Monday, December 14, 2009

kemuncup punca PAS kalah di Terengganu

Datuk Seri Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang, pernah berkata dalam ucaputama bertempat di Markaz Tarbiyah Kubang Lembek pada tahun 2004 yang sama seerti dengan Ucapan pesuruhjaya PAS Datuk Ustaz Haji Harun Taib di pertemuan dengan blogger di sebuah restoran di Kuala Terengganu baru baru ini.

“Jangan Hirau Kemuncup di Jalanan”- “kalau hendak sumbat gol jangan peduli kemuncup”.

Kedua dua perkataan itu bermaknanya sama sahaja yang mana boleh diertikan jangan hairau dengan kemuncup yang tertusuk pada seluar panjang yang dipakai pemin bola sepak.Atau pada seluar (pakaian) yang dipakai oleh para pemimpin PAS dan ahli ahli serta penyokongnya.

Kemuncup sejenis benda yang walaupun tidak merbahaya, tetapi ia membuat kita tidak selesa apabila terkena pada seluar yang kita pakai. Sebab itu apabila hendak diadakan perlawanan bola sepak padangnya mesti bersih agar jangan ada sebatang pun pokok kemuncup.

Mengapa? Pasti ada sebab musababnya. Barangsiapa pernah bermain bola sepak mereka pasti tahu jika kemuncup yang tertusuk pada seluar jika mereka pakai seluar panjang. Jika mereka pakai seluar pendek sudah tentu kemuncup itu terlekat pada setokinnya.

Kemuncup memang tidak merbahaya tetapi menyakitkan sehingga membuat sesiapa sahaja tidak selesa dalam perlawanan bola sepak njika tertusuk mencup pada seluar dan setokin.

Kalau kita tidak hairau dengan memuncup yang sentiasa ada dalam perjuangan PAS sudah barang tentu suatu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan, kerana Saidina Omar RA pernah berkata, selagi ada maksiat selagi itu ia tidak akan mencapai kemenangan.

Bagi saya kemuncup dalam perjuangan ialah “maksiat” yang dilakukan oleh para pemimpin dan ahli ahli PAS yang barangkali masih tidak disedari hingga kini.termasuk masih ada yang mengamalkan riba dengan alasan tak apa.

Tidak hairau dengan kemuncup dijalanan atau dipadang bola sepak bermakna tidak ambil berat dengan maksiat yang berlaku atau dengan kata lain masih ada para pemimpin yang melakukan maksiat miskipun kecil.

Maksiat adalah suatu dosa.Baik yang besar maupun yang kecil, ia tetap dosa pada Allah dan manusia. Walaupun ia dosa kecil, tetapi kata Saidina Omar RA, dia akan menjadi besar jika terus terusan dilakukan. Dia juga akan jadi dosa besar jika berkata, ah…tak apa, dia hanya dosa kecil sahaja.

Saya tidak tahu mengapa Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Harun Taib tergamak berkata demikian. Apakah yang motif sebenar. Hendak katakana mereka bergurau tak mungkin, kerans sorang pemimpin dilarang bergurau, kerana umum menyangka ia suatu reality.

Main bola sepak pasti ada gangguan jika tertekat kemuncup. Apatah lagi dalam perjuangan Islam yang memerlukan integeriti supaya undi dan sokongan rakyat yang beragam dan punya pelbagai latarbelakang geografi dapat diraih.

Bagi saya tersangat malang apabila seorang pemimpin PAS berfahaman demikian yang mungkin ada kaitan dengan faham “pragamatifisme” yang sangat bercanggah dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Yang peliknya kita benci dengan faham pragamatif, tetapi kita mengamalkannya sama macam UMNO yang jadikan fahaman pragamatifisme itu sebagai pegangan untuk mendapat undi dan sokongan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Faham prgamatif ialah mengikut kehendak satu satu kaum dan satu satu agama agar dapat memuaskan hati semua rakyat pelbagai kaum, termasuk melesenkan arak ,judi dan hiburan yang melalaikan miskipun itu adalah maksiat.

Kalau Umno yang buat tidak mengapalah kerana parti mereka bukan parti Islam, tetapi Jika PAS yang buat amat malangnya kerana dasarnya adalah Al Quran dan Hadis.

2 comments:

Ibnuqalil said...

Salam,

Bg ana kemuncup dlm perjuangan ni bukannya maksiat yg dilakukan oleh pemimpin lebih2 lagi ahlinya seperti anta dan ana tp halangan2 yg kecil dan remeh yg mengganggu gerak kerja kita. Ana saran nta baca buku Kemuncup Dalam Perjuangan oleh TGNA. Nta salah memahami ape yg hendak disampaikan oleh TGHH dan Ustaz Harun. Mereka senada dengan TGNA. Nasihat ana, bersangka baiklah pd ulama dan pemimpin Islam. Wallahua'lam.

ana said...

Abai perkara remah temahlah yang membuat para pemimpin PAS tidak kosisten.

banyak perkara yang dilakukan semacam ikut hawa nafsu yang dilarang oleh Allah dan Rasulullah SAW.

Ulamak pas jadi bisu apabila berdepan dengan ahli ahlinya yang makan riba.