Jarang kita dengar pasal orang Umno marah marah dengan kerajaan yang memerintah sekarang. Mungkin orang umno yang marah marah itu terdiri daripada penyokong Datuk Seri Idris Jusoh.
Mungkin mereka sudah muak dengan gelagat Datuk Ahmad Said yang dikatakan tetap kekal sebagai menteri besar sehingga pilihanraya umum ke 13 nanti.
Orang Umno selama lamanya tidak pernah marah marah, kerana mereka dapat apa yang mereka tuntut, kecuali orang PAS yang sering marah marah dengan kerajaan, kerana hak mereka dinafikan.
Lebih lebih lagi kini ”borang” wang raya sudah mula diagih agihkan, termasuk wang raya sebanyak RM 200 kepada remaja juga turut diagihkan borangnya.
Atas sebab itulah orang PAS marah marah dengan kerajaan kerana borang wang raya tidak diberi kepada mereka sedangkan mereka rakyat Terengganu dan ada berhak untuk mendapatinya.
Yang hairannya orang Umno sendiri nampaknya mulai marah marah tidak tentu pasal.
Mereka amat marah. Malah ada antaranya mengatakan kerajaan zalim. Siapa zalim, siapa tidak , kita tidak tahu. Yang kita tahu orang UMNO memang marah marah pada kerajaan sekarang.
Mungkin atas sebab JKKK orang Idris Jusoh tidak beri borang wang raya kepada orang Ahmad said. Mungkin juga JKKK orang Ahmad Said tidak beri borang wang raya kepada orang Idris.Inilah puncanya. Mungkin juga.
Oleh itu adalah teramat wajar mereka marah marah. Demikian juga orang PAS yang sejak dahulu lagi asyik marah marah dengan kerajaan yang tidak pernah berlaku adil terhadap mereka .
Pada hal mereka rakyat Terengganu juga dan ada hak untuk mendapat wang raya.
Malangnya mereka dinafikan haknya, Maka adalah tersangat wajar mereka marah marah dengan kerajaan yang memerintah sekarang. Yang peliknya orang Umno dilaporkan sudah mula marah marah dan sudah jadi isu punca UMNO Terengganu berpuak puak dan berpecah belah.
Mengapa boleh jadi begitu? Mungkin ada kalangan orang Umno yang tidak dapat borang wang raya. Sebab itu mereka marah marah. Siapa tak marah jika mereka pada tahun lepas diberi wang raya dan tahun dinafikan haknya.
Mustahil orang Umno yang menjadi penyokong tegar Idris Jusoh dinafikan haknya. Memang tidak patut diperlakukan demikian. Lainlah jika diperlakukan pada orang PAS.
Cerita terbaru, seramai 8 JKKK orang Datuk Rasol Wahid di Parlimen Hulu Terengganu di pecat. Inilah akibatnya yang sudah tentu membuat borang borang wang raya tidak sampai ke tangan tangan yang berhak.
Orang PAS patut diperlakukan sedemikian rupa, kerana mereka tidak mengundi Umno.
Seminggu dua ini ada kedengaran pasal banyak janji pilihanraya lepas tidak ditunaikan sehingga hari ini.
Misalnya mengenai janji Umno kepada 89 penghuni setinggan Kuala Ibai dalam musim pilihanraya umum ke 12 lalu.
Penghuni setinggan Kuala Ibai yang dijanjikan akan memindahkan mereka ketempat pemindahan di Lot Tok Adis belum ditunaikan lagi hingga sekarang ini.Entah mengapa sebabnya kita tidak tahu.
Tuntutan demi tuntutan dilakukan. Malangnya mereka yang telah diberi nombor rumah dalam satu majlis masih kekal tinggal di setinggan asal juga.
Lapan puluh sembilan penghuni rumah setinggan yang dijanjikan itu bukan semuanya orang PAS. Sudah tentu ada orang Umno.Kalau begitu halnya siapa tak marah. Janji hanya tinggal janji.
Inilah dikatakan taktik yang digunakan oleh kerajaan UMNO/BN Terengganu.Taktik licik ini masih kekal dan dijadikan senjata setiap kali tibanya musim pilihanraya Umum.
Yang hairanya rakyat boleh percaya dengan taktik seumpama ini. Pada hal ini suatu pembohongan yang jelas dan nyata. Bayangkan 89 penghuni rumah setinggan Kuala Ibai yang besar harapan untuk pindah di tempat penempatan baru yang di janjikan pada musim pilihanraya umum ke 12 hampa.
Adalah wajar kerajaan yang memerintah sekarang ini dimarahi, kerana tidak menunaikan janji yang dijanjikan. Ini menunjukkan slogan rakyat didahulukan tiada membawa apa apa arti, kerana tidak kota apa yang katakan.
Bercakap pasal orang Umno marah marah dengan kerajaan yang memerintah Terengganu ini, teringat saya dengan kes wang zakat asnab fisabillah yang diagihkan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran peringkat lebih tinggi.
Dengar cerita, bukan pelajar anak orang PAS sahaja yang tidak mendapat wang yang diperuntukan itu, malah ramai pelajar anak orang Umno turut terpinggir, terutama sekali yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi swasta.
Ini juga menyebabkan orang Umno marah marah sehingga ada yang tergamak mengatakan kerajaan zalim atas sebab wang zakat asnab fisabillah anak mereka dinafikan haknya.
Zaman PAS memerintah Terengganu (1999-2004) boleh dikatakan semua pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran baik diluar Negara dan dalam negara diberi wang zakat yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri.
Sebelum ini wang zakat diberi hanya terpilih sahaja, manakala anak penyokong PAS dinafikan haknya. Apabila PAS menang dan memerintah Terengganu melaksanakan kaedah sesiapa yang berjaya melanjutkan pelajaran semuanya diberi tanpa mengira sokongan mana mana parti.
Setelah PAS kalah pada pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 kerajaan Terengganu yang diterajui oleh Datuk Idris Jusoh telah menarik balik peruntukan itu dan kaedah yang dibuat oleh kerajaan PAS dimansuhkan sehingga menyebabkan para pelajar anak terengganu di London dan Mesir menghadapi masalah kewangan sehingga menyebabkan terpaksa berhenti kerana wang zakat ditarik balik.
Dua tiga minggu lepas penulis mendengar orang Terengganu memuji Ahmad Said kerana para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran baik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) diberi wang zakat tanpa mengira latar belakang sokongan ibubapa masing masing.
Pendek kata semua pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi awan dan Swasta diberi wang zakat yang diperuntukan melalui asnab fisabillah
Dalam pada itu beberapa orang bapa yang memberitahu penulis anaknya ada memohon wang zakat, tetapi malangnya sehingga hari ini belum dapat lagi.
Beberapa orang bapa termasuk orang Umno menyatakan betapa kecewa mereka kes itu, kerana mereka gagal mendapat wang zakat, sedangkan mereka berhak. Lebih lebih lagi pada yang kurang mampu, termasuk anak anak persara yang mengharap pencen yang tidak seberapa.
Siapa tidak kecewa apabila diperlakukan demikian, sedangkan orang yang berada dan mampu dapat wang zakat, termasuk anak beberapa EXCO. manakala mereka yang benar benar layak dinafikan haknya.
Apalah arti Wan Harujan Sulaiman, pegawai Eksekutif Zakat Maidam berbangga dengan kutipan zakat yang semakin bertambah dari tahun ke tahun itu, sedangkan Asnab fisabillah tidak diagih secara adil.
sekian....................
No comments:
Post a Comment