Kita lihat betapa menyayatnya hati Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disembelih selepas tsunami melanda Umno/BN.
Seolah olah Tun Abdullah seorang sahaja yang bersalah, sedangkan semua puncuk kepimpinan umno bersalah dalam kes hilang kuasa dua pertiga dalam parlimen.
Tapi malangnya Tun Abdullah seorang sahaja yang disembelih hidup hidup. Umnokah yang sembelih presiden Umno itu.kenapa dia disembelih?
Mengapa tidak.kerana dia membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikuburkan politiknya oleh Tun Mahathir.Inilah punca Tun Abdullah disembelih hidup hidup.
Disini dapat kita lihat dengan jelas siapakah orangnya. Cuba bayangkan Tun Mahathir Mohammad yang keluar Umno dek bencinya kepada Tun Abdullah.
Apabila Tun Abdullah disembilah secara sah Tun Mahathir menyerati semula Umno. Ini dapat kita lihat dengan jelas ada seorang yang punya agenda untuk menyembelih kuasa Melayu , kerana tiada lagi unsur unsur kolektif antara presiden umno dan para pemimpin yang lain.
Sudah lama Tun Mahathir Mohammad cuba dengan sedaya upaya menyahkan kuasa Melayu. Ia dimulai dengan melodehkan imuniti raja raja Melayu dengan alasan bahawa instutusi
inilah yang banyak mendapat peluang membuat harta dan membazirkan wang Negara.
Atas sebab itulah saya tidak percaya dengan pemimpin umno meskipun penuh samangat mengatakan umno membela melayu. Mereka bukan membela melayu tetapi membela diri sendiri dan kroni kroni.
Apa perasaan anda jika saya buat syarat semua pelajar institusi pengajaran tinggi Negara ini membuka akauan Bank milik adik saya sendiri.
Apa perasaan anda jika saya beri tender bina istana yang berharga RM 900 juta kepada sebuah syarikat yang bermodel dua ringgit. Apatah lagi syarikat itu 100 peratus milik orang bukan Melayu.
Apakah jenama saya? Tak salah jika anda cop saya orang yang rakus, jahat, buruk perkertinya, Malah cop harapkan pagar pagar makan padi.
Ku Li dan Dr Rais Yatim pernah dedah bahawa menteri menteri semua kaya raya. Mereka bukan saja kayarya, malah mereka bilioner berlaka. Boleh kita mengharapkan manusia jenis ini membela nasib orang Melayu atau untuk kekalkan kuasa Melayu.
Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin melayulah yang mengkhianati orang Melayu. Hal ini pernah berlaku di Singapura. Siapa yang jual Negara itu kepada bukan Melayu. Tak mustahil Negara ini akan dijual apabila mereka kekal utuh di putrajaya nanti.
No comments:
Post a Comment