KUALA LUMPUR 25 Sept. - Kerajaan bersetuju untuk menyuntik dana tambahan sebanyak RM2 billion bagi Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS) yang dilaksanakan oleh Bank SME, sebuah agensi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Suntikan itu dilakukan setelah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.
MITI dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, suntikan tambahan itu akan dilakukan melalui pemindahan dana dari Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri (IRLGS) kepada WCGS.
Jelas kenyataan itu sehingga 16 September lalu, kelulusan yang telah dikeluarkan bagi skim WCGS adalah sebanyak RM130,095,601.15 melibatkan 51 pemohon.
Manakala Bagi Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri (IRLGS) pula sebanyak RM63,376,200.00 melibatkan 11 pemohon.
Jelas MITI, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamed amat berpuas hati dengan perkembangan terbaru ini.
"Beliau memohon agar syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana mengambil peluang yang telah diberi oleh (PKS) Kerajaan untuk mengukuhkan modal kerja mereka dan meningkatkan operasi serta keluaran syarikat.
"Para usahawan PKS yang berminat untuk memohon skim ini melalui Bank SME boleh menghubungi mana-mana cawangan bank untuk mendapatkan keterangan lanjut,'' ujar kenyataan tersebut.
Di dalam program pakej rangsangan ekonomi kedua, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi skim jaminan termasuk WCGS untuk menggalakkan pinjaman bank terutamanya kepada PKS.
Skim WCGS ini membolehkan syarikat Malaysia dari semua sektor ekonomi yang mempunyai pegangan ekuiti kurang dari RM20 juta untuk mendapatkan pinjaman dari bank.
Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah dari RM50,000 hingga RM10 juta bagi kegunaan modal kerja dengan jaminan kerajaan sehingga 80 peratus daripada jumlah pinjaman.
komen:
Mendapatkan sambutan yang menggalakkan ke atau pemimjam tidak membayar pimjaman sepertiamana yang berlaku pada Bank bumiputera dan Bank Islam suatu ketika dahulu.
Pemimjam yang terdiri daripada orang UMNO yang kononnya untuk membuat pelaburan dan membina rumah di luar negara yang akhirnya terbengkalai wang leasp entah kemana.Bak bumi mampus terpaksa diambilalih.
Ini juga pasti kerja orang UMNO yang sengaja dan berniat mahu membunuh bank SME selepas membunuh bank bumi putera dan bank Islam. Sebab itu kerajaan terpaksa suntik RM 2 bilion. Macam Bank bumi dijual kepada bank yang kecil.Jika itulah kerja orang UMNO maka tunggulah masa dan ketikanya termasuk negara juga turut tergadai.
1 comment:
Memang itulah kerja orang UMNO, termasuk mengkhianati bangsa sendiri setelah diberi amanah memerintah negara.
Cakap bukan main sedap rakyat didahulukan, wal hal kepentingan peribadi diutamakan.
Sebab itu apa apa pakej rangsangan ekonomi yang diluluskan sebanyak RM 67 bilion itu bukan untuk tolong rakyat, tapi untuk khianati rakyat.
Lepas suntik, suntik wal hasil masuk perut sendiri dan kroni kroni.
RM 67 bilion entah kemana projek itu entah kemana. Tutup lubang gali lubang akhirnya terkorban apa sahaja.
Post a Comment