat Islam yang disebut sebagai sebaik baik umat jadi mudah keliru dengan ajaran yang disebarkan oleh kafir laknatullah itu, sehingga ada yang tuduh kita terlalu politiking dan tinggal dakwah. Sebenarnya politiking itulah dakwah dan dakwah itulah politiking. Malah politiking itu suatu jihad yang dituntut untuk melaksanakan syariah Allah dalam sesebuah negara yang diperintah.
jika kita mengatakan politik dan dakwah itu suatu perkara yang tiadak kait mengait satu sama lain sah itu adalah suatu ajaran sesat lagi menyesatkan.
No comments:
Post a Comment