Kebanyakan mengatakan manusia tidak boleh dikitar semula, kecuali sampah sarat sahaja yang sudah diusahakan untuk dikitar semula.Apatah lagi pegawai kerajaan Terengganu yang sudah mendapat ISO 9000.
Semasa PAS memerintah Terengganu soal kitar semula pegawai kerajaan negeri tidak langsung berbangkit, kerana kerajaan Terengganu sendiri telah dianugerahkan ISO 9000.
ISO 9000 yang di anugerahkan kepada kerajaan Terengganu itu menunjukkan prestasinya sudah mencapai tahap yang memuaskan yang layak dilabelkan sebagaimana yang dikehendaki kerajaan persekutuan yang diwar warkan prestasi diutamakan.
Memang wajar apa yang dihasratkan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said yang mahu pegawai kerajaan yang prestasinya rendah di kitar semula di pusat Pupuk Semangat Kemaman.
Memang Pusat Pupuk Semangat yang diwujudkan untuk membina semangat pegawai kerajaan negeri jelas berfungsi ke arah kesetiaan kepada kerajaan yang merintah, tetapi tidak berupaya menjadi seseorang kaki tangan kerajaan mencapai prestasi yang dihendaki.
Apatah lagi mengenai kecekapan mengurus sesuatu yang dikehendaki oleh rakyat yang menjadi moto “rakyat didahulukan” oleh kerajaan persekutuan yang diterajaui Datuk Seri Najib Razak sekarang .
Sebagi contoh, kes pemilikan tanah kepada rakyat yang tiada tempat tinggal yang dijanjikan akan diselesai segera. APa sudah jadi? sehingga hari masih belum dapat diselesaikan.Janji tidak janji.
Zaman PAS menjadi pemerintah 1999-2004 sebanyak 50,000 lot tanah dapat diselesaikan. Tapi malangya apabila jatuh dan Barisan Nasional mengapa alih kerajaan boleh dikatakan hampir kesemua lot lot yang diberikan kepada rakyat dibekukan.
Bukan setakat dibekukan malah telah diambil balik melalui pemansuhan bayaran cukai tanah. Bukan setakat itu sahaja malah ada kes lot lot yang sudah dibayar primeum dihapuskan data yang sudah sedia ada didalam pengkalan data berkomputer.
Tidak lama dahulu pihak pejabat tanah telah menghantar surat kepada tuan tuan punya tanah yang sudah dibayar primeumnya supaya membuat bayaran di pejabat tanah diseluruh negeri.
Inilah kerja yang dianggap tidak cekap oleh kebanyakan rakyat,kerana mereka sudah pun menjelaskan bayaran semasa zaman PAS memerintah dahulu. Yang peliknya mengapa di minta bayar semula. Sudah barang tentu ada yang tidak kena. Kalau tidak mengapa boleh jadi demikian.
Ada yang mengatakan pegawai kerajaan tidak cekap tetapi bagi penulis itu bukan atas sebab tidak punya kecekapan, tetapi berniat jahat terhadap rakyat dan ini jelas bercanggah dengan rakyat didahulukan.
Bagi penulis inilah taktik UMNO sejak dahulu dan selama lamanya agar rakyat memberi sokongan padu, terutama semasa pilihanraya umum diadakan selama lima tahun sekali itu.
Apabila bercakap pasal kes diatas penulis masih ingat dengan taktik UMNO dalam kes membahgi bahagikan tanah lot tempat tinggal di seluruh negari.
Sebagai contoh, setiap kali musim pilihanraya umum, JKKK datang ke rumah rakyat untuk diberi borang tanah untuk diisi. Bukan setakat itu sahaja malah pihak pejabat tanah mengarah SO SO mengukur lot lot yang ditetapkan.
Rakyat dapat liohat dengan mata sendiri bahawa SO SO sedang membuat kerja kerja yang bukan hanya janji kosong dan rakyat percaya dengan taktik itu sehingga sekarang ini walaupun selama 40 tahun tanah yang diberi itu hanya berstatus pemilikan semantara TOL.
Taktik ini digunapakai oleh kerajaan pasal itu 89 penghuni setinggan Kuala Ibai yang sudah dua tahun diberi nombor rumah penempatan dapat dibereskan, hingga kini habuk pun tidak ada. Percayalah ianya tidak dapat diselesaikan juga.Tunggu musim pilihanraya umum ke 13 nanti?
Bercakap pasal pegawai kerajaan yang hendak dikitar semula oleh Ahmad Said itu, pada hemat penulis, suatu usaha yang baik kerana apa apa pun semuanya boleh dikitar semula, baik manusia sekalipun, kalau kita mahu berbuat demikian.
Kita kena ingat kitar semula manusia telah di sebut di dalam Islam bahawa kamu hendaklah bertaubat nasuha.
Apapun itulah kitar semula yang penulis fahami. Tetapi berbeza pula dengan apa yang hendak dilakukan oleh Ahmad Said, terhadap pegawai kerajaan negeri yang diterajuinya.
Tidak lama dahulu, Ahmad Said ada menyebut bahawa pegawai kerajaan akan dipupuk semangatnya di Pusat pupuk Semanngat yang dibina khas dengan tujuan mereka yang di masuk ke pusat itu mesti taat setia dengan kerajaan yang memerintah.
Setahu penulis semua pegawai kerajaan negeri Terengganu telah di pupuk semangatnya di Pusat Pupuk Semangat di Teluk Kalung Kemaman.Malah ada yang di pupuk berkali kali, kerana prestasi yang ditunjukkan tidak memberangsangkan.
Ini sudah menjadi program tetap khusus kepada pegawai kerajaan sejak dahulu agar semangat pegawai pegawai jadi kuat dan kukuh sebagai suatu prinsip pegangan pegawai kerajaan Umno/BN.
Mengapa pegawai kerajaan yang sudah dipupuk semangatnya akan dipupuk semula? Jawapannya sudah barang tentu semangat mereka sudah luntur atau jadi lemah, Oleh itu mereka mahu tidak mahu mesti dipupuk semula.
Dengan kaedah ini mereka boleh dikatakan untuk mencapai tahap kitar semua pegawai kerajaan agar apa yang diharap harapkan akan tercapai.
Kalau dahulu, Datuk Seri Idris Jusoh, terpaksa mamasang CCTV untuk memantau kegiatan pegawai pegawai di Bangunan Wisma Darul Iman.
Mengapa Idris Jusoh bertindak demikian?
Sudah pasti ada perkara yang tidak kena yang membuat pretasi pentadbiran jatuh merudum yang membuat Setiausaha Kerajaan Datuk Muhatar Abdullah diminta bersara awal kerana tidak cekap mungkin.
Apa pun penulis setuju dengan cadangan Ahmad Said yang mahu pegawai kerajaan dipupuk semula semangat masing masing. Lebih lebih lagi kebanyakan pegawai yang sedia ada tidak lagi menghormatinya.
Ini termasuk tindakan Setiausaha kerajaan (SUK) Datuk Mukhtar Nong, yang mengeluar perkeliling, melarang pegawai kerajaan hadir majlis kenduri kahwin, sedangkan Ahmad mahu supaya pegawai kerajaan turun padang agar segala projek yang dilaksanakan berjalan lancar.
Jadi, adalah suatu yang sangat baik semua pegawai kerajaan dipupuk semula semangatnya.Lebih lebih lagi kebanyakan pegawai yang sedia ada sudah kurang semangat dengan kerajaan yang diterajui Ahmad Said berbanding Idris Jusoh dahulu.
Bukan setakat itu sahaja, banyak sungutan yang diluah oleh kontraktor bahawa banyak projek yang dibuat tidak mendapat bayaran, malah ada projek sudah dua tahun tetapi ditahan pembayarannya yang menyebabkan sudah ada kontraktor yang gulung tikar. Masalah ini diletak atas kepala para pegawai.
Banyak juga projek yang diluluskan tetapi tidak dilaksanakan atas sebab JKKK yang sedia ada berpuak puak. Malah ada projek yang diluluskan di tahan perlaksanaannya. Jika JKKK sudah berpuak puak , Tidak mustahil pegawai kerajaan juga turut berpuak. Ini juga menyebabkan segala progaram yang diprogramkan turut tergendala.
Walaupun ada pegawai kerajaan yang tidak setuju dengan cadangan itu, tetapi ia adalah suatu yang bermakna jika semangat yang sudah luntur dan lemah di pupuk semula agar boleh di istilahkan sebagai kitar semula pegawai untuk disesuaikan dengan moto prestasi diutamakan”.
sekian.................................
No comments:
Post a Comment