Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad said berkata dia tidak bimbang dengan kes pelajar tahun lima melayari bahan lucah apabila diberi e-book.
Walaupun jelas dan nyata telah berlaku salahguna? salahlaku pelajar yang diberi e-book – e- book akan terus diberi juga, kerana kes pelajar yang melayari bahan lucah hanya kecil sahaja. Cuma empat kes sahaja setakat hari ini.
Barangkali ibubapa juga tidak bimbang dengan kes itu, asalkan anak anak mereka dapat e-book percuma dari kerajaan. Inilah sikap sesetengah ibubapa yang mata duitan.
Yang bimbang dengan kes itu hanya bagi ibu bapa yang tidak mendapat e-book, manakala yang dapat berbangga dan gembira walapun sudah jelas berlaku salah laku.
Inilah menteliti ibu bapa bangsa Melayu.Demikian juga menteliti seorang Menteri Besar Melayu yang diberi amanah untuk menerajui negeri minyak ini.
Begitulah sikap Ahmad Said apabila berhadepan dengan kes pelajar melayari bahan lucah.
Bagi beliau itu bukan suatu yang membimbangkan.Wal hal itulah merupakan suatu proses menggalakkan generasi muda mudah terjebak dengan gejala yang tidak sihat.Lebih lebih lagi pelajar tahun lima yang berusia 11 tahun memang tidak matang.
Menang betul sepanjang pelajar tahun lima dibekalkan e-book hanya empat kes sahaja yang berlaku. Itu yang dapat dikesan. Mungkin banyak lagi kes yang tidak dapat dikesan kerana tidak mendapat pantauan ibu bapa dan guru guru.
Sama juga dengan kes pembabitan penagihan dadah dikalangan pelajar di negeri Terengganu yang semakin hari semakin meningkat itu.
Penglibatan para pelajar di negeri Terengganu dengan gejala sosial penyalahgunaan dadah dan seks bebas adalah amat membimbangkan.
Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) Encik Azmi Abdullah mendedahkan, seramai 106 orang penagih baru dikesan sepanjang bulan Januari hingga April, 2009.
Beliau berkata agensi tersebut telah membuat ujian air kencing keatas para pelajar diseluruh negeri Terengganu dan mendapati seramai 3650 orang pelajar adalah positif menggunakan dadah.
Dari jumlah tersebut katanya, seramai 59 orang adalah dikategorikan sebagai penagih dan 39 daripadanya mengalami ketagihan pil kuda.
Apakah guru guru tidak bimbang dengan statastik itu. Apakah pihak kerajaan juga turut tidak bimbang dengan gejala penagihan dadah di kalangan pelajar yang sangat membimbangkan.
Apa sudah jadi dengan pelajar sekolah menengah kini.
Kita nampak kebanyakan Ibubapa di Terengganu sudah mengidap pelbagai penyakit, termasuk mengidap penyakit bimbang, kerana sudah ada kes pelajar membunuh ibubapa atas sebab enggan memberikan wang yang diminta.
Mengapa terjadi demikian? sudah tentu tidak lain dan tidak bukan adalah hasil daripada para guru, terutama guru besar dan pengetua sesebuah sekolah tidak bimbang dengan pelajar yang terbabit dengan dadah.
Ada pengetua yang marah apabila kes ini dilapor dan perbesar besarkan atas alasan ianya kecil sahaja dan tidak membimbangkan. Sekarang ini, apa sudah jadi. Penagihan dadah kalangan pelajar semakin hari semakin meningkat.
Sikap tidak apa, biarkan yang ditunjukkan oleh Ahmad Said dalam kes pelajar tahun lima melayari bahan lucah suatu yang sangat dikesali, kerana perkara ini walaupun kecil, ia akan menjadi besar dan harus dipandang ringan.
Sikap tidak apa biarkan yang ditunjukkan oleh menteri besar Terengganu terhadap pelajar tahun melayari bahan lucah, seolah olah macam ada udang disebalik batu.
Barangkali Ahmad said lupa dengan ayat Allah surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud: ” Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang orang yang berjaya”.
Beliau sewajarnya menghentikan pemberian e-book kepada pelajar tahun lima kerana mereka belum matang.Lebih lebih lagi sudah jelas nyata berlaku salahlaku melayari bahan lucah.
Penulis tidak faham dengan sikap Ahmad Said mengenai kes itu. Mengapa beliau beria ia sangat melaksanakan projek yang boleh membahaya pelajar. Lebih lebih lagi sudah nyata sudah ada kes yang walaupun kecil dan terpencil.
Sikap ini samalah dengan sikap yang ditunjukkan oleh pihak polis terhadap keselamatan rakyat di negara ini.Pihak polis tetap mengatakan rakyat dijamin selamat hatta berjalan seorang diri di Bukit Bintang atau Lembah Kelang.
Sesetengah mengatakan rakyat sudah tidak selamat lagi menghuni negara ini hatta disekolah sekalipun. Guru guru yang diberi amanah untuk mendidik anak bangsa sudah ada kes mencabul dan merogol pelajar sekolah masing masing.
Pihak polis pernah sebut kes kes seperti ragut, bunuh, rogol, samun, dan rompak masih kecil dan tidak membimbangkan. Memang pihak polis memang tidak bimbang dengan kes yang berlaku kerana anggotanya ada senjata.
Tidak lama dahulu daripada 59 orang yang dipanggil, 39 orang telah hadir yang terdiri dari mereka yang positif pil kuda,
Inilah yang sedihnya, dalam sesi kaunseling yang diadakan, mereka mengaku telah melakukan hubungan seks, dalam usia baru tingkatan empat dan tingkatan lima,
Perkara Ini telah dijelaskan oleh pihak polis Forum Gejala Sosial yang dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEP) di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah,Kuala Nerus baru baru ini.
mereka yang terlibat bukan sahaja dikalangan golongan rendah dan sederhana, namun ada anak seorang Ekskutif yang bergaji RM20,000 sebulan turut ‘kantoi’ dalam penagihan pil kuda.
Mengulas gejala yang melibatkan Mat Rempit dan lumba haram bahawa gelaja merempit ini sukar untuk dibenteras, kerana tidak mendapat kerjasama dari ibubapa. Lebih lebih lagi pelakunya turut terlibat dengan dadah dan arak.
Apakah akan berlaku jika seorang Menteri Besar tidak mengambil kira apa yang telah berlaku dengan Rempit sebagai contoh, mereka didapati dipengaruhi oleh arak dan dadah serta menggunakan pil kuda dengan sewenang wenangnya.
Sebab itu mereka boleh bertindak ganas, kerana dadah itu boleh menyebabkan dia jadi berani dan tak takut langgar polis, walaupun polis ada pistol,
Kejatuhan moral dan akhlak pelajar dan remaja yang terlibat dengan gejala sosial sekarang ini begitu teruk dan sungguh membimbangkan.
Penulis percaya pemberian e-book kepada pelajar tahun lima suatu yang amat bahaya dan berisiko tinggi dalam arena pendidikan negeri Terengganu. Bahkan ia tidak ubah macam kita mengharap ”tikus membaiki labu” atau memberi ”bunga kepada kera”.
sekian.
No comments:
Post a Comment