Belanja besar yang dikatakan membazirkan duit rakyat bukan perkara baru.
Ia berlaku selama lamanya. Pendek kata sejak orang umno pandai buat duit lagi.
Ia tak pernah berhenti hingga hari ini.
Dulu sultanlah yang dikatakan sering membazirkan duit rakyat, sehingga Tun Mahathir sangat tidak berkenan dengan institusi itu dan berusaha keras untuk menghapuskannya.
Entah macam mana, tak jadi hendak buang sultan, ia terhenti setakat melondehkan, tinggal seluar dalam saja.
Alhamdulillah, Sultan selangor yang ada hari ini sangat dukacita dengan belanja besar dan dikatakan membazirkan duit rakyat oleh kerajaan Selangor.
Bagus sungguh sikap yang ditunjukan itu dan Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri Besar Selangor meminta SPRM menyiasat segera Yayasan negeri yang dikatakan membazirkan duit rakyat dan seorang pegawai kanan Yayasan tersebut setakat ini telah ditahan untuk siasatan mengenai kes yang didakwa.
Kita harap semua sultan yang ada turut setuju dengan sultan selangor yang punya hati semulia itu.
Bercakap pasal membazirkan wang rakyat ini teringat saya dengan prihal negeri Terengganu baik sewaktu diperintah Tan Sri Wan Mukhtar Ahmad, Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Said ke, sama saja.
Zaman Wan Muhktar Ahmad, wang rakyat sejumlah RM 7 bilion entah kemana.Habis dibazirkan dengan pelbagai pojek yang tak memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Tak dinafikan betapa banyak projek mega dilaksanakan, tetapi harganya tak munsabah.Tak masuk akal yang jelas membazirkan wang rakyat.Tapi malangnya tiada sebarang tindakan diambil.
Harganya kadang kadang seratus peratus daripada harga asal yang ditentukan oleh pihak ukur bahan negeri.Bukan setakat seratus kadang kadang meningkat 300 peratus.
Zaman Idis Jusoh jadi menteri besar wang yang dikatakan sebanyak RM 11 bilion entah kemana.
Dia jadi kayaraya. Demikian juga waktu Ahmad Said jadi menteri besar sekarang ini.
Cuba anda bayangkan jalan sepanjang 5.6 kilo meter harganya RM 204 juta. Sebuah jambatan sungai Kuala Nerus harganya RM210 juta.Pelik tapi benar.
Mungkin ia projek, masing masing dapat faedah untuk dimasukkan kedalam suku. Sebab itu sultan tak bising. Yang jadi bising cuma belanja besar majlis yang dianjurkan Yayasan Selangor saja. Sedangkan banyak lagi belanja yang dilakukan oleh kerajaan umno, malangnya senyap sepi.
No comments:
Post a Comment