Orang PAS Terengganu mahu supaya pemimpin peringkat negari ditukar dari muka lama kepada muka baru.
Begitulah hasrat orang PAS Terengganu. Tetapi sebahagian sahaja yang mahukan begitu, Manakala sebahagian lagi mahu kekalkan pemimpin lama,kerana masih relevan lagi.
Mereka menganggap pemimpin yang berwajah lama itu ibarat air sejuk, manakala pemimpin berwajah baru ibarat air panas.
Sah dua bahgian ini mahukan sebegitu yang menyebabkan YDP kawasan Besut sudah bertukar dari wajah lama kepada wajah baru. Demikian juga YDP kawasan Marang yang sudah pun bertukar wajahnya.
Cuma YDP Kawasan Kuala Nerus dan Hulu Terengganu masih mengekalkan wajah lama yang mungkin masih relevan.Atas sebab itu Ustaz Abu Bakar Abdullah dan Ustaz Harun Taib kekal melalui syura.
Oleh itu PAS harus berhati-hati terhadap usaha murni itu kerana sejak dahulu lagi PAS ada"musuh dalam selimut", yang kebarangkaliannya ditaja oleh Umno sebagai musuh nombor satu.
Perkara ini disebut oleh Datuk Dr Harun Din ketika membentangkan kertas kerja bertajuk: ”memperkukuhkan kepimpinan ulamak” di senimar sehari di Markas Tarbiyah Taman Melewar Kuala Lumpur sempena sambutan jubli perak Dewan Ulamak PAS Pusat.
Sebelum itu mursyidul amnya Datuk Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan kita ada musuh, Musuh kita adalah bangsa kita sendiri, maka musuh kita adalah orang Melayu. Demikian juga musuh Nabi Muhammad adalah orang Arab, termasuk bapa saudaranya sendiri.
Namun PAS kena berhati hati untuk memilih pemimpin peringkat pusat demikian juga diperingkat negeri (pesuruhjaya) kalangan pemimpin yang bakal menguasai pucuk pimpinan parti .
Untuk pergi lebih jauh penulis cuba ambil pendapat Datuk Dr Haron Din yang berkata musuh-musuh parti berpeluang menaikkan pemimpin tertentu melalui liputan meluas di media seperti yang terjadi menjelang muktamarnya, awal bulan depan.
"Faktor kemenangan dalam pemilihan parti ialah kekerapan liputan dalam akhbar seperti (organ rasmi) Harakah dan (mingguan politik) Siasah atau media-media lain.
"Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti," katanya
"(Keahlian terbuka PAS) ini akan membuka peluang besar kepada Umno dan musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.
"Sehingga kini kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat di dalam organisasi Islam di peringkat dunia."
Tidak dapat dinafikan memang ada tuntutan supaya Pas Terengganu berubah. Apabila disebut sahaja Pas Terengganu berubah, tergambarlah difikiran sesiapa sahaja bahawa pemimpin perlu beruba sekaligus menukar wajah lama kepada wajah baru yang ada potensi kepimpinannya.
Pemimpin perlu berubah juga konotasinya ialah satu tukar pemimpin, kedua pemimpin yang sedia itu mengubah dirinya agar selari dengan tuntutan yang dibuat.
Apabila sebut sahaja tukar pemimpin ada yang marah marah dan ada yang gembira kerana dapat pemimpin baru yang barang kali lebih baik dan barangkali juga kurang baik berbanding dengan yang sedia ada.
Ustaz Bakar Abdullah, YDP Kuala Nerus pernah berkata air sejuk ada gunanya dan air panas juga ada gunanya. Jadi ada lebih baik air sejuk dan air panas dicampur atau dengan kata lain disatukan dalam satu bekas.
Apabila air panas dan air sejuk dicampur sudah tentu ia jadi suam dan seiaspa sahaja dapat minum dengan selesa.Kalau air panas sudah tentu ada yang boleh minum dan ada yang tidak boleh minum.
Inilah yang moleknya. memang molek kalau dibuat begitu, tetapi yang jadi masalah sekarang ada yang marah marah dengan pemimpin PAS Terengganu yang sedia ada yang kebanyakannya sudah sejuk.
Kita tidak tahu atas sebab apa mereka marah dengan Datuk Mustafa Ali,(pesuruhjaya) Datuk Wan Muttalib Embong (timbalan) dan Abu Bakar Chik (timbalan) yang menjadi Pesuruhjaya.
Ustaz Datuk Harun Taib setakat hari ini belum kedengaran ada yang marah, tetapi Mustafa Ali dan dua timbalannya boleh dikatakan sangat ramai yang marah.
Kita tidak tahu mengapa boleh jadi begitu. Cuba andai bayangkan, Datuk Mustafa Ali sebagai pesuruhjaya PAS sekarang, bersama timbalan timbalannya ialah Wan Datuk Muttalib Embong, Ustaz Datuk Harun Taib dan Ustaz Datuk Abu Bakar Chik status prestasinya dapat lihat dengan jelas bertambah baik.
Adakah Ketiga tiga orang kelihatan macam air sejuk, hanya Abu Bakar chik sahaja yang kelihatan masih panas, atau Ustaz Harun Taib yang kelihatan keras dalam menentu hala tuju pas Terengganu?
Dikatakan ramai tidak berkenang dengan cara kepimpinanya.oleh itu mereka itu hendaklah di tukar muka baik yang pernah disebut sebut iaitu Dr Syed Azman.
Itulah yang saya dengar sejak dahulu hingga sekarang ini. Ustaz Abu Bakar Abdullah dan beberapa lain menyoal, siapa yang boleh mengatasi Mustafa Ali? Apa tah lagi Datuk Seri Abdul Hadi Awang?
Kalau ada orang lain yang boleh mengatasi kepimpinan Cik gu Mustafa Ali dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang silalah berbuat demikian.
Inilah kebimbangan yang ada pada orang PAS Terengganu setakat hari ini dan kebimbangan ini turut di cetuskan oleh Datuk Nik Abdul Aziz dan Dr Harun Din yang menarikdiri dari betanding jawatan timbalan presiden dalam muktamar 4-6 Jun 2009 di Shah Alam.
sekian.............
No comments:
Post a Comment