Saturday, August 15, 2009

Cari jalan mudah untuk tukar Menteri Besar Terengganu

Sekiranya orang Datuk Idris Jusoh benar benar hendak tukar Menteri Besar Terengganu senang sangat.Ia mudah kalau mahu. Yang membuat payah ada yang tidak setuju.

Jalan undi tidak percaya terhadap Ahmad said, jalan yang payah dan tak mungkin berjaya. Percayalah.

Bayangkan, Speaker Tengku Putera Tengku Awang orang Ahmad Said, sudah tentu usul yang dikemukakan ditolak bulat bulat.

Jalan mudah dan senang Idris Jusoh orangnya seramai 10 orang itu lompat sahaja ke parti keadilan rakyat.

Maka sebelas orang Adun yang lompat itu dicampur dengan 8 Adun PAS jumlahnya 19 dan lawan 13 orang Adun Umno sudah tentu jatuhlah kerajaan yang diterajui Ahmad Said.

Apabila jatuh maka terbentuklah kerajaan baru atas nama pakatan rakyat, dan bolehlah tukar Menteri Besar lain.

Soal siapa menteri besar kerajaan pakatan rakyat tidak harus ada prejudis satu sama lain. Jika ada prejudis satu sama lain akan jadi cerita lain pula.

Datuk Rosol Wahid yang barangkali punya cita cita untuk jadi menteri besar itu jangan bermimpi disiang hari, kerana sultan Terengganu memang tidak suka dengan perangainya.

Jadi soal siapa jadi menteri besar harus diserahkan kepada perkenan Al Sultan siapakah yang Tuanku mahu.Kena ikut Sultan baru jadi mudah menubuhkan kerajaan.

Ini belum apa apa lagi sudah tuduh PAS keras , sombong dan angkuhlah. Kalau hendak kerjasama dengan PAS tuduh menuduh ketepikan dahulu. Yang penting usaha bersungguh sungguh untuk jatuhkan menteri besar dan tubuh kerajaan baru.

Cerita DUN Terengganu akan dibubur memang tidak masuk akal.Kemungkinan besar ia Cuma kahbar angin sahaja walaupun pernah disebut oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS tempoh hari itu.

Tapi yang peliknya, cerita DUN Terengganu bubur keluar dari mulut presiden PAS ketika bercakap didepan khalayak ramai yang kadang kadang boleh jadi sumber itu ada asasnya.

Mengapa kita kata begitu, Pertama Ahmad Said memang masih ada hubungan baik dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Demikian juga Datuk Harun Taib yang pernah menyatakan yang dia masih ada hubungan baik dengan Ahmad Said, bukan atas nama membeli dua ekor kambing sahaja.

Jika demikian, pasti ada cerita yang diterima sama ada serius atau tidak itu soal lain pula. Yang kita dengar memang sudah ada kata kata yang keluar dari mulut Ahmad Said yang dia akan bubur DUN, jika ada usul undi tidak percaya terhadapnya.

Tidak mustahil DUN Terengganu dibubur juga jika 10 orang ADUN yang ada ura ura hendak buat undi tidak percaya pada Ahmad Said akan lompat parti pula dalam masa yang terdekat ini.

Bubar DUN adalah merupakan senjata mujarab yang ada pada tangan Menteri Besar agar rancangan menubuh kerajaan pakatan rakyat gagal. Pasti kesemua ADUN yang lompat itu gigit jari kerana tidak dapat jadi calon lagi dalam pilihanraya yang bakal diadakan itu.

Desas desus DUN Terengganu akan dibubar tidak mudah ditolak begitu sahaja, malah ramai yang percaya ia akan berlaku juga apabila kedudukan Ahmad Said tertekan.

Persoalannya apakah kedudukan Ahmad Said dalam masa terdekat ini jadi tidak menentu dek peranacangan 10 adun yang masih tidak puashati dengan tindakan Datuk Hishamuddin Hussin melantik Tengku Putera Tengku Awang sebagai setiausaha, Datuk Ahmad Shabry Cheek sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Rahin Said sebagai bendahari.

Dua perkara yang membuat rancangan 10 adun akan lompat parti dikatakan terbantut, kerana salah seorang adun Kemasik Kemaman, Rosli Othman orang Idris Jusoh, ditahan reman terbabit dengan kes rasuah, tapi sudah bebas.

Lebih lebih lagi Idris Jusoh dikatakan tiada didalam negeri dek menghilangkan diri dikatakan sedang diburu, kerana menyeleweang dan salah gunakuasa sepanjang menjadi Menteri Terengganu dulu..

Akhbar melaporkan yang beliau bukan menghilangkan atau lari tetapi untuk melanjutkan pelajaran PHDnya diluar negara.

Anda mungkin masih belum lupa dengan kes kehilangan wang Eshan sebanyak RM 30 juta suatu masa dahulu. Idris menghilangkan diri selama sebulan dengan alasan melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat dan dipecat sebagai pengerusi wang Ehsan negeri ditukar dengan Datuk Ismail Said.

Kini beliau menghilangkan diri lagi. Mengapa beliau bertindak demikian? sudah tentu ada sebab musababnya. Kalau tidak mustahil beliau sanggup bertindak demikian.

Cerita terbaru yang penulis dengar bahawa Datuk Seri Mohd Najib Razak amat murka dengan Idris kerana masih tidak puashati dengan perlantikan Hishamuddin Hussein sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Bukan setakat itu sahaja malah Hishamuddin di cerca didalam mesyauarat. Manakala diluar pengerusi perhubungan UMNO Terengganu itu di perlekehkan dengan semahu mahunya.

Ada sesetengah pendapat mengatakan Idris Jusoh akan ditahan oleh SPRM bila bila sama sahaja. Kini diburu kerana terbabit dengan penyeleweangan dan salah gunakuasa pada wang dana khas sebanyak RM 7 bilion sepanjang menjadi menteri besar negeri kaya rakyat miskin itu.

Cerita cerita juga, tetapi bagaimana pula dengan rancangan 10 adun yang mahu jatuhkan Ahmad Said itu. Boleh dikatakan setiap waktu mereka mengadakan perjumpaan secara tidak rasmi berbincang pasal rancangan tersebut.

Inilah kaedah mudah untuk tukar menteri besar dan sekaligus tukar kerajaan Umno/BN yang sudah lama tidak boleh diharapkan lagi untuk membela agama, bangsa dan negara.

Ia bukan terhenti setakat itu sahaja, malah mudah pula untuk tukar kerajaan yang diterajaui Datuk Seri Mohad Najib Razak kepada kerajaan Pakatan rakyat.

Sekarang ini sudah ada 34 orang orang MP Umno yang tidak gemar dengan Najib Razak. Namun sangat mudah untuk tukar kerajaan jika mahu. Tak mahu seribu dalih mahu mudah sahaja.

Mengapa cari jalan payah. Bukankah ada jalan mudah yang mungkin tidak sakit kepala dan sakit hati diperlakukan macam angin buruk kepala.

Mengapa tidak? Orang Idris Jusoh dikatakan hendak muntah apabila tengok wajah Ahmad Said. Jadi untuk atasi rasa muak dan hendak muntah itu jalannya tidak lain dan tidak bukan lompat sahaja. Tak mungkin patah kaki. Jangan patah hati sudahlah.

Jangan buat macam songkok yang tetap diatas kepala dan kadang kadang ada juga orang letak diatas kepala lutut. Jangan buat macam kasut dibubuh dikaki sahaja. Ia persis manusia tidak normal

Parti hanya alat untuk manusia bejuang. Apa salah tukar parti dan ambillah parti yang boleh diharap untuk bela agama, bangsa dan negara. Kalau Umno tidak tak boleh buat biar parti lain pula yang buat.

Saya harap fikir dan fikir, agar jadi baik. Untuk jatuh Ahmad Said itulah kaedah yang terbaik dan mudah, tidak pening kepala. Najib sahaja yang pening. Pendek kata semua orang boleh terima.

Cuma hawa nafsu sahaja yang tidak boleh menerimanya. Sultan boleh menerimanya Ahmad Said pasrah sahaja.

sekian............................

No comments: