Friday, January 22, 2010

Apalah sangat dengan pendedahan laporan bumbung stadium yang runtuh

Sebelum Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak yang menelan belanja sebanya RM 280 juta digunapakai penulis dimaklumkan bahawa Stadium itu tidak selamat.

Seorang subkontraktor memberitahu penulis bahawa stadium yang membanzirkan wang rakyat itu tidak selamat.

Tandatanya bermain di benak hati Penulis, tak kan stadium yang menelan belanja Hampir RM 300 juta itu tidak kukuh pembinaannya.

Memang mustahil sebuah stadium yang belanjanya begitu besar tidak kukuh pembinaannya. Pasti ada yang tidak kena dengan pembinaan stadium yang menjadi kebanggaan Datuk Seri Idris Jusoh dan UMNO amnya.

Orang UMNO Terengganu sangat berbangga dengan terbinanya sebuah stadium yang dikatakan tidak pernah dilihat oleh rakyat negeri minyak ini.

Fikir punya fikir ada lojik juga dengan kata kata yang keluar dari mulut subkontraktor yang memberitahu penulis.

Apa tidaknya, tidak berapa lama bumbung stadium itu runtuh tanpa ada ribut dan taufan yang melanda dan riuh rendah rakyat Terengganu dibuatnya.

Sebelum penulis bicara pasal tajuk diatas ada lebih baik kita dengar dahulu cerita keputusan siapakah yang bertanggungjawab untuk membaiki bumbung yang runtuh itu.

Penulis mendapat maklumat tiga subkontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki bumbung yang runtuh itu dengan kos sebanyak RM 6 Juta.

Bermakna setiap seorang terpaksa mengeluar kos sebanyak RM 2 juta. Tetapi hingga sekarang belum Nampak gambar bumbung itu dibaiki. Dimana silapnya. Atau tiga subkonraktor enggan menerima kerana bukan silap mereka.

Mustahil mereka sudah kehabisan wang dari keuntungan yang diperolehi punca mereka tidak mampu mengeluarkan semula kos sebanyak RM 2 juta itu.

Hendak kata tiga subkontraktor masing masing tidak punya untung ketika membina stadium itu mustahil, kerana kos RM 280 juta bukan suatu kos yang kecil untungnya.

Atau mereka mahu supaya laporan siasatan dibentang dan diberitahu kepada rakyat dahulu baru mereka memulakan operasi membaiki bumbung yang runtuh itu.

Sehubungan dengan itu Datuk Ahmad Said, menteri Besar Terengganu berjanji tidak akan sembunyikan laporan siasatan bumbung stadium Sultan Zainal Abidin yang runtuh tidak lama dahulu.

Katanya, kita tidak mahu sembunyikan sampah sarap dibawah permaidani, ini untuk masa depan Negara kita, imej kita, imej kerajaan.Siapa bersalah, kita kena dedahkan, kalau tidak susah”

Betul juga kata menteri Besar yang kena serang oleh YB nya sendiri dalam siding dewan undangan ke 12 lepas.

Ya tak ya juga, Apa guna disembunyikan laporam siasatan itu dibawah permaidani.Tapi bernaikah laporan siasatan itu didedahkan kepada umum.

Mulut boleh berkata kerana lidah tidak bertulang, tetapi apabila sampainya masa dan ketika siasatan itu tidak jadi didedahkan, kerana untuk jaga kepentingan mereka yang bersalah.

Betul memang betul dan kita mengalu alukan laporan siasatan itu didedah kepada untuk biar rakyat tahu siapa yang bersalah sepertimana kata Ahmad said itu.

Kebanyaka berkata, Apa guna sembunyikan laporan siasatan yang dikatakan sudah siap dan tunggu masa untuk diserah kepada kerajaan.

Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) menyokong penuh kesediaan Menteri Besar,Ahmad Said mahu mendedahkan laporan penuh hasil siasatan jawatankuasa penyiasatan mengenai bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak yang runtuh tahun lepas itu

Bagaimanapun, pengerusinya, Mohamad Fauzi bin Abu Samah yang berbesar hati dengan kesediaan itu berharap kenyataan Ahmad tidak sekadar menjadi gula-gula politik tetapi mendedahkannya dengan telus supaya rakyat dapat menilai siapa yang bertanggungjawab.

“Mampat juga berharap agar semua pihak dapat mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan mengelakkan daripada mengulangi kesilapan pada masa-masa yang akan datang,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Bukan sahaja Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) merasa terpanggil untuk memberikan respons berkaitan kenyataan daripada Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah, pemilik Senibahri Arkitek melalui laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Januari 2010 bertajuk Siarkan laporan penuh bumbung runtuh,malah rakyat juga mahu tahu kedudukan sebenar.

Oleh itu kenyataan daripada Menteri Besar Terengganu yang dilaporkan oleh laman web Bernama, bertarikh 13 Januari 2010 bertajuk Kerajaan Terengganu akan Dedah Jika Terima Laporan Bumbung Stadium Runtuh suatu yang sangat positif.

Lebih lebih lagi Ahmad said merupakan menteri Besar yang sangat tidak puashati dengan keruntuhan bumbung stadium yang terdiri gagah itu.

Penulis menyokong penuh hasrat Ahmad Said bahawa pendedahan itu adalah untuk menjagas imej kerajaan Terengganu, imej Negara, imej dirinya sendiri sebagai peneraju agar dapat menghukum mereka yang bersalah.

Persoalan yang timbul, beranikah pihak berwajib menghukum mereka yang bersalah. Selama ini mereka yang benar benar bersalah dilepas bebas oleh SPRM. Contohnya, Tan Sri Eric Chia yang didakwa atas sebab kehilangan wang perwaja sebanyak RM78 Juta dibebaskan begitu sahaja.

Penulis ingin penyokong penuh supaya laporan jawatankuasa penyiasatan berkaitan runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan didedah dan disiarkan dalam media masa sepenuhnya agar rakyat mengenai punca sebenar keruntuhan bumbung.

Rakyat Terengganu telah maklum bahawa kos pembinaan Stadium Sultan Mizan melebihi RM280 juta dan dikatakan antara stadium yang tercanggih menunggu penuh minat.

Namun yang menimbulkan persoalan besar di kalangan rakyat adalah bagaimana sebuah stadium yang dibina dengan kos yang tinggi dan teknologi yang canggih runtuh dalam masa setahun selepas dirasmikan.

Naman begitu, Mampat mengharapkan agar kenyataan Menteri Besar tidak sekadar menjadi gula-gula politik kepada rakyat. Pendedahan yang telus perlu disiarkan supaya rakyat Terengganu dapat menilai siapa yang bertanggungjawab. Mampat juga berharap agar semua pihak dapat mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan mengelakkan daripada mengulangi kesilapan pada masa-masa yang akan datang.

Mampat juga dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah menganugerahkan projek membaik pulih stadium kepada kontraktor yang sama. Mampat berpandangan bahawa penganugerahan projek ini adalah tidak munasabah dan menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.

Ini kerana berdasarkan rekod dan hasil kerja yang lepas, dibimbangi kejadian runtuhan yang sama akan berulang. Seandainya penganugerahan ini atas dasar guaranti daripada kontraktor yang lepas, projek ini seharusnya ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor.

Namun begitu Mampat difahamkan bahawa kerajaan negeri telah memperuntukkan RM50 juta untuk kerja-kerja pembaikian. Dalam situasi di mana kontraktor asal perlu bertanggungjawab, rakyat melihat tindakan kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sebagai satu tindakan yang tidak tepat kerana kos baik pulih tidak perlu ditanggung oleh kerajaan negeri.

Akhirnya, Mampat mengharapkan agar laporan jawatankuasa penyiasatan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu secepat mungkin dan akan didedahkan kepada rakyat untuk dinilai dan diadili secara saksama.

Kita tunggu apakah ia akan menjadi kenyataan atau ia hanya suatu yang retotik sahaja.

2 comments:

Haiza Najwa said...

There is time when I wish to propose something which haven't been done B4. To make sure the cost depicted in the MOU is the precise and accurate figure/cost to build the whatsoever..
Vow or oath are what I meant.
Sewaktu membuat MOU, sertakan sekali oath dgn mmgg kitab penganut yg terbabit. Mungkin sedikit sebanyak, kos yg keluar akan restricted dari melimpah ke tempat yg sepatutnya. So dana yg exact tulah yg diguna pakai..tak de lerr cerita pasai runtuh2 ni..Dan Oath tu biarlah dua hala..kan dua2 tu selalunya berkoordinasi..tol tak.
I love my gvt. But then,I'd luv them more if they're law abiding and lebih takutkan kemurkaan ALLAH. Hidup ni sementara saja..

Unknown said...

Saya cukup tertarik dengan cerita stadium runtuh dalam sinar harian hari ni (11.3.01)

Kalu setakat nak dedah semua pihak terlibat, rakyat tahu dah. Rakyat nsk tshu sps tindakan pihak berkuasa keatas mereka yg tidak amanah tersebut.

kalau semua terlibat, ambil tindakan semua, kalau orang politik berjawatan terlibat sila letak jawatan kerana mengkhianati amanah rakyat.

Kalau penjawat awam terlibat ambil tindakan.

Kalau kontraktor terlibat hadapkan ke mahkamah.

Kenapa kerajaan nak habis duit panggil kontraktor lain nak bersih.

Paksa kontraktor dulu kalau enggan
hadap mereka ke mahkamah. Ini bukan soal remeh temeh ianya soal
nyawa, bayangkan kalau semasa runtuh tu stadium penuh dengan manusia.

Kalau betul rakyat didahulukan sila
bertindak. arakyat akan ucap syabas.