Wednesday, June 10, 2009

PAS hendak tarbiyah Umno?

Macam mana hendak tarbiyah orang Umno, untuk memtarbiyah orang 46 dahulu pun gagal. kegagalan itulah yang menyebabkan 46 bubar dan masuk semula kedalam UMNO ada seorang dua yang masuk PAS.

Kalau PAS berjaya mentarbiyahkan orang 46 sudah tentu ramai orang 46 masuk PAS. Ini menunjukkan PAS tidak punya kemampuan mentarbiyah orang yang sudah ada didalam Angkatan perpaduan Ummah.

Ini, hendak tarbiyah orang Umno pula yang berfaham Islam libralisme yang peganganya sejak dahulu dan selama lama politik suku agama suku yang amat bercanggah dengan Islam yang syumul.

Orang Umno sejak dahulu dan selama lamanya dosa dan pahala tiada perbezaan.Bagaimana mungkin dapat ditarbiyah jenis manusia yang sudah memilih fahaman yang diterima oleh Allah dan Rasulullah SAW.

Niat Hendak mentarbiyahkan orang Umno memang baik dan harus dipuji, tetapi niat itu samalah dengan cakap Tun Mahathir hendak dakwah Yahudi yang disebut oleh Allah sebagai musuh Islam.

Musuh Islam -musuh Allah dan Rasulullah SAW. Apa kurangnya dengan Umno yang punya fahaman libralisme itu.

Patutkah PAS bertolong tolong dengan umno yang jelas dan nyata, mengamalkan rasuah dan riba menjadi darah daging.

Anda mungkin masih ingat dengan kata kata Saidina Omar RA selagi ada maksiat dalam kumpulan itu selama itu tidak akan mencapai kemenangan.

Oleh itu, tidak wajar dihalal cara dalam melayari bahtera PAS untuk sampai ke pelabuhan yang ditetapkan oleh Allah.

Anda juga masih ingat dengan kata kata Saidina Omar RA suatu masa nanti ulamak juga menggunakan hawa nafsu.

Apakah yang akan terjadi apabila ulamak menggunakan hawa nafsu ketika diberi amanah untuk menjadi ketua dalam gerakan Islam seperti PAS.

Apa pula labelnya apabila diberi amanah tidak boleh menjaga amanah, apabila bercakap, bercakap ikut hawa nafsu. Apabila berjanji tidak menepati janji. Apabila bertindak ikut suka hati.termasuk berserah pada takdir.

Saya percaya PAS sendiri tidak berjaya mentarbiyah pemimpin pemimpinnya apalagi ahli ahlinya yang kebanyakannya menjadi penyokong buta tuli. sebagai contoh para pemimpin tidak sefikrah. Fikrahnya berbeza satu sama lain.

Dalam PAS juga antara para pemimpin tidak boleh tegur menegur satu sama lain, kecuali TOK Nik Abdul Aziz seorang sahaja yang cuba menegur para pemimpin yang buat salah, manakala kebanyakan yang lain tidak mampu berbuat demikian.Jadi bagaimana hendak tarbiyah orang Umno, sedangkan sesama sendiri terabai.

2 comments:

anti munafik said...

Tak payah susah-susah nak tarbiyah orang UMNO. tarbiyah dulu orang PAS. Berapa ramai pengikut PAS yang pergi ke masjid untuk solat jemaah, asyik mengutuk orang, menabur fitnah, cakap tak serupa bikin. Pas lce tapi temberang mengalahkan orang kleuar universiti. Kerja kuli berlagak mangalahkan menteri. Ada ilmu sikit mengalahkan mufti. Ingat depa ni jadi ahli pas dah terus masuk syurga. Ini persoalan akidah !

serupasekala said...

PAS NAK TARBIAH UMNO KE .......

BISA TOK GURU BARU PAS..........

UNTOK AHLI PAS SEMUA.

BANTU TG NIK AZIZ PULIHKAN PAS.

ANDA NAK TENGOK PAS BERPECAH ATAU PAS NAK JADI PERENCAH.