Saturday, June 13, 2009

Kos lapangan terbang bertaraf antarabangsa sebanyak RM 1.2 bilion?

Seorang yang membahasakan dirinya “Ayah Mat” bertanya dua soalan mengenai Lapangn Terbang Sultan Mahmud bertaraf antara bangsa Telaga Batin, Kuala Terengganu (LTSM).

Beliau dan rakyat Terengganu seolah olah mahu tahu dan memerlukan suatu penjelasan terhadap wang rakyat yang dibelanjakan kerajaan yang berslogan rakyat didahulukan, preastasi diutamakan.

Soalan yang dikemukakan itu barangkali ada kaitan dengan tragedi bumbung Stadium Gong Badak yang menelan kos sebanyak RM 300 juta sudah runtuh dan laporan media massa bahawa atap terminal lapangan terbang bertaraf antarabangsa turut tercabut.

Soalan pertama, apakah syarikat yang membena lapangan terbang tersebut.Soalan kedua berapakah kosnya yang sebenar.

Soalan ini juga jelas dan nyata yang beliau dan rakyat Terengganu ingin tahu kos sebenar pembinaan Lapangan terbang yang bertaraf antara bangsa itu.

Apakah syarikat yang membinanya adalah perlu diketahui, kerana syarikat Korea yang membina bumbung Stadium dianggap tidak punyai wibawa sebagai kontraktor.

Untuk makluman semua, kontraktor yang mendapat tender membina lapangan terbang itu ialah INAI KIARA SDN, beralamat Bangunan OPA Saujana Resort, Section U2, 40150, Shah Alam Selangor.

Syarikat Inai Kiara SDN ini adalah milik Datuk Captain Gulzar Mohamad, Captain Hisham Hashim, Roswahida Abdul Wahid, Zaini Noor Mohamad dan Syarifah Salwa Syed Ali.

Syarikat ini ditubuhkan pada Mei 1997 dengan nombor pendaftaran 325709 –V.

Mengenai kos lapangan terbang bertaraf antara bangsa yang sudah siap itu ialah sebanyak RM 200 juta pada peringkat awalnya.

Ini telah dijelaskan sendiri oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa kabinet meluluskan peruntukan RM 200 juta bagi projek pembesaran Lapangan terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Kos sebanyak RM 200 juta itu dikatakan tidak mencukupi untuk projek pembesaran, Malah ia belum layak menjadikan lapangan terbang itu bertaraf antarabangsa yang diuar uarkan.

Bermakna RM 200 yang diperuntukan oleh kabinet itu jelas tidak mencukupi dan perlu kepada penambahan agar lapangan terbang itu layak digelar lapangan terbang antarabangsa.

Tidak lama kemudian kos ditambah untuk melayakan lapangan terbang LTSM menjadi lapangan terbang antara bangsa mahu tidak mahu ianya memerlukan kos baru yang mana pernah disebut ditambah sebanyak RM 200 juta lagi menjadikan kosnya sebanyak RM 400 juta.

Apabila pembinaanya siap sepenuhnya dengan kos RM 400 juta lapangan itu masih belum layak digelar lapangan terbang bertaraf antara bangsa kerana kapal terbang 747 tidak dapat mendarat untuk membawa jemaah haji terbang terus ke Jedah yang juga diuar uarkan oleh para pemimpin Umno.

Dengan itu projek pembesaran lapangan terbang itu mahu tidak mahu terpaksa dipanjangkan kearah laut yang memerlukan kos baru yang lebih besar berbanding sebelum ini.

Persoalan yang timbul mengapa kosnya lebih besar sedangkan ianya tidak membabitkan pengambilan tanah rakyat yang membaitkan belanja lebih berbanding sedut pasir didasar laut.

Ya tak ya juga.Sangat tidak munasabah kosnya lebih besar berbanding pengambilan tanah rakyat dengan tambak laut sepanjang satu kilometer itu.

Rupa rupanya ianya tersangat benar bahawa kos yang diperuntukan untuk tambak laut sebanyak RM 300 juta masih tidak cukup juga.

Peruntukan RM 300 itu dapat menyiapkan penambakan laut dan lapangan terbang itu sudah pun siap dan boleh digunakan untuk kapal terbang MAS 747 terbang terus dari Kuala Terengganu ke Jedah musim Haji 2008 lalu.

Tapi malangnya kerajaan Terengganu terpaksa membayar RM 6 juta kepada MAB baru kapal terbang MAS 747 dapat beroperasi.

Inilah yang membuat rakyat berteka teki sedangkan Kerajaan Pulau Pinang, kerajaan Johor yang menerbangkan jemaah haji terus ke Jedah tidak dikenakan sebarang bayaran kepada MAB suatu ketika dahulu.

Sehubungan dengan Kos tadi Wan Hassan Wan Ramli ADUN Sura, Dungun berkata dalam satu cermah kos lapangan terbang sultan Mahmud ditambah lagi.

Peliknya mengapa ditambah lagi, sedangkan lapangan terbang itu sudah pun siap dan beroperasi sebagai lapangan bertaraf antarabangsa.

Menurut maklumat yang penulis perolehi apa yang dikatakan oleh Wan Hassan Wan Ramli itu ada benarnya, kerana laut yang dilambak itu terhakis oleh ombak yang kuat, terutama sekali dimusim banjir.

Penulis turun sendiri bertemu dengan beberapa orang pekerja Inai Kiara SDN bertanyakan perihal yang berlaku.

Mereka memberi pengakuan bahawa pasir yang ditambak terhakis. Pendek kata jika tidak diperluaskan kawasan tambakan yang memerlukan kos lain yang barangkali agak besar berbanding sebelum ini.

Wan Hassan menyebut, kos tambahan yang diperuntukan ialah sebanyak RM 500 juta yang jelas dan nyata sangat tidak munasabah jika dibanding dengan sebelum ini.

Sama ada munasabah atau tidak itu hakikatnya. jika tidak lapangan terbang yang bertaraf antara bangsa itu akan cacat kerana sering sahaja terhakis dikikis ombak yang lazimnya begitu.

Jika benar kos lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu ditambak lagi sebanyak RM 500 juta, bermakna kos sebenar lapangan terbang itu RM 200 campur RM 200 campur RM 300 juta dan campur RM 500 juta maka jadilah kosnya sebanyak RM 1.2 bilion.

Apabila penulis sebut kepada ”Ayah Mat” kos lapangan terbang antarabangsa Kuala Terengganu sebanyak RM 1.2 bilion beliau geleng geleng kepala menanda kekecewaan yang amat sangat terhadap kerajaan yang membelanjakan wang rakyat dengan sewenang wenangnya.

Ini kos lapangan terbang yang bertaraf antara bangsa, bagaimana pula kos mendalam muara sungai terengganu yang memakan kos sebanyak RM 500 juta. Yang menghairkan kita kos pembinaan benteng ( pengadang ombak dari Kuala Ibai sampai ke Tanjung.

Barapa kosnya. Anda mungkin terkejut apabila diberitahu bahawa kosnya ialah sebanyak RM 700 juta.

Kos ini diberitahu oleh beberapa pekerja Inai Kiara SDN semasa penulis membuat tinjuan dalam menyiapkan rencana ini agar sumber sumber ini boleh dipercaya bahawa ianya betul dan dapat dipertanggunjawabkan.

10 comments:

LanaBulu said...

Kalau sebut saja Terengganu..dizaman pemerintahan UMNO/BN..aku memang tak terkejut sebab depa ni memang banyak idea untuk memajukan negeri. Wang ehsan dan peruntukan kerajaan pusat serta hutang tambahan dari kerajaan pusat lagi memang terlalu banyak untuk memajukan negeri. So buat je lah apa2 project/ Namakan saja lah apa2 project pun demi untuk selamatkan 'ongkos' tu dan me'masyuk'kan dalam kantong masing2.. atas nama pentadbir negeri..Sapa pun jadi MB nya ..sama saja!!!Cuma rakyat Terengganu saj ayg masih buta berut tak nampak status kemajuan yg diperolehi oleh rakyat mehran. Taraf kemiskinan pun masih antara terbawah dalam negeri2 di Malaysia. Payah kalau dah buta mata hati..

Anonymous said...

tidak tepat fakta yang diberikan pasal airport Kuala Terengganu tu..kontraktor yang terlibat sebenarnya ada dua iaitu TRC &Inai Kiara.ada beberapa pakej untuk projek tersebut.bahagian TRC banyak melibatkan kerja darat dan Inai Kiara di bahagian laut..Inai Kiara lebih tertumpu kepada penambakan laut untuk landasan tambahan dan juga kerja-kerja batu sebagai pelindung pantai di keliling landasan baru itu...TRC pula lebih kepada kerja darat seperti pembinaan landasan dan juga bangunan terminal baru.kalau nak tahu,pergi sendiri tengok projek ni sementara masih berjalan..bawalah jurutera yang bertauliah dan tengoklah kerakusan kontraktor seperti Inai Kiara ini yang melakukan penipuan dengan terangan sehingga jurutera JKR pun membisu sahaja...

Anonymous said...

:) semua pemimpin umno dah masuk dalam poket inai kiara. jangan buang masa nak membebel. buat senyap jer. jaga periuk nasi sendiri:)

Anonymous said...

yang korang byk ckp pahal? org dah wat pepenat wat keje.....majukan M'sia....korang lak complain yg bebukan....dah nama lapangan terbang antarabangsa....comfirm la mahal....bbkn nye murah pun....tk pe klu pakai wit rakyat.....kesenangan nie...bkn tuk org lain....korang gak bangga kan????

Lagi satu....yg korang kata IKSB wat penipuan secara terangan tu nape? ada bukti ke? klu ada.....ckp la.....pe bukti tu....

lagi satu....yg JKR tu senyap membisu nape? sapa yg menipu sebenarnyer nie???

Anonymous said...

kalau pasal inai kiara tu mmg sah tipu. derang markup kaw2. bina breakwater tu pun tak betul. tak ikut specification.

Anonymous said...

buktinya kau try check tempat diorang ambik pasir kat mana? korek kat mana lepas tu letak kat mana? kalau kau buka breakwater tu lepas tu kau kau check layer dia betul ke tak? JKR confirm makan duit pasal dah kena rasuah dgn inai kiara. kau check survey diaorang betul ke tak? confirm TIPU masa PRE-SURVEY dgn POST-SURVEY.
masa progress claimed pun diaorang TIPU. tak pun apa kata kalau kerajaan atau sapa-sapa buat balik survey hydro check kat situ.

Anonymous said...

Salah satu projek terbaru Inai Kiara kalau tak silap aku kat Klang West Port. aku dengar citer ada client punya Surveyor kalau tak silap nama dia mula dgn ROS apa ke jadah ntah, banyak makan duit ambik duit dari inai kiara. kerja dgn LPK ke West Port aku pun tak ingat lah.sampai budak tukang baca tide pun rasuah suruh markup. markup kedalaman lagi dan mcm2 hal lah diaorang ni.

Anonymous said...

makan duit rakyat....

Anonymous said...

kau tengok blog ni http://inaikiaratipu.blogspot.com

Anonymous said...

hi, sy prnh bkrja dgn inai kiara projek lpgn trbang sultan mahmud tu.

sy nk prbetul kn sket fakta .
Inai Kiara Sdn Bhd bkn lah kontraktor yg membina lapangan terbang sultan mahmud. inai kiara cuma kontraktor yg brtangungjawab menambak laut bg pembinaan landasan kapal terbang sahaja. setelah selesai kerja² penambambakan laut, inai kiara terus packing smua jentera & man power meninggal kn tapak projek tu. selebih nya di sudah kn oleh kontraktor tempatan .

sekian.