Orang bercakap kita mendengar, namun pendengaran kita tidak sama dengan pendengaran orang lain.sebab itu berlaku perbezaan pendapat satu sama lain.
Lebih lebih lagi bagi mereka yang tidak jujur pasti lain pula ceritanya. Ada pula cakap pendek dipanjangkan dan yang panjang dipendekkan.
Yang malangnya ada yang di putarbelit dan mengelirukan.
Itu tidak menjadi persoalan sangat, kerana bagi mereka yang suka melaga lagakan masyarakat memang begitulah hakikatnya.
Demikian bagi mereka yang tidak jujur pasti lain pula ceritanya, malah kadang kadang diada adakan serta direka agar ia lebih menarik orang mendengarnya.
bercakap pasal menarik orang mendengar teringat saya dengan cakap Datuk Ahmad Said yang katanya kita akan membangun Kuala Terengganu.Itulah harapan sesiapa sahaja yang jadi ketua kerajaan.
Ramai yang setuju dengan rancangan untuk membangun kuala Terengganu yang sudah bergelar bandaraya warisan persisir Air.Malah sudah banyak wang rakyat di belanjakan.
Memang wajar sangat kuala Terengganu dibangunkan supaya menjadi sebuah bandaraya yang menarik, termasuk menarik dilihat oleh rakyat sendiri disamping menarik pada pihak pelancong luar.
Jangan jadi macam kata Datuk Idris Jusoh bahawa pembangunan yang tidak pernah dilihat sudahlah, alih alih stadium yang runtuh.
Rasa saya sudah banyak wang rakyat di belanjakan untuk dilihat menarik oleh rakyat sendiri dan para pelancong.
Sayang sekali wang rakyat sudah bagitu banyak dihabiskan, tapi bandar kuala Terengganu kelihatan semakin hodoh ketika memandang.
Wajah bandaraya Kuala Terengganu masih lagi berkudis, walaupun berbilion wang rakyat dibelanjakan.
Sejak jalan sehala dibina lalu lintas semakin sesak, malah membuat pengunjung bandaraya itu naik pening kepala.
Kalau dahulu jalan Kamaruddin tidak sesak. Tapi sekarang ini sesak sampai kejalan panji Alam. Demikian juga jalan Sultan Umar yang licin perjalanannya kini sesak macam nak mampus.
Sebelum ini Ahmad Said pernah sebut sebanyak RM 500 juta akan diperuntukan untuk membangun bandaraya Kuala Terengganu.
Wang RM 500 juta sikit apabila dibandingkan dengan wang RM 500 juta yang diperuntukan untuk memdalamkan sungai bandaraya Kuala Terengganu dan RM 700 juta buat benting dari Kuala Ibai hingga ke Tanjung Kapor.
Apalah sangat dengan wang sebanyak RM 500 juta jika dibandingkan dengan Wang RM 7 bilion dihabiskan oleh Idris Jusoh sehingga layak negeri Terengganu dilabelkan sebagai negeri maju konon?
Anda mungkin sudah dengar cakap cakap Ahmad said pasal hendak membangun Kuala Terengganu.
Anda juga sudah dengar berapakah kos sebenar yang diperuntukan? Apa sudah jadi dengan pembangunan Teluk Warisan yang kelihatan macam gali lubang tutup lubang penyebab pembaziran.
Bukan itu sahaja malah kawasan sekitarnya membuat sakit mata memandang akan pembangunan itu. Sudahlah wang rakyat begitu banyak dihabiskan hasilnya tidak sampai kemana.
Apa sudah, sedang dan akan jadi dengan cadangan hendak meningkat pendapatan mereka yang berpendapatan rendah.
Rakyat yang jual kerepok lekor, rakyat yang jual nasi dagang dan rakyat yang jual pisang goreng pergi mari duduk macam itu juga. Malah tidak kurang yang merunggut akan perihal masa hadepan yang masih gelap.
Yang saya dengar mungkin tidak sama dengan apa yang anda dengar. Ahmad Said ada cakap akan membina tempat tempat berniaga untuk tolong rakyat.terutamakan sekali orang melayu yang saya nampak menjadi lebih susah dan kecewa?
Persoalan yang timbul sekarang apa sudah jadi dengan kompleks perniagaan milik SEDEC berdekatan dengan terminal Bas. Ia masih kosong. Kenapa? ada yang tahu mengapa jadi begitu.Tapi ada yang tidak tahu.
Ia kosong kerana sewanya mahal dan tidak mampu disewa oleh rakyat berbangsa Melayu miskipun lokasinya pasti strategik.
Kalau Zaman Idris Jusoh menjadi Menteri Besar Teluk Warisan yang dibangun dengan wang rakyat diserah kepada pihak Swasta dan nasib baik sudah diambil balik oleh Ahmad Said.
Anda barangkali merasa pelik apabila dengar akan cakap cakap Ahmad Said bahawa kerajaan akan buat beberapa hotel di bandaraya ini yang mungkin akan diserah kepada pihak swasta apabila siap nanti.
Saya dapat buat kesimpulan bahawa pembangunan bandaraya Kuala Terengganu yang dicakapkan oleh Ahmad Said itu tidak lain dan tidak bukan ialah untuk membina hotel hotel bertaraf lima bintang.
Ini jelas dan nyata bukan untuk menolong rakyat yang masih tidak terlepas dari belenggu kemiskinan.Pokok pangkalnya untuk tarik pelancong dan menghalau orang melayu berhijrah kependalaman.
Nampaknya pelancong diutamakan. Mana perginya rakyat didahulukan.
Cakap cakap juga. membangun membangun juga tetapi jangan lupa dengan status qua orang Melayu.
Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu jadi mangsa pembangunan negara dan negeri yang dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah.
Ahmad Said kena ingat bahawa UMNO membela nasib orang Melayu.Jika membangun Bandaraya Kuala Terengganu ikut kehendak pemimpin sudah tentu orang Melayu akan jadi mangsa dan terpinggir.
Apa akan jadi dengan orang Melayu Kampung Paya Keladi dan lorong Jamil, jika kawasan itu nanti akan dibangunkan. mampukah orang Melayu membeli bangunan yang dbina dengan harga Juta ringgit satu lot itu.
Saya amat bimbang dengan pembanguan yang akan dilaksanakan nanti, kerana orang Melayu kurang mampu berbanding dengan orang China. Lebih lebih lagi pembanguan yang yang dicakap itu jelas dan nyata tidak seimbang dengan kemampuan orang Melayu.
Apa akan sudah dengan orang Melayu yang tinggal dikampung Ladang, Tanjung Kapur Batas Baru. jika pembangunan yang akan dilaksanakan nanti ikut kehendak para pemimpin sahaja mungkin Orang Melayu Bandaraya Kuala Terengganu akan jadi pengemis di bumi sendiri.
Betul kerajaan yang memerintah sekarang hendak bantu dan tolong orang Melayu, tetapi sejauhmanakah ia menjadi kenyataan yang Melayu tidak menjadi mangsa pembangunan yang dilaksanakan itu.
Yang pasti orang Melayu Kampung Paya Keladi akan menjadi mangsa korban pembangunan yang dikehendaki mereka Menteri Besar dan EXCO EXCOnya sahaja.
Ambillah pengajaran lepas agar orang Melayu tidak hilang di dunia dan tidak menjadi mangsa di bumi Melayu.
sekian..........................................
No comments:
Post a Comment