Friday, July 10, 2009

Antara air kotor dan tiada bekalan Di Terengganu

Untuk menawan hati rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kuala Krai Kelantan ada ada sahaja isu yang dimainkan oleh UMNO.

Isu yang dimainkan dianggap boleh menawan hati rakyat tempatan dan ianya akan memperolehi undi dan memberi jaminan kemenangan berpihak kepada UMNO.

Itulah anggap para pemimpin UMNO yang bermesyuarat dalam Biro penerangan UMNO Pusat, barangkali sahaja. Betulkah begitu?

Kalau tidak mana mungkin isu air kotor di Kelantan di canang begitu hebat oleh UMNO melalui TV1 baru baru ini.

Air kotot di Manek Urai dikatakan sebagai penyebab kebanyakan rakyat yang menggunanya jadi gatal gatal dan kemerahan pada kulit. Dan ini merupakan satu tempelakan pada kerajaan PAS Kelantan yang memerintah selama 18 tahun itu.

Bercakap pasal air kotor di Manek Urai Kuala Krai, Kelantan teringat saya dengan isu tiada bekalan air bersih di Terengganu semasa diperintah oleh PAS (1999-2004).

Isu tiada bekalan air bersih dijadikan isu yang hebat untuk menjatuhkan kerajaan PAS yang diterajui oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ditakdirkan kerajaan PAS jatuh tersungkur pada musim pilihanraya umum ke 11 (2004-2008) Tetapi bukan kerana isu tiada bekalan air sahaja, malah banyak isu yang dimainkan, termasuk gelombang biru melalui wang ehsan sebanyak RM300 satu kepala.

Dan terbuka luasnya pintu pintu fitnah.

Isu air kotor yang saya sebut ini bukan sahaja dihadapi oleh kerajaan Kelantan sahaja, malah isu ini merupakan isu sejagat yang berlaku diseluruh negara.

Negeri Terengganu juga turut terpalit dan tidak dapat dinafikan miskipun RM 600 juta telah dibelanjakan untuk tujuan itu.

Projek bekalan air dari Seranting Dungun yang menelan kos sebanyak RM 100 juta dan bekalan air Dari Tasik Kenyir ke Besut sebanyak RM 200 juta tidak dapat menenuhi keperluan rakyat.

Kenapa saya kata demikian? mengapa tidak?

Baru baru ini penulis ke Besut dan singgah di Mesjid Kampung Darau DUN Hulu Besut.

Jika saya kata bahawa mesjid itu tiada bekalan air sudah tentu anda akan bangkit saya berbohong. Tapi itulah hakikatnya. realiti ini tidak ada siapa yang dapat menafikannya.
beberapa orang makmum mesjid tersebut berkata pada penulis, kalau tidak ada telaga sudah tentu jemaah disini tidak dapat solat berjemaah.

Ini menunjukkan bahawa bekalan air bersih dari kerajaan yang mendakwa Kelantan tidak mampu membekalkan air bersih kepada rakyatnya sebagai isu pilihanraya kecil DUN Manek Urai tidak releven lagi.

UMNO kata kerajaan PAS Kelantan gagal membekalkan air bersih kepada rakyat Kelantan, tetapi bagaimana pula dengan kerajaan Terengganu yang telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 600 juta itu.

Setahu penulis kerajaan UMNO/BN Terengganu bertindak macam kera dihutan di susukan anak dipangkuan dibiar kelaparan. mengapa tidak?

Bekalan air bersih di Hulu Besut gagal dilaksanakan, tetapi bekalan air bersih di Pulau Redang dan Pulau perhentian beres. Tiada masalah yang berbangkit setakat hari ini.

Yang anehnya rakyat sendiri diabaikan.Bukan setakat itu sahaja sejak akhir akhir ini bekalan air negeri Terengganu sering terganggu yang menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan resah gelisah.Kita tidak tahu dimana silapnya.

Ini boleh kita namakan krisis air resahkan rakyat yang mengundi UMNO/BN di seluruh pelusuk negeri yang kaya tetapi rakyatnya masih miskin juga.

Apa tidaknya? lebih 1000 penduduk di beberapa buah kampung di Dungun kini sedang berhadapan dengan situasi memeritkan apabila terpaksa mencari sumber air ekoran ganguan bekalannya.

Ganguan bekalan air yang berlaku di seluruh peluruk negeri itu bukan berlaku sehari dua
sahaja, malah memakan masa dua minggu malah sampai satu bulan lamanya.

Ada yang mendakwa gangguan tersebut pernah berlaku seminggu lamanya dengan sekejap ada sekejap tak ada. Minggu lepas ada, manakala minggu depan tidak ada pula.

Inilah yang berlaku terhadap rakyat negeri kaya rakyat miskin. Tidak hairan jika ianya berlaku di Kelantan, kerana negeri itu telah dianaktirikan oleh kerajaan Pusat. Yang anehnya ia berlaku di negeri kaya yang dilabelkan sebagai negeri Terengganu maju.

Cuba anda bayangkan, anak anak anda waktu pagi akan ke sekolah sedangkan bekalan air putus. Untuk mandi, anak anak terpaksa berjalan jauh mencari sumber air, termasuk mencari alor alor yang airnya pasti kotor untuk mambasahkan tubuh.

Jika ianya putus beberapa jam sahaja tidak mengapa, tetapi sehari suntuk membuatkan mereka merasa resah gelisah untuk mandi dan membasah pakaian.

Semasa PAS memerintah dahulu TV1 dan TV 3 pernah menayangkan slot penduduk beberapa buah kampung diseluruh pelusuk negeri berduyung duyung berjalan kaki beramai menuju ke parit parit yang airnya kotor untuk mandi dan membasah pakaian.

Kini TV1 cuba dengan sedayaupaya menayangkan slot rakyat Manek Urai mandi dan membasah pakaian dengan menggunakan air kotor yang boleh mengambarkan bahawa inilah kegagalan sebuah kerajaan PAS.

Bagaimana pula kegagalan kerajaan Terengganu dalam isu yang sama yang tidak didedahkan oleh media massa kerajaan.

Pada hemat saya nampak sangat pihak kerajaan yang memerintah sekarang tiada tindakan bersungguh sungguh diambil untuk mengatasinya, sedangkan rakyat masih berhadapan krisis air hari ke hari, minggu keminggu,bulan kebulan dan tahun ke tahun.

Adakah patut rakyat dibiarkan berhadapan dengan masalah keperluan asas yang menjadi tanggungjawap pihak pemerintah. Atau ada perkara yang tidak kena dengan syarikat SATU yang diamanahkan mengendalikan bekalan air.

Hendak kata SATU tidak punya peruntukan untuk menukar paip paip lama kepada baru mustahil, kerana SATU merupakan syarikat induk yang sering buat untung dari tahun ke tahun.

sekian...........................

No comments: