Saturday, October 16, 2010

Tengku Razaliehg Hamzah memang tiada maruah?

Kebanyakan orang PAS bercakap pasal maruah.

Oleh itu Tengku Razaleigh Hamzah kena jaga maruahnya.

Ini soal maruah yang perlu dijaganya.Tak boleh main main.

Sesetengah mengatakan, Jika beliau terima sebagai calon DUN Galas memang maruahnya tercalar.

Rata rata setuju maruah harus dijaga dan diutamakan oleh orang politik.

Setahu saya, orang umno memang tak ada maruah. Usah untuk jaga maruah agama pun mereka tak jaga,

termasuklah mengamalkan politik wang, makan rasuah, makan riba, judi, minum arak dan simpan perempuan sana sini dan rampas harta Negara dengan begitu rakus sekali.

Oleh itu apalah sangat dengan maruah. Kalau mereka menjaga maruah tak kan dasar umno yang di perjuangkan selama ini dinodai dan lari dari dasar asalnya.

Yang penting bagi mereka ialah wang dan wang , kuasa dan kuasa, termasuk menang dalam satu satu pilihanraya dan berbuat apa sahaja sehingga macam macam ada.

Itu sahaja yang ada dalam kepala mereka.

Jadi tak pelik jika Tengku Razaleigh terima sebagai calon dun galas dalam pilihnraya kecil yang akan diadakan pada 4 November nanti.

Memang KU LI kena galas betul betul dan bersungguh sungguh agar dapat rampas kembali kerusi dari kubu kuat umno itu.Kalau tidak malu besarlah.

Kalau beliau ada maruah mana mungkin boleh kekal dalam umno sebagai gorka.

Apa kurang dengan kedudukan beliau didalam umno sebelum ini. Beliau memang orang kanan Tun Razak,lebih kanan dari Tun Mahathir, tetapi nasibnya malang, kerana lawan tauke.

Sebab itu malangnya bertimpa timpa sehingga ini pernah dilantik sebagai menteri selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri.tapi hanya sekejap sahaja, kerana lawan tauke.

Turut tidak diberi sebarang jawatan dalam kerajaan setelah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Cuma kekal bertanding parlimen Gua Musang atas sebab tak mahu kerusi itu hilang .

Jika beliau orang ada maruah sudah pasti dah lama keluar umno, kerana Datuk Seri Najib sendiri tidak pernah menghargai jasa beliau selama ini. W

al hal betapa banyak jasa beliau ketika dibawah perdana menteri Tun Razak dahulu.

Tun Mahathir dikenang kerana banyaknya jasa kepada Negara dan rakyat, tetapi Tengku Razaliegh Hamzah tidak pernah dikenang sehingga hari ini.

Malah dijadikan gorka Umno. Jadi, mana dia maruahnya. sebagai orang paling setia dalam umno , iaitu keluar umno, masuk semula umno.

Kemungkinan diberi bertanding dalam pilihanraya kecil DUN galas konon mengenang jasa pada hal tiada calon layak yang lebih layak berbanding KU LI dengan tujuan untuk merampas semula kerusi yang dimenangi PAS dalam pilihanraya umum ke 12 lepas.

Kalau halal haram tidak ada bagi mereka. Apalah sangat dengan maruah yang tidak boleh jadi kudis gatal itu.

Yang penting baginya dapat wang dan menang kerusi yang dipertandingkan.

itulah pegangan orang umno baik siapa sekalipun.

1 comment:

rimau akaq said...

puak grombolan terutama umngok ada maruah lagi ke?
hangpa bagi tau mai sat tang mana depa ada maruah lagi?......

kah kah kah