Sunday, January 3, 2010

Sayangkan Nik Aziz desak Arifahami undur segera?

Betul ke begitu? Rasionalkah desak Arif Fahami Abdul Rahman menantu Nik Abdul Aziz Nik Mat undur segera? Pada hal kes itu sudah pun selesai. Apa untungnya diungkit semula.Dan apa ruginya jika tunggu sampai masa dan ketika yang tidak lama lagi itu.

Kalau mereka benar benar sayangkan Menteri Besar Kelantan sudah barang tentu mereka tidak bertindak mendesak dan ungkit benda yang sudah selesai.

Nampak sangat mereka ini bukan sahaja mendesak Arif Fahami berundur segera, tetapi mahu supaya Nik Abdul Aziz Nik Mat letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.Inilah yang diharap harapkan oleh pihak itu.

Mereka yang masih tidak puashati dengan keputusan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat itu semacam ada kerjsama dengan orang UMNO. Ibrahim Ali tumpang sekaki meminta Nik Aziz letak jawatan, kerana sudah lama menjawat jawatan itu.

Memang orang UMNO selama lamanya sangat tidak berkenan Nik Abdul Aziz Nik Mat memegang jawatan Menteri Besar.

Bagi Umno selagi Nik Abdul Aziz Nik Mat menyandang jawatan itu, menjadi payah dan bertambah rumit untuk merampas semula Kelantan dari PAS.

Untuk rampas Kelantan UMNO bertungkus lumus dan berhempas pulas untuk mencalarkan reputasi Tok Guru.macam macam usaha dilakukan untuk tujuan itu.

Sekarang diberi wang ehsan pula pada negeri serambi Mekkah itu, moga moga berhasil menumbangkan PAS dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sekarang ini reputasi Tok guru sudah ada sedikit tercalar konon atas sebab melakukan kesalahan dari segi undang undang yang diperbadankan iaitu salah melantik menentunya sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar.

Undang undang salah melantik menantu menjawat jawatan CEO perbadanan menteri besar adalah cipta manusia yang barangkali tidak salah dari segi islam itu telah diberi penjelasan oleh Tok Guru sendiri, kerana orang yang dilantik itu layak miskipun atas nama kroni.

Yang salah ialah melantik kroni yang tidak mempunyai kelayakan.Walau bagaimana pun Nik Abdul Aziz akur dengan mereka yang tidak setuju perlantikan itu, lantas menasihat menantunya letak jawatan untuk jaga imej parti.

Rupa rupanya ramalan itu meleset. Isu itu belum padan,malah masih marak dan membakar PAS Kelantan.

Banyak yang beranggap begitu, tetapi malangnya masih ada yang tidak puashati dan ungkit semula,semacam member peluang dan ruang kepada musuh untuk membunuh Pas di Kelantan.

Tidak hairanlah jika orang yang tidak ada kena mengena dengan PAS mendesak agar Arif fahami berundur segera, kerana mereka adalah musuh yang sentiasa mencari helah untuk menjatuh reputasi tak dan PAS Kelantan.

Tetapi yang malangnya orang PAS sendiri yang jawatanya bukan calang calang jawatan buat hal seolah olah termakan jarum jahat umno. Bayangkan Naib presiden sendiri yang cuba duduk terak dan bertewas dengan Datuk Ibrahim Ali dan orang Umno agar isu itu hidup dan terus hidup.

Semacam mereka ini sudah termakan racun yang diberi oleh UMNO disamping selari dengan usaha musuh dalam selimut yang pernah disebut Datuk Dr Harun Din dalam seminar ulama PAS Pusat tidak lama dahulu.

Apa yang di sebut oleh Datuk Dr Harun Din, timbalan musyidul Am PAS itu semacam ada kebenarannya bahawa ada musuh dalam selimut PAS.

Kalau semasa zaman Rasulullah SAW ada musuh dalam selimut tidak mustahil dalam pas turut ada.Apatah lagi adanya orang yang sangat kepingin dengan jawatan Menteri Besar. Bukan setakat musuh dalam selimut memainkan peranan, malah mungkin “munafik” juga turut bermaharajalela.

inilah gambar PAs kelantan akan tumbang dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti. Sejarah telah membuktikan kejatuhan PAS Zaman Asri puncanya berbalah sesama sendiri. Kejatuhan UMNO zaman Mohammad Yaakub juga berpunca berbalah sesama sendiri.Zaman Nik Aziz Nik Mat kini sedang berbalah sesama sendiri juga.Jika ia berterusan tunggulah akibatnya.

2 comments:

haiza najwa said...

Alangkah baiknya jika Melayu bersifat bersaudara dan bukan menjatuhkan sesama saudara. Tp bley pulak bersekongkol dengan kafir laknat, peluk cium lagi, inc urring the warath of the moslems, infuriate the devoted Malays even more. Kasihan Tuan Guru..kasihan the pathetic UMNO. Tp aku amat mencintai Melayu dan sentiasa mendoakan agar Islam mampu menyatukan Melayu. Moga PAS lebih terbuka dan moga UMNO membuang karat lama then the new chapter of collaboration[if ever], will be a lot better and healthier..

Qaseh Bonda said...

Nak kenal musuh daam selimut PAS senang ja....

Orang PAS yang tak sanggup terima ketibaan usia tua iaitu mereka2 yang masih menghitamkan warna rambut.

Usah bicara tentang keikhlasan dalam perjuangan,sekiranya diri sendiri tak mampu bertarung menentang nafsu dalam diri.

Unsur2 ketuaan pasti menjelma bila usia merangkak senja...Uban itu lambang harmoni...bila cuba diselindungkan tentu ada agenda tersembunyi.