Tindakan 10 ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) tidak menghadiri mesyuarat pada hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu ekoran tiga daripada mereka menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berupa ugutan bunuh dikatakan punca krisis baru berlaku dalam UMNO Terengganu.
Bermakna sebelum ini sudah ada puak puak dalam UMNO yang menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai iklim politik di negeri kaya rakyat miskin itu yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Krisis berpuak puak dalam UMNO Terengganu dikatakan sudah selesai, kerana tiga orang Datuk yang dikatakan punca penyebab telah digugurkan dari jawatan masing masing dan dganti dengan juga tiga orang Datuk.
Datuk Rahim Said dilantik sebagai pendahari, Datuk Tengku Putera dilantik sebagai setiausaha dan Datuk Mohd Sabery Cheek di lantik sebagai ketua Penerangan.
Persoalan yang timbul sekarang ini betulkah UMNO Terengganu yang berpuak puak sudah jadi satu puak.
Kata boleh kata sebarang kata, tetapi praktiknya apakah benar UMNO Terengganu hanya satu puak sahaja apbila Datuk Seri Hishamuddin Husein, Menteri keselamatan dalam menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu.
Jawapannya. Ini bukan jawapan yang dibuat oleh penulis, tetapi jawapan ini adalah jawapan yang keluar dari mulut orang UMNO sendiri dengan katanya, Tidak semudah itu.
Betul juga kata mereka itu. Masakan tidak. Lihat apa yang berlaku pada UMNO Kelantan.
Walaupun Dr Mahathir Mohammad pernah menjadi pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berpuak tetap berpuak juga seehingga hari ini.
Sikap berpuak puak itu ada dimana mana UMNO Bahagian seluruh pelusuk negara. Misalnya, kes pemilihan calon DUN Manek Urai yang jadi isu besar dalam pilihanraya kecil 14 July 2009.
Demikian juga dengan apa yang berlaku di Terengganu. Saberi Cheek, menteri Belia dan Sukan orang Kemaman yang sudah tentu membuat Idris Jusoh sakit hati. Pendak kata tiga orang Datuk yang pegang jawatan penting dalam UMNO Terengganu adalah orang Ahmad Said.
Mana dia orang Idris Jusoh dalam UMNO Terengganu. Inilah yang membuat Idris Jusoh dan orangnya tidak puas hati. Di tambah pula JKKK orang Datuk Rosol Wahid di Hulu Terengganu di Pecat.
Ini jelas dan rnyata suatu kejadian buruk berlaku sama ada disengajakan atau suatu perancagan untuk menyikir orang Idris kita tidak tahu,tetapi peristiwa itu mendedahkan wujudnya 'krisis' dalam UMNO Terengganu.
Krisis inig perlu ditangani segera dan secara bijaksana, walaupun kepada sesetengah pihak hanya 'ribut dalam cawan' itu mungkin letupan perang dingin antara kumpulan Adun penyokong bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.
Apakah dengan pentadbiran sekarang yang bermula Datuk Roslan Awang Chik digugurkan dari bendahari, Datuk Rosli Mat Hassan yang digugurkan dari jawatan setiausaha dan Datuk Zuber Embong dari jawatan ketua penerangan 18 Jun 2009 lalu.
Tiga orang Datuk itu bukan lagi orang Ahmad Said dan mereka pasti amat marah dengan tindakan Datuk Seri Hishmudddin bertindak mengugurkan mereka dan tidak mustahil menjadi orang Idris Jusoh dalam diam diam.Lebih lebih lagi Rosli Mat Hassan sudah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah MARA.
Memang ini bukan rahsia lagi di kalangan pegawai kanan kerajaan Terengganu dan pemerhati politik di negeri itu bahawa jurang antara kedua-dua kumpulan berkenaan semakin besar sejak kebelakangan ini.
Pegawai kenan kerajaan juga dikatakan sudah berpuak puak. Ada orang Ahmad said dan ada orang Idris Jusoh. pegawai kanan orang Idris Jusoh tetap mengatakan ahmad Said tidak layak jadi Menteri Besar.
Cakap cakap seumpama ini bukan rahsia lagi kepada rakyat negeri Terengganu, kerana orang Idris Jusoh baik guru dimana mana sekolah diseluruh pelusuk negeri menyebarkan isu ahmad tidak layak jadi menteri besar berbading dengan Idris Jusoh.
Seorang guru KAFA pernah berkata pada penulis dengan katanya, Datuk Ahmad said tidak pandai memerintah berbanding Datuk Idris Jusoh yang sudah terbukti banyak projek dilaksanakan membuat Terengganu jadi negeri maju.
Beberapa hari selepas Tiga Datuk digurukan, wujud desas desus kononnya akan berlaku perpecahan yang semakin buruk dan menjadi masalah yang hebat terhadap kepemimpinan Menteri Besar yang statusnya dikekalkan sehingga pilihanraya umum ke 13 nanti.
Bertolak dari desas desus itulah, munculnya pelbagai perspessi terhadap tiga orang datuk yang diberi kepercayaan oleh Hishamuddin Husein menjawat jawatan penting dalam UMNO Terengganu itu.
wakil rakyat BN yang ada itu boleh dikatakan orang Idris Jusoh berlaka, kerana 22 ADUN tidak sokong Ahmad Said dilantik sebagai menteri Besar dan status menteri besar itu adalah menteri besar Sultan.
Ahmad said menteri besar Sultan telah dijadikan isu oleh orang Idris Jusoh dan dijadi isu di seluruh pelusuk negeri dengan tujuan bahawa UMNO tidak merestui Ahmad menjadi menteri besar Terengganu.
Kepada mereka yang mengikuti perkembangan politik Terengganu, pergolakan sekarang sebenarnya masih belum reda walaupun dikatakan bahawa UMNO Terengganu tidak lagi berpuak puak setelah tiga datuk yang jadi masalah digugurkan.
Bermula dari kenyataan menteri Besar menyalahkan JKR punca bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak runtuh itu krisis berbangkit semula atas sebab kemarahan pegawai kanan yang tidak puashati.
Seorang pegawai kanan JKR negeri berkata Menteri Besar, tidak wajar menyalahkan JKR negeri, kerana JKR tiada kena mengena dengan pembinaan Stadium yang runtuh itu.
Pada masa yang sama, pemecatan beberapa pengurus anak syarikat kerajaan negeri di era Idris dengan digantikan muka baru yang diragui kemampuan mereka, meningkatkan lagi jurang antara kedua-dua kumpulan.
Keadaan diburukkan lagi selepas pemilihan peringkat bahagian tahun lalu yang menyaksikan ramai ketua bahagian bukan terdiri daripada wakil rakyat, menyebabkan konsep perkongsian kuasa antara kedua-duanya pada peringkat akar umbi tidak lagi semantap dulu.
Ada perkara yang dilakukan oleh ketua bahagian di kawasan masing-masing, misalnya tidak diketahui oleh wakil rakyat di kawasan itu dan begitu juga sebaliknya.
Sementara kumpulan yang menyokong Ahmad mendakwa pentadbiran tidak mendapat kerjasama daripada kebanyakan wakil rakyat, Adun terbabit pula berasa mereka dipinggirkan.
Kerana itu, majlis dan acara rasmi Menteri Besar hanya dihadiri oleh pegawai kerajaan tanpa wakil rakyat seperti kelaziman sebelumnya.
Rasa tidak puas hati wakil rakyat terbabit, yang mulanya setakat berbisik, bertukar secara terbuka ekoran krisis akan berlarutan.
Apapun alasan tiga Datuk yang digugurkan dan memasuk tiga Datuk pada jawatan penting dalam parti itu tetap boleh menimbulkan pelbagai tanggapan negatif di kalangan rakyat yang menyokong Idris dan Ahmad Said.
Ternyata Ahmad Said puashati kerana jawatan menteri besar kekal ditanganya, tetapi orang Idris Jusoh tersekali pegawai kanan kerajaan dan JKKK tidak pusahati, kerana Hssihamuddin tidak bijak membaca percaturan politik UMNO Terengganu secara bijaksana.
Malah ada yang tidak dapat membezakan antara isu dengan tindakan.
Rasa tidak puas hati mereka terhadap kepemimpinan Ahmad adalah isu dalaman pentadbiran kerajaan negeri dan Umno Terengganu, yang sepatutnya diselesaikan dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri dan parti.
Isu ini, jika tidak ditangani segera boleh bertukar menjadi krisis yang boleh menggugat kedudukan kerajaan BN Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.
Hakikatnya sebahagian besar rakyat Terengganu tidak akan menaruh harapan tinggi kepada BN/Umno dan kerajaan negeri yang diterajui Ahmad Said dalam musim pilihanraya akan datang yang mungkin akan diadakan pada tahun 2012 nanti.
Justeru, kepemimpinan PAS Terengganu sama ada Pesuruhjaya negeri atau wakil rakyat, seharus berbuat sesuatu yang terbaik supaya rakyat Terengganu memberi kepercayaan penuh untuk memerintah semula.
Dan harus belajar dari sejarah memerintah negeri selama empat tahun lebih itu yang mana muhajirin diutamakan dan ansar diketepikan sebagai penyebab PAS kalah teruk dalam pilihanraya umum ke11 dahulu.
sekian……………………………
No comments:
Post a Comment