Saturday, August 29, 2009

Kerajaan Terengganu pernah digelar lebih teruk dari Yahudi

Sesungguhnya memang tidak wajar negeri Terengganu darul Iman di gelar sebagai lebih teruk dari kerajaan Yahudi.

Kerajaan Yahudi sememngnya wajar digelar zalim, kerana telah meroboh rumah rakyat Palestin dengan sewenang wenangnya.

Bukan setakat itu sahaja, malah setakat ini sudah satu juta rakyat Palestin dibunuh dengan kejam sekali.

Rasanya ramai yang sedia maklum dengan tajuk rencana saya ini. Lebih lebih lagi mereka yang terbabit dengan urusan masing masing.

Kerajaan Terengganu semasa diterajui oleh Datuk Idris Jusoh (2004-2008) tidak se kejam yang diperlakukan oleh Yahudi terhadap rakyat Palestin sejak (1948 hingga kini).

Begitu malangnya nasib sebuah negeri Terengganu Darul Iman yang sering dituduh demi dituduh ternasuk telah digelar sebagai negeri yang teruk macam Yahudi.

Datuk Ahmad Said, ketika Mohd Abdul Wahid Endut menyatakan bahawa kerajaan Terengganu lebih teruk dari Yahudi tidak lama dahulu naik berang. Pendek kata ini tidak diterima sama sekali.

Beliau begitu marah dan tergamak mengeluarkan kata kata ”jahat tu Yang di Pertua” terhadap YB Mohd Wahid Endut. mereka berdua bertikan lidah, termasuk mencabar untuk membuat perhitungan seorang lawan seorang di mana mana sahaja.

Kebetulan Ahmad said seorang EXCO kanan dan bertanggung jawab mempertahankan kerajaan yang diterajui Idris Jusoh dari dituduh sebagai kerajaan yang teruk macam Yahudi.

Siapa yang tidak naik berang dengan gelaran seumpama itu, sedangkan tindakan meroboh masjid di Kampung Bujal Kemaman yang dibina diatas tanah kerajaan yang berstatus TOL yang ditamatkan.

Pihak menganggap tindakan meroboh sebuah mesjid dan beberapa buah rumah yang didirikan atas tanah lot yang diberikan oleh Kerajaan PAS (1999-2004) wajar, manakala rakyat pula menganggap tindakan seumpama itu adalah zalim.

Tindakan kerajaan tempatan meroboh masjid Bujal kemaman tempoh hari itu dilakukan atas prosedur yang betul, tetapi dinilai oleh YB Mohd Abdul wahid Endut sebagai tindakan yang zalim, kerana mesjid rumah Allah dan rumah rakyat turut di roboh dengan semahu mahunya.

Yang peliknya penyokong Umno diberi geran kekal, manakala penyokong PAS ditarik balik lesen menumpang semantara (TOL) dan tidak diberi pelaung langsung. malah hampir semua tanah lot TOL ditarik balik dan tidak dibenar lagi untuk membina rumah.

Malangnya jika dibina juga rumah rumah akan diroboh dengan notis yang dikeluarkan oleh pihak penguasa tanah setiap daerah.
Kini kedengaran sekali lagi bahawa kerajaan Terengganu Darul Iman yang diterajui oleh Ahmad Said sendiri pula di gelar sebagai kerajaan yang lebih teruk dari ”ah long”.

Ini mesti ada yang tidak kena. Kalau tidak mana mungkin keluar perkataan seumpama itu dihala terhadap kerajaan Ahmad Said.

Teruknya kegiatan Ah long membuat pihak Polis akan terus memburu semua ahli kumpulan itu yang melarikan diri ke luar negara selepas lima ketua kumpulan sindiket pinjaman haram itu diberkas, tidak lama dahulu.

Menteri Dalam Negeri yang juga pengerusi Badan Perhungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau telah mengingatkan Polis Johor supaya menggunakan rangkaian hubungan luar negara untuk membantu mengesan ahli kumpulan tersebut.

“Kita mempunyai hubungan baik dengan negara ASEAN, polis antarabangsa (Interpol) dan hubungan dua hala dengan negara luar. Walaupun mereka boleh melarikan diri tetapi tidak boleh bersembunyi, katanya.

“Kita serius bagi memastikan jenayah yang boleh menjejaskan keharmonian dan keselesaan rakyat jelata ini diperangi tanpa sekatan sempadan sesebuah negara,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin mengumumkan kejayaan polis menahan lima ketua ah long termasuk seorang bergelar
Datuk yang terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman secara haram.

Ekoran daripada penangkapan itu, kebanyakan ahli sindiket lima kumpulan itu dikesan melarikan diri ke luar negara.

Hishammuddin berkata, kenyataan yang dibuat oleh Mohd. Bakri itu merupakan satu petanda baik bagi pihak berkuasa di negara ini untuk mengatasi jenayah tersebut dengan lebih serius.

“Sejak kebelakangan ini juga, banyak kes berprofil tinggi berjaya diselesaikan pihak polis dan ia merupakan satu petanda positif kepada usaha kerajaan memerangi jenayah di negara ini,” katanya.

Penulis diberitahu bahawa kerajaan Terengganu lebih teruk dari ah long yang menjalankan kegiatan pinjaman haram dengan faedah yang tinggi sedang diburu oleh kerajaan sebagai langkah membenteras kegiatan jahat itu.

Anda mungkin sudah maklum dengan isu itu, kerana tidak lama dahulu Ahmad Said pernah meminta rakyat berhenti membenci kerajaan.

Anda juga sedia maklum bahawa kerajaan Terengganu pernah disebut sebagai kerajaan zalim, kerana menafikan kalangan rakyat yang berhak menerima bantuan, termasuk bantuan atap, bantuan duit raya.

Pendek kata hampir semua rakyat yang layak menerima bantuan dinafikan haknya, manakala yang tidak layak diberi segala bentuk bantuan asalnya mereka sah sebagai penyokong UMNO .

Kalau sebelum ini kerajaan pernah dituduh sebagai zalim sudah barang tentu tuduhan lebih teruk dari ah long juga pasti ada asasnya.

mengapa tidak? Ini memeranjatkan rakyat yang tidak membayar cukai tanah milik kekal diseluruh pelusuk negeri.

Masakan tidak? Sebidang tanah luas 3.0183 hektar yang cukai hasilnya sebanyak RM 62 .00 satu tahun dan tidak dibayar selama 46 tahun (1962-2004) dan jumlah cukai yang perlu dibayar sebanyak RM 1,977.00.

Tanah tersebut dikenakan tunggak denda sebanyak RM 6,436 jumlah yang perlu dibayar ialah sebanyak RM 8,475.20 dicampur cukai tanah semasa sebanyak RM 62.00 jumlah besarnya ialah sebanyak RM 8,500.20.

Malang bagi rakyat Terengganu, kerana dibebankan dengan tunggakan denda yang begitu tinggi. Tidakah tindakan serumpama itu membebankan dan Ahmad Said harus fikir semula. Kalau tidak buruk jadinya, termasuk betapa buruk kerajaan yang menggunakan cogan kata rakyat didahulukan.

Monday, August 24, 2009

Ahmad Said tidak bimbang pelajar tahun lima layari bahan lucah

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad said berkata dia tidak bimbang dengan kes pelajar tahun lima melayari bahan lucah apabila diberi e-book.

Walaupun jelas dan nyata telah berlaku salahguna? salahlaku pelajar yang diberi e-book – e- book akan terus diberi juga, kerana kes pelajar yang melayari bahan lucah hanya kecil sahaja. Cuma empat kes sahaja setakat hari ini.

Barangkali ibubapa juga tidak bimbang dengan kes itu, asalkan anak anak mereka dapat e-book percuma dari kerajaan. Inilah sikap sesetengah ibubapa yang mata duitan.

Yang bimbang dengan kes itu hanya bagi ibu bapa yang tidak mendapat e-book, manakala yang dapat berbangga dan gembira walapun sudah jelas berlaku salah laku.

Inilah menteliti ibu bapa bangsa Melayu.Demikian juga menteliti seorang Menteri Besar Melayu yang diberi amanah untuk menerajui negeri minyak ini.

Begitulah sikap Ahmad Said apabila berhadepan dengan kes pelajar melayari bahan lucah.

Bagi beliau itu bukan suatu yang membimbangkan.Wal hal itulah merupakan suatu proses menggalakkan generasi muda mudah terjebak dengan gejala yang tidak sihat.Lebih lebih lagi pelajar tahun lima yang berusia 11 tahun memang tidak matang.

Menang betul sepanjang pelajar tahun lima dibekalkan e-book hanya empat kes sahaja yang berlaku. Itu yang dapat dikesan. Mungkin banyak lagi kes yang tidak dapat dikesan kerana tidak mendapat pantauan ibu bapa dan guru guru.

Sama juga dengan kes pembabitan penagihan dadah dikalangan pelajar di negeri Terengganu yang semakin hari semakin meningkat itu.

Penglibatan para pelajar di negeri Terengganu dengan gejala sosial penyalahgunaan dadah dan seks bebas adalah amat membimbangkan.

Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) Encik Azmi Abdullah mendedahkan, seramai 106 orang penagih baru dikesan sepanjang bulan Januari hingga April, 2009.

Beliau berkata agensi tersebut telah membuat ujian air kencing keatas para pelajar diseluruh negeri Terengganu dan mendapati seramai 3650 orang pelajar adalah positif menggunakan dadah.

Dari jumlah tersebut katanya, seramai 59 orang adalah dikategorikan sebagai penagih dan 39 daripadanya mengalami ketagihan pil kuda.

Apakah guru guru tidak bimbang dengan statastik itu. Apakah pihak kerajaan juga turut tidak bimbang dengan gejala penagihan dadah di kalangan pelajar yang sangat membimbangkan.

Apa sudah jadi dengan pelajar sekolah menengah kini.

Kita nampak kebanyakan Ibubapa di Terengganu sudah mengidap pelbagai penyakit, termasuk mengidap penyakit bimbang, kerana sudah ada kes pelajar membunuh ibubapa atas sebab enggan memberikan wang yang diminta.

Mengapa terjadi demikian? sudah tentu tidak lain dan tidak bukan adalah hasil daripada para guru, terutama guru besar dan pengetua sesebuah sekolah tidak bimbang dengan pelajar yang terbabit dengan dadah.

Ada pengetua yang marah apabila kes ini dilapor dan perbesar besarkan atas alasan ianya kecil sahaja dan tidak membimbangkan. Sekarang ini, apa sudah jadi. Penagihan dadah kalangan pelajar semakin hari semakin meningkat.

Sikap tidak apa, biarkan yang ditunjukkan oleh Ahmad Said dalam kes pelajar tahun lima melayari bahan lucah suatu yang sangat dikesali, kerana perkara ini walaupun kecil, ia akan menjadi besar dan harus dipandang ringan.

Sikap tidak apa biarkan yang ditunjukkan oleh menteri besar Terengganu terhadap pelajar tahun melayari bahan lucah, seolah olah macam ada udang disebalik batu.

Barangkali Ahmad said lupa dengan ayat Allah surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud: ” Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang orang yang berjaya”.

Beliau sewajarnya menghentikan pemberian e-book kepada pelajar tahun lima kerana mereka belum matang.Lebih lebih lagi sudah jelas nyata berlaku salahlaku melayari bahan lucah.

Penulis tidak faham dengan sikap Ahmad Said mengenai kes itu. Mengapa beliau beria ia sangat melaksanakan projek yang boleh membahaya pelajar. Lebih lebih lagi sudah nyata sudah ada kes yang walaupun kecil dan terpencil.

Sikap ini samalah dengan sikap yang ditunjukkan oleh pihak polis terhadap keselamatan rakyat di negara ini.Pihak polis tetap mengatakan rakyat dijamin selamat hatta berjalan seorang diri di Bukit Bintang atau Lembah Kelang.

Sesetengah mengatakan rakyat sudah tidak selamat lagi menghuni negara ini hatta disekolah sekalipun. Guru guru yang diberi amanah untuk mendidik anak bangsa sudah ada kes mencabul dan merogol pelajar sekolah masing masing.

Pihak polis pernah sebut kes kes seperti ragut, bunuh, rogol, samun, dan rompak masih kecil dan tidak membimbangkan. Memang pihak polis memang tidak bimbang dengan kes yang berlaku kerana anggotanya ada senjata.

Tidak lama dahulu daripada 59 orang yang dipanggil, 39 orang telah hadir yang terdiri dari mereka yang positif pil kuda,

Inilah yang sedihnya, dalam sesi kaunseling yang diadakan, mereka mengaku telah melakukan hubungan seks, dalam usia baru tingkatan empat dan tingkatan lima,

Perkara Ini telah dijelaskan oleh pihak polis Forum Gejala Sosial yang dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEP) di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah,Kuala Nerus baru baru ini.

mereka yang terlibat bukan sahaja dikalangan golongan rendah dan sederhana, namun ada anak seorang Ekskutif yang bergaji RM20,000 sebulan turut ‘kantoi’ dalam penagihan pil kuda.

Mengulas gejala yang melibatkan Mat Rempit dan lumba haram bahawa gelaja merempit ini sukar untuk dibenteras, kerana tidak mendapat kerjasama dari ibubapa. Lebih lebih lagi pelakunya turut terlibat dengan dadah dan arak.

Apakah akan berlaku jika seorang Menteri Besar tidak mengambil kira apa yang telah berlaku dengan Rempit sebagai contoh, mereka didapati dipengaruhi oleh arak dan dadah serta menggunakan pil kuda dengan sewenang wenangnya.

Sebab itu mereka boleh bertindak ganas, kerana dadah itu boleh menyebabkan dia jadi berani dan tak takut langgar polis, walaupun polis ada pistol,

Kejatuhan moral dan akhlak pelajar dan remaja yang terlibat dengan gejala sosial sekarang ini begitu teruk dan sungguh membimbangkan.

Penulis percaya pemberian e-book kepada pelajar tahun lima suatu yang amat bahaya dan berisiko tinggi dalam arena pendidikan negeri Terengganu. Bahkan ia tidak ubah macam kita mengharap ”tikus membaiki labu” atau memberi ”bunga kepada kera”.

sekian.

Wednesday, August 19, 2009

sedih dengan majlis fatwa kebangsaan

Saya sungguh sedih dengan majlis fatwa kebangsaan Negara yang menafikan kata kata Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa ”orang umno tidak masuk syurga” yang jelas dan nyata ada fakta dan nasnya.

Kita lihat hadis Nabi yang bermasud: ”semua peniaga masuk neraka, kecuali yang beriman dan bertakwa”

Kita lihat pula ayat Allah dalam surah Al Baqarah ayat 275 yang bermakusd: ” Orang orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian disebabkan mereka mengatakan: bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba. Pada hal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa sahaja yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhanya lalu ia berhenti (dari mengambil riba). maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya”.

Ayat ini jelas dan nyata bahawa seiapa yang memakan riba dan terus menerus mengulanginya mereka adalah ahli neraka dan kekal di dalamnya.Allah yang nyatakan sendiri akan akibatnya angkara melakukan yang diharamkan. Bolehkah kita membatalkan hukuman ini. Mungkin boleh, tetapi mereka berada didalam darurat. Apakah sejak dahulu kita berada didalam keadaan darurat?

Oleh itu, itulah amalan orang UMNO sejak dahulu sampai sekarang. Bukan setakat itu sahaja, malah mereka makan rasuah. Semua kontraktor di negara ini terbabit dengan rasuah, iaitu membeli tendar tendar projek. Pada hal makan rasuah itu boleh rosak akidah. Apabila akidah sudah rosak sudah tentu tidak masuk syurga, kecuali beriman dan bertakwa semula. beriman dan bertakwakah mereka yang mengamalkan riba dan rasuah?

Kita tidak nafi syurga itu adalah hak Allah dan masuk syurga itu adalah dengan izin Allah sepertimana di nyatakan oleh Datuk Harun Taib, ketua Dewan ulama’ PAS pusat itu.

Namun demikian apa yang dinyatakan oleh Datuk Nik Abdul Aziz itu ada nas yang harus kita yakini bahawa orang orang yang makan riba jika tidak berhenti mereka adalah ahli neraka dan kekal didalamnya.

Ini adalah keterangan yang nyatakan. Jika tidak menolak maka kita tidak beriman dengan Al-Quran. Apa kata Allah jika tidak beriman dengan Quran? Atau kita cuba ketepikan ayat Allah ini supaya orang yang makan riba terus nerus mengulanginya.Atau hendak jaga hati para pemimpin yang lantik kita duduk ditempat yang kita ada sekarang?

Jika Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia menafikan ayat ayat Allah sah usaha itu seolah olah menggalakkan orang orang yang makan riba mengulanginya sampai akhir hayat sepertimana yang berlaku terhadap orang umno sejak dahulu sampai kini.

Betul masuk syurga dan neraka itu hak Allah dan berlakunya pasti dengan izinnya, tetapi Allah telah memberi peringatan dengan sejelas jelasnya dan senyata nyatanya bahawa ”berbohong” itu juga masuk neraka bermakna tidak masuk syurga. Apa tah lagi yang terbabit dengan riba dan rasuah.

Bolehkah kita halalkan riba dan halal rasuah. Allah nyatakan riba rasuah itu haram dan sesiapa yang mengambilnya jika tidak berhenti mereka adalah ahli neraka dan kekal didalamnya.

Berjuang diatas landasan yang salah juga tidak masuk syurga. Tidak kira PAS ke. Jika berada diatas landasan yang salah juga tidak masuk syurga, walaupun syurga itu hak Allah yang maha penyayang dan maha pengasih.

Saya sungguh sedih dengan usaha majlis fatwa Kebangsaan yang seolah olah mengiakan benda yang salah terus menerus berlaku didalam UMNO. Sewajarnya yang salah itu diperbetulkan agar perjuangan yang diperjuangkan selari dengan kehendak ajaran Islam.

Membiarkan orang orang Umno makan riba dan rasuah, dosanya sama dengan orang yang memakannya. Demikian juga orang yang menulis apa apa perkara mengenai riba dan rasuah. Harap dijuahkan segala itu.

Monday, August 17, 2009

Tahniah SPRM kerana tegas

Tahniah pada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana tegas dan akan meneruskan siasatan terhadap kes rasuah membabitkan ahli politik.

Tahniah juga apabila penyiasatan yang membabitkan orang politik kerajaan nama tidak diumumkan manakala yang membabitkan orang politik pembangkang bukan sahaja namanya diumumkan Tapi disahkan mereka itu ada kes dan buktinya sekalinya.

Inilah keadilan yang dilakukan oleh SPRM sehingga membuat jadi haru biru.Lebih lebih lagi telah dilipatgandakan usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Selangor.

Berusahalah bersungguh kerana setiap yang hidup akan mati.

orang politik pembangkang disiasat walaupun tidak ada aduan, manakala orang politik kerajaan tidak disisat miskipin ratusan aduan diterima.

Seperkara lagi, orang politik pembangkang disiasat dan dijatuhkan hukuman manakala orang politik kerajaan dibebaskan setelah dibicarakan.

Tahniah juga di ucapan kerana telah menjalankan siasatan terhadap ahli politik tidak kira kerajaan atau pembangkang.Tidak tunduk dengan desakan walaupun sering dilempar pelbagai tuduhan negatif. Mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengganggu siasatan SPRM. Menganggap negara akan menjadi huru-hara jika siasatan dihentikan.

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bertekad untuk terus menjalankan siasatan kes rasuah membabitkan ahli politik di negara ini.

Ini bermakna, SPRM tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan dalam melaksanakan tugas, walaupun sering dilemparkan dengan pelbagai tuduhan negatif.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menegaskan, pihaknya akan tetap menjalankan siasatan terhadap ahli politik tidak kira kerajaan atau parti pembangkang.

‘‘SPRM juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang dilihat mengganggu siasatan sesuatu kes rasuah dan penyelewengan,’’ tegas beliau.

Ahmad Said dalam hal ini, mengalukan-alukan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam yang mahu suruhanjaya itu lebih berani menjalankan siasatan rasuah melibatkan ahli politik.

Beliau percaya sekiranya siasatan ke atas sesuatu kes rasuah itu dihentikan, maka negara akan menjadi huru-hara.

Tegas beliau, pihaknya tidak pernah ‘memilih bulu’ dalam menjalankan siasatan sama ada melibatkan ahli politik atau masyarakat biasa.

‘‘Apa istimewanya ahli politik. Jika mereka dan orang awam melakukan rasuah, kedua-duanya akan disiasat mengikut peraturan dan undang-undang yang sama.

‘‘Segala yang dilakukan SPRM adalah mengikut undang-undang. Dalam siasatan, kita tidak berat sebelah. Kita akan siasat semua ahli politik tanpa mengira pembangkang atau kerajaan,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Hishammuddin meminta SPRM berani berhadapan dengan cabaran, bukan melepaskan tanggungjawab dengan tidak menyiasat individu yang melakukan kesalahan rasuah kerana tekanan politik.

Katanya, tujuan utama SPRM ditubuhkan bagi memastikan gejala rasuah sama ada di kalangan orang biasa, wakil rakyat mahupun pembangkang dan kerajaan serta menteri disiasat dengan telus dan adil.

Kelmarin, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull melahirkan rasa kecewa dengan pakatan pembangkang yang berterusan membuat tuduhan tidak berasas terhadap suruhanjaya itu apabila pemimpin mereka disiasat atas dakwaan rasuah.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya mencadangkan semua siasatan melibatkan ahli politik ditangguhkan sementara berkuat kuasa serta-merta.

Tambah Mohd. Shukri, cadangan itu dibuat kerana ada beberapa pihak yang cuba menjejaskan kredibiliti SPRM dengan membuat tuduhan tidak berasas dan kejam terhadap suruhanjaya termasuk para pegawainya.

Dalam hal ini, Ahmad Said menegaskan pihaknya tidak mempedulikan kecaman daripada parti pembangkang dalam siasatan sesuatu kes.

Inilah senjata mujarab parti pemerintah untuk menjatuhkan kerajaan yang diperintah oleh pembangkang.Perak sudah, Selangor tunggu masa sahaja, manakala Kedah sedang diushakan.Lakukan semantara ada kuasa.

Saturday, August 15, 2009

Cari jalan mudah untuk tukar Menteri Besar Terengganu

Sekiranya orang Datuk Idris Jusoh benar benar hendak tukar Menteri Besar Terengganu senang sangat.Ia mudah kalau mahu. Yang membuat payah ada yang tidak setuju.

Jalan undi tidak percaya terhadap Ahmad said, jalan yang payah dan tak mungkin berjaya. Percayalah.

Bayangkan, Speaker Tengku Putera Tengku Awang orang Ahmad Said, sudah tentu usul yang dikemukakan ditolak bulat bulat.

Jalan mudah dan senang Idris Jusoh orangnya seramai 10 orang itu lompat sahaja ke parti keadilan rakyat.

Maka sebelas orang Adun yang lompat itu dicampur dengan 8 Adun PAS jumlahnya 19 dan lawan 13 orang Adun Umno sudah tentu jatuhlah kerajaan yang diterajui Ahmad Said.

Apabila jatuh maka terbentuklah kerajaan baru atas nama pakatan rakyat, dan bolehlah tukar Menteri Besar lain.

Soal siapa menteri besar kerajaan pakatan rakyat tidak harus ada prejudis satu sama lain. Jika ada prejudis satu sama lain akan jadi cerita lain pula.

Datuk Rosol Wahid yang barangkali punya cita cita untuk jadi menteri besar itu jangan bermimpi disiang hari, kerana sultan Terengganu memang tidak suka dengan perangainya.

Jadi soal siapa jadi menteri besar harus diserahkan kepada perkenan Al Sultan siapakah yang Tuanku mahu.Kena ikut Sultan baru jadi mudah menubuhkan kerajaan.

Ini belum apa apa lagi sudah tuduh PAS keras , sombong dan angkuhlah. Kalau hendak kerjasama dengan PAS tuduh menuduh ketepikan dahulu. Yang penting usaha bersungguh sungguh untuk jatuhkan menteri besar dan tubuh kerajaan baru.

Cerita DUN Terengganu akan dibubur memang tidak masuk akal.Kemungkinan besar ia Cuma kahbar angin sahaja walaupun pernah disebut oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS tempoh hari itu.

Tapi yang peliknya, cerita DUN Terengganu bubur keluar dari mulut presiden PAS ketika bercakap didepan khalayak ramai yang kadang kadang boleh jadi sumber itu ada asasnya.

Mengapa kita kata begitu, Pertama Ahmad Said memang masih ada hubungan baik dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Demikian juga Datuk Harun Taib yang pernah menyatakan yang dia masih ada hubungan baik dengan Ahmad Said, bukan atas nama membeli dua ekor kambing sahaja.

Jika demikian, pasti ada cerita yang diterima sama ada serius atau tidak itu soal lain pula. Yang kita dengar memang sudah ada kata kata yang keluar dari mulut Ahmad Said yang dia akan bubur DUN, jika ada usul undi tidak percaya terhadapnya.

Tidak mustahil DUN Terengganu dibubur juga jika 10 orang ADUN yang ada ura ura hendak buat undi tidak percaya pada Ahmad Said akan lompat parti pula dalam masa yang terdekat ini.

Bubar DUN adalah merupakan senjata mujarab yang ada pada tangan Menteri Besar agar rancangan menubuh kerajaan pakatan rakyat gagal. Pasti kesemua ADUN yang lompat itu gigit jari kerana tidak dapat jadi calon lagi dalam pilihanraya yang bakal diadakan itu.

Desas desus DUN Terengganu akan dibubar tidak mudah ditolak begitu sahaja, malah ramai yang percaya ia akan berlaku juga apabila kedudukan Ahmad Said tertekan.

Persoalannya apakah kedudukan Ahmad Said dalam masa terdekat ini jadi tidak menentu dek peranacangan 10 adun yang masih tidak puashati dengan tindakan Datuk Hishamuddin Hussin melantik Tengku Putera Tengku Awang sebagai setiausaha, Datuk Ahmad Shabry Cheek sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Rahin Said sebagai bendahari.

Dua perkara yang membuat rancangan 10 adun akan lompat parti dikatakan terbantut, kerana salah seorang adun Kemasik Kemaman, Rosli Othman orang Idris Jusoh, ditahan reman terbabit dengan kes rasuah, tapi sudah bebas.

Lebih lebih lagi Idris Jusoh dikatakan tiada didalam negeri dek menghilangkan diri dikatakan sedang diburu, kerana menyeleweang dan salah gunakuasa sepanjang menjadi Menteri Terengganu dulu..

Akhbar melaporkan yang beliau bukan menghilangkan atau lari tetapi untuk melanjutkan pelajaran PHDnya diluar negara.

Anda mungkin masih belum lupa dengan kes kehilangan wang Eshan sebanyak RM 30 juta suatu masa dahulu. Idris menghilangkan diri selama sebulan dengan alasan melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat dan dipecat sebagai pengerusi wang Ehsan negeri ditukar dengan Datuk Ismail Said.

Kini beliau menghilangkan diri lagi. Mengapa beliau bertindak demikian? sudah tentu ada sebab musababnya. Kalau tidak mustahil beliau sanggup bertindak demikian.

Cerita terbaru yang penulis dengar bahawa Datuk Seri Mohd Najib Razak amat murka dengan Idris kerana masih tidak puashati dengan perlantikan Hishamuddin Hussein sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Bukan setakat itu sahaja malah Hishamuddin di cerca didalam mesyauarat. Manakala diluar pengerusi perhubungan UMNO Terengganu itu di perlekehkan dengan semahu mahunya.

Ada sesetengah pendapat mengatakan Idris Jusoh akan ditahan oleh SPRM bila bila sama sahaja. Kini diburu kerana terbabit dengan penyeleweangan dan salah gunakuasa pada wang dana khas sebanyak RM 7 bilion sepanjang menjadi menteri besar negeri kaya rakyat miskin itu.

Cerita cerita juga, tetapi bagaimana pula dengan rancangan 10 adun yang mahu jatuhkan Ahmad Said itu. Boleh dikatakan setiap waktu mereka mengadakan perjumpaan secara tidak rasmi berbincang pasal rancangan tersebut.

Inilah kaedah mudah untuk tukar menteri besar dan sekaligus tukar kerajaan Umno/BN yang sudah lama tidak boleh diharapkan lagi untuk membela agama, bangsa dan negara.

Ia bukan terhenti setakat itu sahaja, malah mudah pula untuk tukar kerajaan yang diterajaui Datuk Seri Mohad Najib Razak kepada kerajaan Pakatan rakyat.

Sekarang ini sudah ada 34 orang orang MP Umno yang tidak gemar dengan Najib Razak. Namun sangat mudah untuk tukar kerajaan jika mahu. Tak mahu seribu dalih mahu mudah sahaja.

Mengapa cari jalan payah. Bukankah ada jalan mudah yang mungkin tidak sakit kepala dan sakit hati diperlakukan macam angin buruk kepala.

Mengapa tidak? Orang Idris Jusoh dikatakan hendak muntah apabila tengok wajah Ahmad Said. Jadi untuk atasi rasa muak dan hendak muntah itu jalannya tidak lain dan tidak bukan lompat sahaja. Tak mungkin patah kaki. Jangan patah hati sudahlah.

Jangan buat macam songkok yang tetap diatas kepala dan kadang kadang ada juga orang letak diatas kepala lutut. Jangan buat macam kasut dibubuh dikaki sahaja. Ia persis manusia tidak normal

Parti hanya alat untuk manusia bejuang. Apa salah tukar parti dan ambillah parti yang boleh diharap untuk bela agama, bangsa dan negara. Kalau Umno tidak tak boleh buat biar parti lain pula yang buat.

Saya harap fikir dan fikir, agar jadi baik. Untuk jatuh Ahmad Said itulah kaedah yang terbaik dan mudah, tidak pening kepala. Najib sahaja yang pening. Pendek kata semua orang boleh terima.

Cuma hawa nafsu sahaja yang tidak boleh menerimanya. Sultan boleh menerimanya Ahmad Said pasrah sahaja.

sekian............................

Monday, August 10, 2009

Cakap cakap Menteri Besar Terengganu

Orang bercakap kita mendengar, namun pendengaran kita tidak sama dengan pendengaran orang lain.sebab itu berlaku perbezaan pendapat satu sama lain.

Lebih lebih lagi bagi mereka yang tidak jujur pasti lain pula ceritanya. Ada pula cakap pendek dipanjangkan dan yang panjang dipendekkan.

Yang malangnya ada yang di putarbelit dan mengelirukan.

Itu tidak menjadi persoalan sangat, kerana bagi mereka yang suka melaga lagakan masyarakat memang begitulah hakikatnya.

Demikian bagi mereka yang tidak jujur pasti lain pula ceritanya, malah kadang kadang diada adakan serta direka agar ia lebih menarik orang mendengarnya.

bercakap pasal menarik orang mendengar teringat saya dengan cakap Datuk Ahmad Said yang katanya kita akan membangun Kuala Terengganu.Itulah harapan sesiapa sahaja yang jadi ketua kerajaan.

Ramai yang setuju dengan rancangan untuk membangun kuala Terengganu yang sudah bergelar bandaraya warisan persisir Air.Malah sudah banyak wang rakyat di belanjakan.

Memang wajar sangat kuala Terengganu dibangunkan supaya menjadi sebuah bandaraya yang menarik, termasuk menarik dilihat oleh rakyat sendiri disamping menarik pada pihak pelancong luar.

Jangan jadi macam kata Datuk Idris Jusoh bahawa pembangunan yang tidak pernah dilihat sudahlah, alih alih stadium yang runtuh.

Rasa saya sudah banyak wang rakyat di belanjakan untuk dilihat menarik oleh rakyat sendiri dan para pelancong.

Sayang sekali wang rakyat sudah bagitu banyak dihabiskan, tapi bandar kuala Terengganu kelihatan semakin hodoh ketika memandang.

Wajah bandaraya Kuala Terengganu masih lagi berkudis, walaupun berbilion wang rakyat dibelanjakan.

Sejak jalan sehala dibina lalu lintas semakin sesak, malah membuat pengunjung bandaraya itu naik pening kepala.

Kalau dahulu jalan Kamaruddin tidak sesak. Tapi sekarang ini sesak sampai kejalan panji Alam. Demikian juga jalan Sultan Umar yang licin perjalanannya kini sesak macam nak mampus.

Sebelum ini Ahmad Said pernah sebut sebanyak RM 500 juta akan diperuntukan untuk membangun bandaraya Kuala Terengganu.

Wang RM 500 juta sikit apabila dibandingkan dengan wang RM 500 juta yang diperuntukan untuk memdalamkan sungai bandaraya Kuala Terengganu dan RM 700 juta buat benting dari Kuala Ibai hingga ke Tanjung Kapor.

Apalah sangat dengan wang sebanyak RM 500 juta jika dibandingkan dengan Wang RM 7 bilion dihabiskan oleh Idris Jusoh sehingga layak negeri Terengganu dilabelkan sebagai negeri maju konon?

Anda mungkin sudah dengar cakap cakap Ahmad said pasal hendak membangun Kuala Terengganu.

Anda juga sudah dengar berapakah kos sebenar yang diperuntukan? Apa sudah jadi dengan pembangunan Teluk Warisan yang kelihatan macam gali lubang tutup lubang penyebab pembaziran.

Bukan itu sahaja malah kawasan sekitarnya membuat sakit mata memandang akan pembangunan itu. Sudahlah wang rakyat begitu banyak dihabiskan hasilnya tidak sampai kemana.

Apa sudah, sedang dan akan jadi dengan cadangan hendak meningkat pendapatan mereka yang berpendapatan rendah.

Rakyat yang jual kerepok lekor, rakyat yang jual nasi dagang dan rakyat yang jual pisang goreng pergi mari duduk macam itu juga. Malah tidak kurang yang merunggut akan perihal masa hadepan yang masih gelap.

Yang saya dengar mungkin tidak sama dengan apa yang anda dengar. Ahmad Said ada cakap akan membina tempat tempat berniaga untuk tolong rakyat.terutamakan sekali orang melayu yang saya nampak menjadi lebih susah dan kecewa?

Persoalan yang timbul sekarang apa sudah jadi dengan kompleks perniagaan milik SEDEC berdekatan dengan terminal Bas. Ia masih kosong. Kenapa? ada yang tahu mengapa jadi begitu.Tapi ada yang tidak tahu.

Ia kosong kerana sewanya mahal dan tidak mampu disewa oleh rakyat berbangsa Melayu miskipun lokasinya pasti strategik.

Kalau Zaman Idris Jusoh menjadi Menteri Besar Teluk Warisan yang dibangun dengan wang rakyat diserah kepada pihak Swasta dan nasib baik sudah diambil balik oleh Ahmad Said.

Anda barangkali merasa pelik apabila dengar akan cakap cakap Ahmad Said bahawa kerajaan akan buat beberapa hotel di bandaraya ini yang mungkin akan diserah kepada pihak swasta apabila siap nanti.

Saya dapat buat kesimpulan bahawa pembangunan bandaraya Kuala Terengganu yang dicakapkan oleh Ahmad Said itu tidak lain dan tidak bukan ialah untuk membina hotel hotel bertaraf lima bintang.

Ini jelas dan nyata bukan untuk menolong rakyat yang masih tidak terlepas dari belenggu kemiskinan.Pokok pangkalnya untuk tarik pelancong dan menghalau orang melayu berhijrah kependalaman.

Nampaknya pelancong diutamakan. Mana perginya rakyat didahulukan.

Cakap cakap juga. membangun membangun juga tetapi jangan lupa dengan status qua orang Melayu.

Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu jadi mangsa pembangunan negara dan negeri yang dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah.

Ahmad Said kena ingat bahawa UMNO membela nasib orang Melayu.Jika membangun Bandaraya Kuala Terengganu ikut kehendak pemimpin sudah tentu orang Melayu akan jadi mangsa dan terpinggir.

Apa akan jadi dengan orang Melayu Kampung Paya Keladi dan lorong Jamil, jika kawasan itu nanti akan dibangunkan. mampukah orang Melayu membeli bangunan yang dbina dengan harga Juta ringgit satu lot itu.

Saya amat bimbang dengan pembanguan yang akan dilaksanakan nanti, kerana orang Melayu kurang mampu berbanding dengan orang China. Lebih lebih lagi pembanguan yang yang dicakap itu jelas dan nyata tidak seimbang dengan kemampuan orang Melayu.

Apa akan sudah dengan orang Melayu yang tinggal dikampung Ladang, Tanjung Kapur Batas Baru. jika pembangunan yang akan dilaksanakan nanti ikut kehendak para pemimpin sahaja mungkin Orang Melayu Bandaraya Kuala Terengganu akan jadi pengemis di bumi sendiri.

Betul kerajaan yang memerintah sekarang hendak bantu dan tolong orang Melayu, tetapi sejauhmanakah ia menjadi kenyataan yang Melayu tidak menjadi mangsa pembangunan yang dilaksanakan itu.

Yang pasti orang Melayu Kampung Paya Keladi akan menjadi mangsa korban pembangunan yang dikehendaki mereka Menteri Besar dan EXCO EXCOnya sahaja.

Ambillah pengajaran lepas agar orang Melayu tidak hilang di dunia dan tidak menjadi mangsa di bumi Melayu.

sekian..........................................

Thursday, August 6, 2009

Mengapa benci pada Kerajaan Terengganu?

Sebut sahaja benci bermakna timbulnya rasa tidak puashati dari seseorang atau satu pihak kepada pihak yang lain.

Benci juga menandakan betapa marahnya seseorang kepada seseorang dan marahnya satu pihak kepada pihak lain.

Namun begitu tidak hairanlah jika rakyat Terengganu benci pada kerajaan yang memerintah sekarang.

Rakyat benci pada kerajaan, bermakna benci kepada orang yang menjadi peneraju yang barangkali pernah tidak berlaku adil terhadap sesuatu puak yang dinafikan haknya.

Datuk Ahmad Said, sebagai peneraju kerajaan sekarang punya hak meminta supaya pihak yang benci dengan kerajaan hendaklah berhenti membenci kerajaan.

Bagaimana pun puak yang membenci itu ada sebab musabab dan hak untuk terus membenci kerajaan atas sebab pernah dizalimi.

Sebagi contoh, rakyat yang menyokong PAS sewajarnya diberi wang raya apabila tiba waktunya.

Malangya penyokong yang layak dinafikan haknya yang seolah olah mereka macam rakyat asing. Pada mereka bayar pelbagai cukai yang dikenakan oleh pihak pemerintah.

Siapa tidak marah apabila dilayan macam anak tiri dalam suatu keluarga.

Inilah yang harus difahami oleh Menteri Besar yang meminta rakyat berhenti membenci kerajaan yang diterajuinya.

Sejak Terengganu bertukar menteri besar dari tangan Datuk Seri Idris Jusoh kepada Ahmad said, minda orang PAS sedikit sebanyak sudah berubah.

Orang PAS suatu masa dahulu marah dan benci dengan kerajaaan kaya rakyat miskin ini sudah ada yang berubah mentelitinya.

Kalau zaman Idris Jusoh menjadi menteri Besar dahulu jarang benar orang PAS yang tidak tidak marah dan benci pada kerajaan UMNO/BN.

Sejak Ahmad Said jadi Menteri Besar,sudah ada sesetengah orang PAS yang cukup senanghati dengan cara pemerintahan yang dilakukan.

Antaranya, Ahmad Said pernah berjanji akan menyelesaikan masalah pemilikan tanah Lot sejumlah 50,000 yang diberi oleh kerajaan PAS (1999-2004) yang dibekukan.

Ada diantara mereka masih tetap yakin yang Ahmad Said akan mengotakan janji yang dijanjikan, walaupun masih banyak lagi janji pilihanraya yang tidak tertunai.

Yang peliknya muncul puak dalam UMNO yang kelihatan sangat benci dengan kerajaan yang diterajui Ahmad Said. Entah mengapa kita tidak tahu. Yang kita tahu mungkin ada yang tidak kena.Itulah penyakit orang UMNO dulu hingga sekarang.

Kalau sekiranya semuanya sudah OK mustahil mereka sama mereka benci membenci satu sama lain. Lebih lebih lagi ia boleh memburuk lagi pertelagahan yang dikatakan sudah mulai reda itu.

Dua tiga minggu ini orang PAS kelihatan mulai marah dan benci semula pada Ahmad Said. Anda yang arif pasti tahu ada sebab musababnya.

Sebabnya tidak lain dan tidak bukan Ahmad Said menghidupkan semula pesta main pantai punca segala maksiat yang sudah sekian lama mati itu.

Pesta main pantai merupakan satu pesta tempat anak muda melakukan maksiat yang jelas boleh mengundang pelbagai gejala buruk termasuk meningkatnya kes jenayah ringan dan berat.Disamping meningkatnya remaja positif dadah.

Sehubungan dengan itu, kes jenayah di Terengganu dicatat semakin hari semakin meningkat, terutama sekali kes ragut yang semakin menjadi jadi dan amat sukar dibendung. Apapun ia tidak harus dipandang ringan.

Kes melahirkan anak tanpa nikah juga semakin meningkat yang barangkali menjadi punca kerajaan Terengganu terus menerus dibenci.

Pemberian E-book kepada pelajar tahun lima yang dianggap terlalu mudah mengundang musibah iaitu pembabitan lima pelajar tahun lima dengan tonton bahan lucah.

Datuk Seri Dr Rais yatim menteri penerangan dan komnikasi mnemplek kerajaan terengganu dengan terlalu mudah memberi E-book kepada pelajar tahun lima telah di kenalpasti bahawa itulah punca pelajar negari Terengganu melayari bahan bahan lucah.

Pemberian E-book juga dikatakan berlaku diskriminasi.

Negeri Sembilan diminta oleh Dr Rais Yatim supaya jangan ikut cara mudah kerajaan Terengganu membekalkan komputer mini e- book kepada pelajar kerana inya bukan satu proses untuk mencapai tahap pembelajaran para pelajar.

Tetapi kaedah itu dikenalpasti untuk memudah pelajar menyimpan dan mengakses filem filem lucah disamping menjadikan bilik bilik rumah pelajar sebagai pusat siber yang cukup senang dan mudah berbanding mengunjugi pusat pusat siber berbayar.

Siapa tidak benci jika kaedah yang diambil oleh Ahmad Said seolah olah bakal berdepan dengan banyak cabaran, termasuk pembabitan murid sekolah menyimpan dan menonton bahan lucah pada masa akan datang.

Kita rasa pemberian kumputer mini dan e-book seperti yang dilaksanakan kerajaan Terengganu itu seharusnya diselaraskan dibawah kerajaan Pusat, khususnya kementerian pelajaran dengan kerjasama kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan.

Lebih lebih lagi kaedah mudah yang dilaksanakan oleh kerajaan Terenggganu itu seolah olah telah memberi kebebasan kepada murid untuk membawa pulang e-book berkenaan. Apa pun itulah peluang mereka melakukan sesuatu yang bukan menjadi matlamat pencapaian pembelajaran.

Sejarah telah membuktikan bahawa sekumpulan murid tahun lima sebuah sekolah Terengganu tidak lama dahulu menggunakan komputer mini atau E-book yang diedarkan menyimpan dan mnonton bahan lucah.

Salah seorang pelajar terbabit apabila disoal siasat menjelaskan bahawa bahan lucah itu disimpan oleh abang mereka.

Persoalan sekarang e-book yang diberi kepada pelajar itu sah boleh membawa padah yang harus diberi perhatian oleh pihak kerajaan negeri kerana kewujudan pelbagai program lucah yang tidak dikawal menarik minat remaja sekian lama.

Barangkali inilah diantara punca kerajaan Terengganu terus dibenci, termasuk kes janji tertunggak seperti janji hendak memberi hak milik tanah pinggir kepada peserta yang meneroka selama 40 tahun lagi.

Mantan Menteri besar Terengganu Tan Sri Wan Mohktar Ahmad, pada tahun 1978 pernah berjanji akan menyelasaikan masalah itu. Tapi malangnya hingga sekarang habuk pun tidak ada.

Ahmad Said juga pernah berjanji akan berbuat demikian, tapi kini diam membesu apabila perkara itu diangkat ke pejabat Tanah dan Galian.

Soal bantuan kebajikan masyarakat dan wang zakat Maidan kepada rakyat yang kurang mampu juga telah diselewengkan dengan sewenang wenangnya, termasuk yang dahulunya layak menerima, tetapi sejak akhir akhir nama mereka hilang entah kemana.

Penganiayaan terhadap guru juga terus berlaku sehinga ada yang ditukar ke Sabah, ke Sarawak, Johor dan Pulau Ketam Selangor atas sebab guru itu menyokong PAS.

Untuk makuman, sebaik sahaja selesai pilihanraya kecil Perlimen Kuala Terengganu tidak lama dahulu, ada guru yang ditukar macam bola, termasuk ditukar ke Pulau Redang memisahkan anak dan isteri.

sekian......................

Tuesday, August 4, 2009

AFFILIATE MARKETING

Bagaimana sistem ini berfungsi?

1.Bawa Pelanggan ke Awalmart.net.

2.Pelanggan melihat website Awalmart.net dan tertarik dengan sistem AFFILIATE MARKETING yang ditawarkan kemudian menyertainya.

3.Syarikat Awal Mart Corporation Sdn. Bhd. akan membayar komisyen kepada anda mengikut prestasi anda. Komisyen akan dimasukkan ke dalam sistem EWALLET dan nilai EWALLET adalah bersamaan dengan nilai ringgit.
3 Langkah Mudah Melakukan Bisnes Online bersama Awal Mart.

1.Daftar : Daftar segera di www.awalmart.net kemudian bank-in berdasarkan pakej yang diingini. Selepas itu, buat pembelian Business Centre (BC).

2.Promosi Online : Hantar email ke seberapa ramai kenalan anda dan masukkan masukkan maklumat-maklumat yang menarik dalam email tersebut supaya kenalan anda tertarik dengan pelawaan anda. Anda juga boleh samada menulis blog atau menyebarkan brochure dan juga membuat table talk secara manual.

3.Jana Pendapatan : Apabila anda berjaya memperkenalkan program Awal Mart kepada Affiliate baru, anda akan mula menjana pendapatan yang halal disisi islam.

Bersediakan anda untuk menyertai perniagaan ini?

Bekerja dari rumah secara S.O.H.O (Small Office Home Office)
Website (minisite) bekerja untuk anda 24 jam sehari 7 hari seminggu
Dapat komisyen apabila berjaya membawa pelanggan membeli produk syarikat
Tidak perlu berjumpa pelanggan
Tidak perlu kemahiran komunikasi
Tidak perlu menguruskan penghantaran produk

* Traditional Chinese Medicine (TCM)

Herba tradisi cina (TCM) telah melakar sejarah selama 5000 tahun dan merupakan antara herba tertua dan paling dipercayai didunia. Pengalaman klinikal selama 5000 tahun itu telah menjelmakan produk bertaraf dunia dan diiktiraf oleh FDA (USA) serta KKM dan dijual oleh syarikat Awal Mart.
* Konsep Affiliate Marketing di Awal Mart

Produk yang terbaik tidak bermakna tanpa pemasaran yang bersistematik. Awal Mart menawarkan satu program yang melibatkan generasi internet secara lansung dan membuka peluang untuk mereka menjadi Affiliate Awal Mart dan seterusnya membina kerjaya Online mereka sendiri.
* Membeli Online dan menjadi Reseller kepada Awal Mart

Awal Mart berazam untuk menyediakan satu sistem pembelian secara online yang berfungsi 100% automatik. Awal Mart juga mengalu-alukan anda sekiranya ingin menjadi reseller kepada produk herba TCM kami.
* Memperkenalkan Nutri-Huang Pte. Ltd.

Nutri-Huang Pte. Ltd. merupakan konsultan yang membekalkan formula herba dan membuat packaging kepada produk TCM Awal Mart. Layari laman web Nutri-Huang disini.
* Hubungi Awal Mart Corporation Sdn Bhd

138-F, Wisma Sentosa, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu. Terengganu Darul Iman.

Tel : +6 09-622 5689
Fax : +6 09-626 4116
E-mail : info@awalmart.net

Sunday, August 2, 2009

Tiada guna buat kaedah lain

Buatlah apa kaedah siasatan jika tidak ada integriti.

Jika tidak ada integriti tiada guna sebarang kaedah lain sekalipun.

Demikian juga suruhjaya di raja yang dianggap bebas.

Bunyinya memang sedap didengar, tetapi bagaimanakah fungsinya jika orang yang dilantik itu orang yang tiada integriti.

Macam Suruhajaya bebas yang ditubuhkan untuk siasat kes Lingam tempoh hari.

Apa sudah jadi dengan siasatan itu?

Buatlah apa kaedah yang terbaik sekalipun, kalau integriti tidak ada ianya sia sia sahaja.

Sebab itu Datuk Seri Mohd Najib Razak setuju dengan penubuhan suruhjaya diraja bagi menyiasat kes kematian Teoh.

Usah suruhanjaya, kes bunuh model mogolia yang jelas dan nyata yang membunuh itu adalah dikambing hitam.

Tapi orang yang terbabit bebas manakala yang lebih atas lagi tidak dipanggil sebagai saksi.

Ini kes di mahkamah yang dianggap sebagai tempat yang paling adil oleh semua pihak.

Oleh itu apa guna dicadang agar diadakan satu kaedah siasatan yang lain yang lebih baik kepada SPRM.

SPRM jelas dan nyatakan merupakan satu satu agensi kerajaan yang memang ada kewibawaan tapi tidak adan integriti.

Kerajaan yang memerintah negara ini juga tidak ada integriti.

Kalau sebuah yang ada integriti mana mungkin kelantan di anaktirikan.

Kerajaan Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dianaktirikan. Padas hal segala hasil dan cukai diambil tetapi hak kerajaan negeri dinafikan.

Macam royalti minyak 5 peratus Terengganu dirampas apabila PAS memerintah dulu. Demikian juga dengan apa yang sedang berlaku di Kelantan

Bukan itu sahaja, sedangkan baja cap dacing tidak diberi kepada orang yang menyokong pembangkang.

Duit raya sebanyak RM 300 yang diberi kepada 1012, kepada penyokong UMNO tidak diberi kepada penyokong PAS.

Sebab itu kita tidak boleh harap dan percaya lagi dengan kerajaan yang memerintah negara ini, kerana yang diberi amanah memerintah tidak ada integriti.