Monday, October 18, 2010

Apa benar Tengku Razaliegh Hamzah boleh menang mudah?

Timbalan Presiden Umno, juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dun Galas.

Cadangan itu dikatakan suatu yang sangat rasional kerana Ku Li di anggap calon yang sangat sesuai bagi BN untuk meraih kemenangan mudah berdasarkan populariti dan pengaruh beliau sebagai pemimpin yang amat dikenali di kawasan parlimen itu.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Gua Musang sejak mula pilihan raya diadakan dan amat terkenal di kalangan penduduk tempatan di situ sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan banyak berjasa kepada pengundi di situ.Tapi malang sekali segala jasanya tidak pernah dikenang oleh umno.

Beliau tetap gorka, namun,cadangan Muhyiddin agar Ku Li di pilih bertanding di Dun Galas telah mengambil kira faktur-faktur positif di samping ketokohan beliau yang sudah termashyur di seluruh negeri Kelantan.

Meletakkan Ku Li sebagai calon DUN galas membuat PAS serbasalah kerana kerusi DUN Galas yang di menangi tidak mudah untuk dipertahankan miskipun calon yang akan diletakkan nanti seorang yang bukan calang calang ketokohannya.

Andaian jika Ku Li calonnya awal awal lagi kekalahan berpihak kepada PAS, miskipun ada usaha untuk mengalahkan Ku Li dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan pada 4 November nanti.

Ku Li sebaik saja menerima surat pelantikan pengarah pilihanraya daripada perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, umno akan menang dalam pilihanraya kecil ini dengan majority yang besar. Itulah harapan puncuk kepimpinan umno.

Musyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap optemistik miskipun calon umno nanti adalah Ku Li. Demikian juga Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang berkata, lawan tetap lawan, miskipun Ku Li sebagai calon.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustapa Ali membuat kesimpulan PAS akan menang dengan majority 300 undi.Sesetengah orang PAS mengatakan bukan soal majoritinys yang diambil kira kerana Parlimen Gua Musang adalah kubu kuat umno sejak sekian lama, oleh itu menang dengan satu undi sudah memadai.

Bonus mungkin ada pada PAS jika benar Ibrahim Ali tidak akan membantu umno di DUN Galas. Tapi boleh percaya ke dengan kata orang yang memang terkenal mementingkan diri sendiri sering lompat parti itu.

Lebih lebih lagi Ibrahim Ali yang saya kenal ini adalah merupakan manusia yang menjadi perkara wajib ada wang RM 500, 000 dalam sakunya setiap kali berlakunya pilihanraya kecil.(semasa dalam umno dulu).

Kenyataan yang dibuat mungkin ada kaitan dengan kos pilihanraya dari umno yang sering dilakukan sepanjang diadakan pilihanraya itu nanti.

PAS tak harus takut dan bimbang, kerana kalah menang adalah hak Allah. Allah boleh memberi kemenangan jika betul niatnya dan bebas dari maksiat, kerana Saidina Umar pernah menyatakan selagi ada maksiat selagi itu jangan di harap untuk mencapai kemanangan.

Demikian juga dalam pilihanraya kecil DUN Galas yang bakal diadakan 4 November nanti.

No comments: