Hati penulis tercuit sikit apabila Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan negeri meluluskan permohonan untuk menubuhkan keloj kejururawatan dari Waikota Institute Of Technology New Zealand yang dijangka beroperasi pertengahan tahun depan di Taman Ilmu Besut.
Macam mana boleh jadi begitu. Pada hal Taman Ilmu yang menelan kos RM 250 juta itu dikhususkan untuk tapak induk University Darul Iman Terengganu(UDM).
Bagaimana boleh buat kenyataan yang Taman Ilmu Besut akan diisi dengan sebuah Kolej Kejururawatan dari Waikota Institute Of Technolgy New Zealand.
Apa pula akan terjadi dengan UDM yang akan di pindah ke taman Ilmu Besut pada tahun depan yang barangkali jadi celaru itu.
Atau mungkin UDM yang dikata akan bertukar nama dan di kekalkan di kampus Gong Badak Kuala Terengganu?
Ada juga cerita kampus UDM di Gong Badak akan dijadikan hospital university UDM, manakala fakulti fakulti lain akan berpindah ke Taman Ilmu Besut.
Hendak kata cerita penubuhan kolej kejururwatan dari New Zealand itu macam perisytiharan projek yang dikatakan tidak wujud oleh YB Alias Abdullah pada sidang dewan baru baru ini itu mungkin mustahil. Lebih lebih lagi Menteri Besar sendiri yang berkata bahawa perjanjian penubuhan kolej Kejururwatan yang mampu memberi peluang pendidikan kepada 1,000 pelajar itu akan dibuat pada Januari 2010.
Hendak kata Ahmad Said pelawak macam Yb Alias Abdullah kata itu juga mustahil kerana beliau baru sahaja pulang dari menunaikan haji.Tak mungkin beliau berbohong.
Mustahil Ahmad Said pelawak kepada rakyat Terengganu, kerana beliau juga berkata kerajaan negeri ada menerima pemohonan untuk menubuhkan kolej perubatan dari sebuah institute luar Negara yang popular iaitu Royal Collge Of Surgeons di Ireland (RCSI).
Pelik juga ya, kerana Datuk Seri Hishamuddin Hussein menteri dalam Negara dan merangkat pengerusi Badan perhubungan UMNO Terengganu menyatakan bahawa Negeri Terengganu akan mendapat sebuah university perubatan.
Antara kenyataan Ahmad Said dan Hishamuddin Hussein mana satu yang boleh pakai? Ahad said berkata kerajaan Terengganu akan menubuhkan sebuah kolej perubatan ditaman ilmu,manakala Hishamuddin Hussein berkata Terengganu dapat sebuah university perubatan.
Sehubungan dengan itu penulis ada dengar cerita bahawa UDM akan ditukar namanya.Nama barunya ialah university sultan Zainal Abidin (USZA). Sama ada benar atau sebaliknya sama samalah kita tunggu.
Boleh jadi munasabah dan boleh diterima akal, kerana sempena nama Al sultan Terengganu wajar diabadikan pada sebuah university di Terengganu.
Seorang ahli parlimen yang dianggap banyak berjasa boleh diabadikan namanya pada kolej perguruan di Batu Rakit Kuala Terenggan dengan nama kolej perguruan Razali Ismail. Apalah sangat dengan nama Datuk Razali Ismail berbanding dengan jasa Sultan Zainal Abidin.
Ahmad Said menteri besar yang dilantik oleh sultan tidak harus memandang ringan dengan cadangan agar nama UDM di tukar menjadi USZA yang besar maknanya jika dibanding dengan UDM yang masih disebut sebut “university Deris Malaysia”.
Hati penulis tercuit sekali lagi apabila ada para intelek negeri Terengganu mengelarkan UDM sebagai university nasi dagang. Bayangkan makna nasi dagang yang pasaranya tidak akan kemana miskipun pun sudah ditukar produknya ke e – dagang.
Macam juga kerepok lekor yang ditukar prudoknya ke e-lekor yang mana pasaranya hanya masih tercurok juga akhirnya.
Kalau dahulu kita dimaklumkan bahawa taman ilmu itu tapak induk Universiti Darul Iman Malaysia, kini akan ditubuhkan dua buah kolej. Satu kolej kerjururawatan dari New Zealanda dan kolej perubatan dari Irealand yang dikatakan sudah mempunya kemudahan. Apakah benar begitu.
Ahamd Said berkata, untuk merealisasikanya beliau akan ke Irealand untuk berbincang secara mendalam mengenai penubuhan kolej tersebut, manakala pihak RCSI akan datang melawat Terengganu Januari ini.
4 comments:
Samalah kat Muar tu ada sebuah jambatan halimunan. kenapa halimunan? kerana jambatannya tak nampak. Tapi projeknya dikata dah lama siap bahkan dananya pun sudah habis dibelanjakan setelah tender alkisah dah berkurun d tutup pun.
Baik hati btol mereka membangunkan sebuah jambatan utk orang2 bunian ha ha
Salam sahabat.
pembetulan fakta. Taman Ilmu di Besut tiada kaitan langsung dengan UDM. Tapak UDM kampus besut adalah bersebelahan dengan Taman Ilmu. Taman Ilmu adalah hak milik kerajaan negeri terengganu. Manakala UDM adalah di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan. Jadi tidak timbul masalah perkara yang menyatakan UDM kampus besut ditempatkan di Taman Ilmu.
saya dapat maklumat dalam buku memahat sejarah mencipta tamadun suatu perjalanan bahawa taman ilmu dibina dikawsan seluas 283 hektar dimukim Tembila, Besut.
Taman ilmu akan menepatkan kemudahan pendidikan terkini termasuk kolej kolej, masjid, Dewan konvokesyen, perpustakaan, komplek sukan dan kemudahan rekreasi untuk pelajar dengan peruntukan sebanyak RM 259 juta.
Taman ilmu akan menjadi pusat melahirkan lebih ramai ilmuan yang unggul selaras dengan pembangunan modal insan.
Konsep taman ilmu adalah secara guna sama iaitu kemudahan kemudahan yang ada akan dikongsi bersama dengan institusi pendidikan yang ada disekiranya termasuk universiti Darul Iman Malaysia.
Saya diberi tahu oleh pensyarah UDM semua fakulti akan dipindah di taman ilmu. maaf.
Kalau demikianlah halnya ada cam Datuk Ahmad Said bawa balik UDM ke Kemaman.
Orang besut hatta Datuk Seri Idris Jusoh sendiri tidak boleh berkata apa apa, kerana tapak UDM yang dikatakan ada bersebelahan boleh dibatalkan bila bila masa sahaja.
Kale nak cerita biar fakta yang betul, jangan jadi koboi
Post a Comment