Saturday, September 12, 2009

Gelora UMNO Terengganu tiada kesudahan?

Sesungguhnya konflik politik di Terengganu sukar untuk diselesaikan walaupun Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin menawarkan diri untuk menjadi orang tengah kerana kemelut tersebut dilihat sudah kronik dan berpanjangan.

Ini dinyatakan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin, UMNO Terengganu seakan-akan mempunyai ‘geng’ yang tidak boleh bercampur dengan yang lain.

Menurutnya, tindakan Muhyiddin dilihat sebagai menjalankan tanggungjawab apabila berlakunya masalah dalam parti itu.

“Jika kita tengok kembali sejarah kemelut di negeri itu, ia berlarutan sehingga terbahagi kepada dua kumpulan dan sudah pasti ia mengambil masa untuk bersatu kembali.

“Setiap kali masalah timbul dalam parti, Timbalan Presiden yang turut turun padang untuk menyelesaikannya seperti sebelum ini Tun Abdullah Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Timbalan Presiden turut turun padang.

Manakala Datuk Ahmad Said Ahmad berkata, untuk menyatupadukan antara dua kumpulan itu adalah cabaran yang perlu ditempuhi Muhyiddin.

“Tindakan Muhyidin itu perlu apabila beliau berasakan keadaan bahaya dalam politik sekarang, jadi beliau memilih untuk bertindak. Tapi tidak semestinya beliau dapat selesaikannya dengan mudah,” katanya.

Muhyiddin menyatakan kesediaannya membantu parti itu kerana mungkin masih ada beberapa perkara lain boleh diselesaikan sama ada politik atau kerajaan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pengukuhan dan perpaduan UMNO serta BN di negeri itu perlu diberi perhatian.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mustafa Ishak menyifatkan Muhyiddin di antara paling layak untuk campur tangan bagi menyelesaikan masalah parti itu

Ia bersesuaian dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said yang mengharapkan gelora UMNO negeri kaya rakyat miskin ini tamat.

Itulah harapan baru yang di warkan oleh Ahmad Said yang dikatakan masih tidak lena tidur, kerana kumpulan yang menyokong Datuk Seri Idris Jusoh tidak pernah duduk diam.

Dahulu, UMNO Malaysia berusaha menghantar ubat untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh UMNO Terengganu yang tidak berkesudahan itu.

Ubat yang diberikan ialah Datuk Hisahamuddin Husein, Menteri Dalam Negeri yang juga Naib presiden UMNO Malaysia dan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu.

Ubat yang bernama Datuk Seri Hisamuddin itu di andaikan sebagai ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkan penyakit dihidapi UMNO Terengganu.

Tetapi malangnya ubat itu nampaknya tidak memberi sebarang kesan, malah jadi elijik dan membuat kemelut menjadi semakin menjadi menjadi dan parah

Yang paling menyayat hati Ahmad Said, Hisahamuddin Huesin. ubat yang dilabelkan sebagai biawak bersalin kulit oleh kumpulan Idris Jusoh. Begitulah yang penulis dengar.

Kalau dahulu 10 wakil rakyat hanya memboikot persidangan dewan atas sebab mendapat SMS ugutan bunuh yang dicipta sendiri pihak kumpulan Idris Jusoh.

Baru baru ini, semua wakil rakyat tidak mengemukakan soalan semasa perssidangan dewan ke 12. Tindakan seumpama itu ada persamaan dengan boikot yang pernah dibuat.Cuma seorang sahaja yang mengemukakan soalan iaitu YB Ramlan Ali, ADUN Jabi, Setiu.

Semua hadir, tetapi mereka mengambil sikap membisu seribu bahasa. Atas sebab itu Ahmad Said berpuas hati, kerana kebanyakan wakil rakyat dilihat sudah memberi sokongan kepada bosnya.

Rupa rupa tidak demikian. Mereka masih tidak puas hati dengan Ahmad Said, Ini dinyatakan sendiri oleh Datuk Rosol Wahid ketua kumpul penyokong Idris Jusoh, ketika ditanya para wartawan.

Kemelut UMNO Terengganu sememang tidak ada kesudahannya. Namun UMNO Pusat berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya dan menghantar Timbalan perdana menteri supaya golera boleh berhenti.

Semua mengharapkan begitu. tetapi malangnya formula itu tidak juga menjadi. Mengapa begitu. Kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sangat tidak disenangi oleh kumpulan Idris Jusoh. Puncanya ialah telah mengistiharkan bahawa Ahmad Said kekal sebagai menteri Besar Terengganu.

Bagaimana mungkin seorang tokoh yang dibenci oleh kumpulan penyokong Idris Jusoh berupaya menyelesaikan kemelut yang kelihatan semakin besar geloranya.

Penulis diberitahu kumpulan penyokong Idris Jusoh yang diketuai oleh Rosol Wahid telah berjumpa dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur menghantar isyarat misteri yang hampir sama dengan apa yang berlaku di Perak.

Mereka berbuat demikian, kerana gagal dengan perancangan lompat parti untuk menukar menteri Besar, kerana akhir akhir ini sudah ada beberapa orang wakil rakyat tidak setuju lompat pada parti keadilan.

Salah seorang yang mula berdalih dan tidak setuju dengan lompat parti ialah Alias Abdullah ADUN Alor Limbat.

Alias Abdullah disebut sebut sebagai Menteri Besar Terengganu baru, tetapi tidak mendapat persetujuan pihak PAS yang masih mahu supaya pesuruhjaya negeri Datuk Harun Taib dilantik sebagai MB baru jika rancangan lompat parti berhasil.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin UMNO negeri kini masih dalam kedudukan kukuh walaupun terdapat perselisihan faham dalaman.

Katanya, segala penyelesaian terhadap isu berbangkit sebenarnya dilakukan secara senyap dengan pihak-pihak atau personaliti tertentu untuk penambahbaikan.

“Keadaan sekarang amat jauh berbeza dengan dulu dan walaupun demikian saya akui memang ada perkara yang perlu ditangani lagi demi kebaikan parti,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang menyatakan kesediaan membantu menyelesaikan beberapa isu berbangkit dalam kepimpinan UMNO negeri.

Hishammuddin berkata, masalah yang berlaku sebenarnya bukan saja di negeri ini malah beberapa negeri lain pun ada masalah dalaman dan semua dapat diselesaikan,
Mengenai ketidakhadiran beberapa ahli Exco kerajaan negeri, beliau berkata, mereka mungkin mempunyai beberapa program lain di kawasan masing-masing.

Katanya, ini bukan menjadi masalah kerana yang penting sokongan semua pihak dalam menjayakan program yang diatur.

Kesimpulanya gelora UMNO Terengganu yang tidak menjadi kebimbangan UMNO Malaysia itu, tetapi kelihatan geloranya semakin besar dan membahayakan.

No comments: