Thursday, January 28, 2010

Wang ehsan haram di makan

Tun Salleh Abas pernah sebut bahawa “Wang Ehsan” adalah “haram”. Haram disisi undang undang Negara.

Tetapi yang peliknya Menteri Besar Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sewaktu menerajui Terengganu kata “halal” bermakna tidak haram disisi Islam. Maka ramai yang berani ambil untuk dimakan oleh anak isteri.

Disisi perlembagaan Negara sah haram. Mengapa tidak? Kerana wang ehsan itu adalah wang yang diambil dari royalty 5 peratus untuk kerajaan Terengganu.

Lima peratus itu adalah bayaran yang kena bayar kepada Kerajaan Terengganu dan diamasukkan ke dalam akaun wang yang disatukan sebagai hasil negeri.

Tiba tiba wang itu tidak dibayar kepada kerajaan negeri Terengganu, tetapi diberi kepada UMNO dibawah kelolaan Jabatan pembangunan Persekutuan (JPP).

JPP tidak punya hak untuk mengelola wang 5 peratus dari royalty itu. Apatah lagi UMNO yang walaupun sebagai pemerintah Negara.

Yang berhak menerina wang itu ialah kerajaan negeri Terengganu. Jadi adalah munasabah wang ehsan yang diwujudkan oleh kerajaan pusat itu adalah haram disisi perlembagaan haram juga disisi agama Islam.

Apa yang berlaku di negeri Terengganu itu adalah serupa dengan apa yang akan berlaku di Kelantan dan adalah tersangat wajar kerajaan PAS Kelantan menolak apa sahaja cadangan termasuk supaya ada pihak kerajaan sebagai pemantau.

Oleh kerana wang ehsan punca PAS Terengganu kalah teruk maka adalah tersangat wajar diambil satu pendekatan yang boleh menyekat rakyat mengambil wang ehsan itu sewenang wenangnya.

Terengganu tidak berjaya menyekat rakyat daripada menerima wang ehsan, kerana Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang mengatakan ia tidak haram, miskipun Tun salleh Abas sebagai EXCO berkata haram.

Rakyat, terutama sekali penyokong PAS tidak segan silu mengambil wang ehsan yang diberikan pada musim sambutan raya puasa yang dinamakan “wang raya”.

Ada sesetengah yang menerima wang ehsan menjadi tidak aktif dalam mana mana majlis, termasuk mereka yang terbabit itu tidak lagi hadir pada majlis Ilmu yang dianjurkan oleh PAS.Sambutan dalam cermah pun turut merosot.

Mereka yang menerima wang ehsan diugut akan ditarik balik pemberiannya jika masih aktif dengan kegiatan PAS.Maka mereka yang aktif tidak lagi aktif dan mereka yang agresif pun kadang kadang hilang entah kemana.timbul tenggelam.

Oleh itu adalah tersangat wajar pihak PAS Kelantan mengambil pendekatan yang strategi dan strategic agar apa yang berlaku di Terengganu tidak akan berlaku di Kelantan setelah wang ehsan diwujudkan.

Saya setuju dengan kaedah Tun Salleh Abas yang mengatakan wang ehsan itu haram, maka perlu satu fatwa yang memang tidak bercanggah dengan ajaran islam bahawa sesiapa yang ambil wang ehsan adalah halal (boleh) tidak berdosa jika tidak pangkat dacing (BN).

Jika pangkat dacing (BN) ia adalah “haram” kerana ia adalah rasuah.Lebih lebih lagi sesiapa sahaja yang menerima wang ehsan di minta oleh JKKK dengan ikrar “supaya ingat mengundi nanti mesti pangkat dacing (BN)”. Kalau tidak……

Apa yang dinyatakan ini pernah berlaku di Terengganu, Malah menteri Besar Datuk Ahmad said sendiri meminta para pelajar yang menerima bantuan kerajaan agar ingat apabila mengundi nanti. Berilah undi kepada BN. Itulah yang diharapkan.

Jika demikian maka sah ia adalah rasuah. Apabila rasuah ia adalah diharamkan dalam islam. Mereka yang menerima bantuan wang ehsan akan berfikir banyak kali untuk pngkat dacing (BN)dalam musim pilihanraya akan dating, kerana” haram” makan jika pangkat dacing dan “halal” jika tidak pangkat dacing.

3 comments:

Tomak said...

Kalau tak mau, bak mai sini

Anonymous said...

salam,

Kerajaan negeri dapat 5% saja tapi petronas dan kerajaan persekutuan kaub 95 peratus...itupun kerajaan Bn masih tak cukup ke ?

adnan M

abdullahngah said...

Ada orang sangat suka pada yang haram, kerana mereka biasa dengan benda benda haram.

Malahan kita nampak dngan jelas orang melayu yang mengaku Islam juga sangat kepingin dengan benda benda haram.

Arak dijadikan amalan biasa miskipun Islam mengharamkannya. Demikian juga riba dan rasuah.