Friday, June 19, 2009

Nik Aziz bidas Nasharuddin Mat Isa perkara biasa sahaja

Dr Wan Hamzah Wan Awang (wahba) yang tinggal di Desa Jaya kepong SMS kepada saya bertanya soalan, bagaimana orang PAS berbalah sama sendiri. Soalan yang dikemukakan kepada saya itu barangkali ada kaitan dengan berita dalam TV3 dan berita akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk: “Nik Aziz bidas Nasharudin”

Berita Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU 17 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.
Nik Abdul Aziz turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu.

Beliau dengan nada marah menyifatkan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai tidak bermoral kerana telah membuat ‘sampah’ dalam parti tersebut.

Berikut ialah transkrip kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai kerajaan perpaduan pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini:

Komen Tok Guru kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang yakin dengan keikhlasan Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dan reaksi balas Timbalan Presiden Pas hari ini?

Pertama sekali saya nak ulangi kenyataan saya dulu bahawa isu perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan daripada Pas.

Kalau Perdana Menteri kata ianya dari Pas, itu tak betul. Itu lontaran peribadi dan tidak masuk dalam kertas agenda mesyuarat parti dan juga kertas agenda mesyuarat pakatan (pembangkang). Sebab itu pakatan tidak tahu. Maka bagaimana hendak sebut Pas setuju... tidak boleh.

Kalau setakat hendak berunding untuk kerjasama sahaja dan bukan untuk kerajaan perpaduan bagaimana pendapat Tok Guru?

Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan yang kedua kepada pakatan. Kalau Pas setuju dan pakatan setuju, lain masalahnya.

Pas tidak bincang, pakatan pun tidak bincang. Mana boleh kita hendak bercakap benda ini sebab itu saya kata ini kerja boneka UMNO. Saya ulangi lagi ini kerja boneka UMNO.

Kalau benar Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hendak setuju, lebih baik masuk UMNO, terang. Saya sebut lebih baik masuk UMNO, letak jawatan di Bachok dan bertanding (semula).

Apa yang duduk buat sampah ini, menyusahkan orang. Dia tidak tahu bagaimana susahnya saya ada yang telefon, datang jumpa sendiri menangis-nangis dan sebak dari dalam dan luar Kelantan. Malah ada setengah yang datang jumpa saya sebak tidak boleh kata apa, tidak boleh cerita.

Apa cerita ini, dia masuk UMNO senanglah daripada duduk bertenggek dalam Pas. Tidak ada moral orang panggil, tidak boleh macam ini.

Kalau semua setuju, pakatan setuju, Pas setuju. Semua jadi anggota kerajaan, DAP jadi menteri, Pas jadi menteri, Keadilan jadi menteri, baru benar-benar perpaduan.
Ini bukan perpaduan tetapi perpecahan. UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.

Tok Guru akan terus beri nasihat kepada orang Pas yang menyokong kerajaan perpaduan?
Hendak nasihat apa lagi orang ini, boneka UMNO.

Nasihat kepada ahli Pas yang memahami isu perpaduan ini?
Saya ucapkan terima kasih sebab semua orang sudah faham selepas saya buat kenyataan dulu. Cukuplah setakat ini.

Jawapan kepada soalan SMS Dr Wan Hamzah

Jawapannya mudah. bayangkan sebuah rumahtangga. Nik Aziz Nik Mat itu seorang ”ayah” dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa itu ”anak”. Ayah yang sayang kepada anak pasti berkata apa yang dimaksukdan.

Ayah yang hendak marah kepada anak anaknya kadang kala akan berkata yang hodoh hodoh termasuk meminta anak keluar dari rumah atau dengan kata lain menghalau anak pergi dari rumah, kalau tidak dengar kata sangat. Degil.Memang anak remaja degil. Bukan setakat degil malah ada sedikit gila. Ada gila yang membahayakan dan gila yang tidak membahayakan.

Inilah tindakan seorang ayah yang sayangkan anaknya. Sebagai langkah bijak untuk pengajaran, itulah harus diperlakukan. Bukan setakat itu sahaja, malah ayah boleh dirotan anak jika perlu. Anak yang bijak faham dengan tindakan ayahnya. Kalau kurang cerdik baarangkali tidak faham dengan tindakan ayahnya. Ini yang membuat jadi haru biru.

Kita harap anak yang kena marah tadi faham dengan tindakan yang dilakukan oleh ayah dan ayah juga tahu dengan tindakan itu. Orang luar mungkin melihat kes itu suatu yang tidak patut. Maklum sahaja mereka tinggal rumah lain. Itu adalah suatu yang lazim berlaku dalam rumah tangga, demikian juga dalam parti politik, sebab itu ada yang keluar parti kerana tidak tahan dengan ujian. dan ada juga yang dipecat kerana berbahaya.

Itulah yang saya fahami dan tidak ada yang luar biasa dengan tindakan Nik Abdul Aziz Nik yang membidas Ustaz Nasharuddin Mat Isa tempoh hari.

No comments: