Umno dikatakan memang ada harapan untuk merampas semula kerusi DUN Galas berdasarkan keputusan pilihanraya umum ke11 (2004).
Hujjah pertama, bahawa Mohd Saufi Deraman menang dengan majority 1,729 undi pada pilihanraya umum ke 11 dan kalah ditangan Che hashim sulama (PAS)pada pilihanraya umum ke 12 dengan majority 646 undi.
Hujjah kedua, galas adalah DUN dibawah parlimen kubu kuat Umno sejak sekian lama miskipun peratusan kaum 65.81 peratus Melayu,22.03 peratus China dan 1.18 peratus
India yang menjadi factor umno kalah pada pilihanraya umum ke 12.
Hujjah ketiga, ia diukur berdasarkan kerusi DUN Manek Urai bahawa Allah yarham Ismail Yaakub menang dengan majority I,352 pada pilihanraya umum ke 12.
Apabila berlakunya pilihanraya kecil atas sebab kematian Ismail Yaakub Pas hanya menang dengan Majoriti yang sangat kecil dengan satatus peratusan kaum 99 peratus melayu 0.44 peratus China dan 0.26 peratus India.
Indeks inilah yang membuat umno optismetik miskipun calonnya tidak sepopular Tengku Razaliegh Hamzah yang di war warkan sebagai calon oleh Muhyidin Yassin timbalan perdana menteri.
Meneliti status dan indek ini PAS tidak boleh buat mudah, kerana kubu kuat Manek Urai menang dengan majority yang kecil dalam pilihanraya kecil berbanding dalam pilihanraya umum ke 12.
Umno Juga harus ingat bahawa Mohamed Zulkifli Omar hanya menang dengan majority 53 undi saja dalam pilihanraya umum ke 11. Inilah punca kalah dalam musim pilihanraya umum ke 12 ditangan Allahyarham Che hashim dengan majority 646 undi.
Oleh itu, bukan mudah bagi kedua dua parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Galas yang akan berlangsung pada 4 November nanti.
No comments:
Post a Comment