Hebat memang hebat.
Apabila tiba saja perhimpunan agung umno, perdana menteri dan timbalannya dengan suara yang lantang mengatakan bahawa asas penubuhan dan perjuangan umno adalah untuk membela nasib bangsa agama dan Negara.Semua orang tahu dasarnya.
Betul ke begitu? Atau betul ke umno tak lari, masih kekal menjadi wadah perjuangan orang Melayu? Tidak dapat dinafikan memang itulah yang termaktub didalam perlembagaan parti umno yang dikatakan sedang bersiap siap akan hilang kuasa dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.
Persoalannya mengapa ada suara dari kalangan kepimpinan umno yang tidak puas hati dengan fungsi umno sehingga ada yang mencadangkan umno perlu dijenamakan semula.
Ini menunjukkan praktis umno tidak menjurus kearah yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin dalam ucapan dasar ketika merasmikan perhimpunan tiga sayap umno kelmarin.
Sesiapa saja boleh bercakap berapi berapi, tetapi adakah ia telah dipraktiskan atau cakap tak serupa bikin kalangan puncuk kepimpinan apabila tiba saja perhimpunan satu tahun sekali itu.
Kalau benar umno sudah mempraktikkan membela nasib Melayu mana mungkin Melayu masih terpinggir. Malahan Wakil pemuda umno wilayah persekutuan meminta agar umno jangan pinggir Melayu ibu Negara.
Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan yang umno sudah sekian lama meminggirkan Melayu ibu Negara dengan sewang wenangnya berdasar statastik Negara yang tidak pernah berbohong setiap wujudnya pembangunan berpihak kepada bukan Melayu.
Hari ini kebanyakan orang Melayu menaruh kebimbangan yang amat sangat terhadap kuasa Melayu yang semakin hari semakin hilang.
Jadi bagaimana boleh pemimpin umno, termasuk Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri yang juga presiden umno dan Tan Sri Muhyiddin Yassin timbalan perdna menteri yang juga timbalan presiden umno, mendakwa umno tidak lari dari perjuangan asal, iaitu membela melayu,sedangkan praktiknya tidak demikian.
Saya berani mengatakan umno memang pada asalnya penubuhannya ialah untuk membela bangsa Melayu, tetapi puncuk kepimpinan sudah bawa lari dasar itu dan dibuang kedalam lautan membuat nasib Melayu menjadi “malang dan menderita dibumi sendiri”.
No comments:
Post a Comment